Pill cutter dan makan tengahari

 Khamis, 12 Jamadil Akhir 1444 Hijrah.

Lepas zohor, saya bersama suami ke hospital untuk ambil ubat. Dah tangguh sejak tahun lepas. Malas betul saya nak ke hospital. Marilah kita buat kerja tertunggak sementara suami off kerja ni. 


Saya bersyukur kerana saya sudah lama jalani pemeriksaan di hospital kerajaan, dan ambil ubat pun percuma. 

Ubat yang doktor prescribed pada saya adalah:

Ubat tiroid, Thyrosit, 100 mcg

Zat kalsium tambahan, Calcium Carbonate, 500 mg.

Vitamin D tambahan, Calcitriol 0.25 mg

Alhamdulillah. Sejak operate tiroid tahun 2016, saya maintain makan ubat secara konsisten, mengikut arahan doktor. Cuma dulu, kita diberi ubat banyak-banyak, secukupnya, sehingga tarikh temujanji doktor berikutnya. Tapi sejak tahun lepas, dia suruh pergi hospital setiap bulan untuk ambil bekalan ubat ni. Nasib baik hospital tak la jauh dari rumah. Tapi kita boleh saja tukar tempat ambil ubat, kalau hospital jauh dari rumah, boleh ambil di klinik kesihatan kerajaan terdekat. 

Masa ambil nombor, ada nampak pihak hospital tampal nota mengenai pemotong pil.


Tahukah anda tentang kewujudan alat ini?

Saya baru tahu dalam beberapa bulan ni. Sebelum ni, saya guna pisau dapur je, untuk potong pil yang kena makan separuh.

Saya ada jumpa dijual di farmasi, boleh tahan harga dia, ada yang cecah 50 ringgit, tapi alatnya kecil je. Saya beli di shopee, harga jauh lebih murah.

Saya punya pill cutter.

Perlu praktis banyak kali. Kebanyakannya, boleh potong separuh, berbanding kalau kita guna pisau dapur. 

Selesai ambil ubat, pergi beli baju  uniform kadet bomba anak bongsu. Bertuah. Hujung tahun dah ni (naik tingkatan baru bulan Mac). Anak bongsu membesar dengan pesatnya. Dia kata, kena duduk tegak setiap hari Rabu. Kalau duduk biasa, nampak singlet dalam uniformnya (perut maju ke hadapan). Ya Allah... itu pun saya rasa dia dah kecil sikit, sebab main badminton selalu masa cuti sekolah hari tu. Ambil saiz baju paling besar. Dia baru tingkatan 2. Kalau dia membesar lagi, orang kedai kata, kena tempah, dah habis saiz dah. Anak bongsu punya ketinggian, dah lebih dari bapaknya, tau. Hairan saya, camana budak ni boleh membesar dengan begitu pesat. 🙈

Lepas tu, perut sudah berbunyi. Suami ajak makan tengahari di food court Aeon. Makan tengahari yang lewat, pukul 3 lebih. 

Spagetti chargrilled salmon, harga RM21.90

Nasi goreng petai, harga RM10.90

Alhamdulillah. Banyaknya nasi goreng petai dia. Tapau sekali makanan untuk anak kedua dan yang bongsu. 

Baiklah. Jumpa lagi, ye. 😊

14 comments:

  1. Pernah beli pill cutter utk nenek.. senang x payah patah2.. jakun jugak ms jumpa pill cutter ni kt farmasi sbb br tau rupanya wujud benda mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, Kakmim. Senang nak potong pil. Cantik pulak potongannya. :)

      Delete
  2. Tau pill cutter sebab pernah membelek, tapi belum pernah beli.

    Geli hati pulak baca pasal anak bongsu Nur terpaksa duduk tegak tu. Memang kesian pulak kalau tak dibelikan baju baru kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Ujie. Kita nak dia selesa di sekolah, penat juga menahan perut untuk satu hari, duduk tegak.

      Delete
  3. Alhamdulillah selalu jalani pemeriksaan. Memang tidak rajin pergi klinik atau hospital kerajaan.
    Nampak sedap spaghetti salmon itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, NA, sama kita, kurang rajin tapi terpaksa. Hehe.
      Memang sedap. Saya pun baru pertama kali cuba spagetti salmon.

      Delete
  4. dh mkn obat bole la mkn sedap kan cikkak 😅 pastu berlari 🏃‍♀️🏃‍♀️🏃‍♀️

    ReplyDelete
  5. sy pun beli satu di shopee. dlm rm12 je. ubat kolestrol tu mmg kena makan separuh je. jd perlukan cutter utk membelahnya.
    P.S. Jom kita bertukar2 blog list? Thanks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Murah juga tu, Abam Kie. Masa saya beli, dapat harga kurang RM10. Bagus yek, guna pill cutter ni.
      Saya sudah add blog Abe Kie di bloglist saya. :)

      Delete
  6. saya tertanya-tanya juga kenapa pil perlu dipotong...adakah nak jimat ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, bukan nak jimat, Encik Hanafi. Sebab kita perlu ikut dose yang doktor sarankan. Contoh, ubat tiroid saya 100 mg. Doktor sarankan saya ambil 50 mg sahaja, jadi kena potong ler pil tu. Dose ubat yang saya ambil, berubah-ubah, depends pada result darah yang saya ambil setiap 6 bulan.

      Delete
  7. Sejak dana makan ubat tahun 2017 memang dana beli pil cutter gini kak, mudah nak potong pil kita. Siap ada belikan untuk abah kt kampung sebab mula-mula abah potong pakai pisau je, dana kata salah cara tu terus belikan 1 untuk abah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo, Dana lagi la dah lama guna pill cutter ni, ye. Akak ketinggalan ketapi. Hehe.

      Delete