Main cak cak

 Jumaat, 20 Jamadil Akhir 1444 Hijrah.

Pagi tadi, saya jogging sorang. Ada 2 benda saya nak cerita, berlaku masa saya tengah jogging.

Saya tak bawa henpon. Sejak saya hampir berlanggar dengan seorang runner masa berjogging, sebab telinga sumbat earphone dengar Spotify, sejak tu saya tak bawa apa-apa. Saya rasa, kalau saya tak dengar lagu dengan volume yang kuat, mesti saya boleh dengar bunyi tapak kaki orang. Lagi pun, saya rasa macam nak kembali ke asal. Memang saya suka lari dapat ikut beat lagu. Itu, saya tak nafikan. Muzik membantu kita. Tapi saya asalnya, memang seorang yang suka lari tak bawa apa-apa. Kalau bawa henpon, kena bawa pouch dan earphone. Lagi kurang benda bawa, lagi bagus, saya rasa.

Ok la. Pagi tadi, masa mula jogging lepas buat aktiviti memanaskan badan, saya baru je lalu tak jauh dari tempat saya parking, saya dengar bunyi daun-daun kering. Saya toleh la tengok ke arah bunyi daun tu. Saya tengok, sambil bercakap dalam hati,"Kenapa cacing tu besor sangat? Nak kata ulor, kecik. Nak kata cacing, besor pulak. Eh, anak ulor rupanya!"


Saya lukis la ye. Lebih kurang, rupa anak ulor tu. Laju dia bergerak, dengan badan dia bentuk S tu, menyusuri laluan pejalan kaki. 

Hehe.. pagi-pagi, macam tu la. Enjin lama, lambat panas. Baik dari segi berlari, mahu pun dari segi otak memproses apa yang dilihat. Huuu....

Benda kedua... lawak sikit.

Saya lupa kilometer ke berapa, saya nampak seekor kera. Kera tau. Bukan beruk. Apa beza kera dan beruk? Beruk ekor kontot. Kera ekor panjang. Kera tu sekor je, dok atas jalanraya, macam memikio nak pergi ke mana. Selalunya, kera-kera ni bergerak secara berkumpulan. Tapi, ni, sekor je. Dia nampak saya, lepas tu muka dia macam musykil, macam memikio,"Menatang apa yang bergerak laju ke arah aku ni?" 

Kera tu macam terkejut, dia lari masuk ke longkang. Tapi boleh pulak dia mengintai saya dari dalam longkang. Muka dia banyak bulu warna putih, macam kera dah tua, dah beruban. Hehe... Macam dalam gambor di bawah...

Dia tengok saya, lepas tu, dia sembunyi balik tanah tepi longkang tu yang tinggi. Jap lagi, dia tengok saya lagi, dengan mukanya yang musykil. Eh, main cak cak pulak dengan aku.

Kredit foto: Ummu Mu'min

Saya perhati je kera ni, sambil berlari. Semasa saya melepasi kedudukan kera ni, saya cakap kat kera tu,"Comei-nya awak, main cak cak ngan kita" 

Berdesup kera tu lari, masuk dalam hutan. Hehe.. kelakor tau, muka kera tu. Muka terkejut campur musykil, macam tak pernah tengok manusia.

Sebenarnya, ini bukan pertama kali saya jumpa binatang liar masa berjogging. Saya pernah lari di kawasan kelapa sawit, juga pernah trail running naik bukit. Ular yang tinggal dalam hutan ni, kalau boleh, memang dia tak nak jumpa manusia.Bila dia rasa tapak kaki manusia di bumi yang dia pijak, sepantas kilat dia akan lari jauh dari manusia. Ni bukan saya cakap, tapi ada sorang brader yang selalu hiking cakap. Binatang liar sifat semulajadi dia, memang tak mau dekat manusia. Nak bagi kita tengok dia pun, dia tak mau.


Pagi tadi punya larian, adalah sejauh 8.55 km. Alhamdulillah. Sihat sejahtera dan Tuhan beri nikmat berlari. 

Gambar di atas, bukan hasil tangan saya, tapi hasil tangan anak bongsu, untuk subjek Pendidikan Seni Visual. Sulaman riben tu. Kome pernah buat? Saya pun tak pernah buat. Hehe.. Patut dia minta benang dan riben dari mama, tak lama dulu. 

Balik jogging, saya tak lompat tali. Hari Jumaat, masa agak singkat, sebab anak yang sekolah sesi pagi, keluar sekolah pukul 12. Nak sediakan makan tengahari lagi, nak lipat kain lagi. Kalau lah cuti hari Jumaat, best, kan. Saya pernah sekolah di Kedah dulu, merasalah cuti hari Jumaat dan Sabtu. Boleh rileks. Bapa saya pun tak perlu kelam kabut solat jumaat lagi, nak masuk pejabat semula. Jumaat kan hari kebesaran. 

Ok la, tu je. Teringat kera main cak-cak pagi tadi. Harap esok dia tak bawa geng. 

Jumpa lagi, ye. 😊

8 comments:

  1. best juga main cak-cak dengan kera...baru saya tahu beza kera dengan beruk...monyet itu sama dengan kera juga ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah, Encik Hanafi. Monyet ada banyak spesies. Yang muka putih, bulu hitam, lotong, pun ada kat sini. Tapi spesies pemalu sangat.

      Delete
  2. Seronok pula saya baca kisah Nur bercak cak dengan kera! Memang ada beza kera dengan beruk. Kecik-kecil dulu saya bezakan kalau kera tu kurus, kalau beruk tu gemuk hihihiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... betul la tu, Amie. Beruk gemuk dan besar. Lagi-lagi yang jantan, takut tengok.

      Delete
  3. Berani gak nur jumpa binatang2 tu.. Klu ako memang terus masuk dalam kete start enjin balik rumah terus hehe.... 0

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. mungkin sebab saiz ular tu kecik kot, Ako. Kalau bapak ular, saya pun sepantas kilat lari masuk kereta, balik. Kikiki....

      Delete
  4. Says pernah nampak ular menyusur laju. Seram juga.
    Macam jahit silang (cross stitch)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann... sebab dia bergerak laju. Suspens jugak.
      Ye, NA, di bahagian batang tu, jahit silang pangkah, di bahagian bunganya, sulaman ribbon.

      Delete