Bagi kucing makan

 Rabu, 25 Jamadil Akhir 1444 Hijrah.

Minggu ni, minggu yang sibuk, kan. Duit bantuan keluarga masuk. Pastu, kena pi sekolah, ambil bantuan awal sekolah pula. Suami saya pun sibuk, orang dah mula cuti raya cina, dia kena kerja overtime. Saya pun riadah solo, lepas hantar anak kedua ke sekolah.

Sempat berlarian sejauh 8.25 km pagi tadi.

Gambar kucing jalanan yang ada di Taman Awam Teluk Batik. Bila saya bawa keluar bekas makanan kucing dari belakang boot kereta, kucing-kucing dari ceruk mana, celah pokok, belakang tembok, semua keluar datang kepada saya. Hehe... saya dah lama nak bawa makanan kucing, tapi asyik terlupa. Dua hari lepas ada pergi shopping, saya beli makanan kucing lebih, supaya boleh standby dalam kereta, sebab biasa lepas lari je, ada je kucing-kucing datang tegur kita.

Si Tompok

Entah. Saya pun tak tahu mana datang kucing-kucing ni. Kot ye pun nak buang kucing, pergilah buang kat pasar ke, senang juga la kucing-kucing ni cari makan. Ni, orang buang kat sini. Ada hari, saya tengok, ada pencinta haiwan datang bagi kucing makan. 

Kena tengok kiri kanan, takut kera datang. Nasib tak ada. Itu pun, burung gagak datang, curi makanan kucing. 

Budak gemuk comei

Siap pakai ribbon ni. Entah-entah orang kedai makan tepi Teluk Batik tu bela kot.

Lepas balik rumah, saya masak ayam goreng sambal.


Alhamdulillah, atas segala rezeki dan nikmat Allah bagi.

Baiklah. Jumpa lagi, ye. 😊

15 Comments:

  1. Semoga murah rezeki Puan Nur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn... terima kasih, NA. Saya kesian tengok kucing-kucing jalanan.

      Delete
  2. Seronok kan bagi kucing² makan... berkongsi rezeki dgn kucing

    ReplyDelete
  3. sama.kita standby mknan kucing dlm.kereta wajib tu. Sb kadang2 ada je kucing2 yg berkeliaran nk mkn. Kesiann sgtt. Kalu tmpt biasa mungkin senang dia nk.mkn tp kadang tmpt yg susah tu adoiii tak tergamak.lihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann, Cik Nor... kesian tengok kucing takde tuan ni.

      Delete
  4. Terbaik Nur 👍🏽
    Tentu kucing-kucing tu mendoakan kebaikan buat Nur.

    ReplyDelete
  5. ada 2 ekor kucing jiran yg dtg makan d rumah sy. Lama2 terus menetap di rumah ni. X nak balik ke rumah tuannya lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. dok rumah Abe Kie lagi best, makan sedap.

      Delete
  6. orang yang bagi kucing makan akan dapat murah rezeki dan percayalah itu memang betul

    ReplyDelete
  7. Seronok kucing2 tu dapat makan, lepas ni mesti dia kenal Nur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, SK. Ada sekor tu, dah kenal. Tak sempat jogging, dia dah datang minta makan.

      Delete
  8. Rezeki dikongsi sesama makhluk Allah

    ReplyDelete

 
Kait dan Lari Blog Design by Ipietoon