Balik kampung

 Rabu, 3 Rejab 1444 Hijrah.

Pada hari Sabtu lepas, saya balik Tumpat, kampung suami. Saya berdua dengan suami je. Anak-anak tak ikut. 

Kami bertolak pukul 10 pagi. Beli makanan tengahari siap-siap, untuk anak-anak bujang di rumah.

Cuaca mendung kat Perak.

Dari Lumut, kami masuk lebuhraya WCE, keluar ikut Beruas, lalu Manong, ke Kuala Kangsor, dan masuk ke Lebuhraya Pantai Timur Gerik - Jeli.

Bila masuk Kelantan je, hujan sekejap turun, sekejap berhenti.

Pukul 1 tengahari lepas perhentian titiwangsa

Trafik ok. Takdelah sesak. Ada ketika, kereta berhenti. Ada kemalangan, tapi masih boleh berjalan. Ada ketika, perlahan je pergerakan kereta, sebab kabus tebal sangat, atas bukit... dan tema the Twilight Zone pun berkumandang dalam kepala. Waktu siang ni. Camana orang yang balik malam tu? Boleh ke nampak jalan? Saya tak henti-henti baca ayat Qursi. Suami suruh saya tidor. Tapi co-pilot mana boleh tidor. Kena pantau jalan lubang, kena inform kot pilot tak perasan. 

Lagi satu kenapa saya tak tidor, ikut jalan yang direkomen oleh google Maps. Lebih dekat, daripada ikut jalan Rantau Panjang. Memang sentiasa ikut jalan berlainan, setiap kali balik kampung. Masuk kampung orang, sebab ada jalan biasa dilalui, ditutup.

Alhamdulillah, pukul 5 petang lebih kurang, sampai kampung suami. Sebelum balik rumah, isi perut dulu, siap-siap. Singgahlah mana-mana kedai makan yang buka, tepi jalan. Mak mertua saya dah uzur, dah tak masak di rumah. Kami bungkus juga makanan untuk mek (mak suami saya) dan kakak ipor.

Di samping itu, pesan juga foodpanda, makan malam untuk anak-anak di rumah. Ye, deme bukan jenis keluor rumah. Dok bertapa. Kalau saya dulu, darjah 6, boleh juga masak nasi, goreng telor, makan dengan kicap. Tapi deme ni, tak reti masak. Puas ajak masuk dapor, huuu... 

Kalau tak sedap, bagitau la kat tokei kedai. Kalau sedap, bagitau kat kawan-kawan, ye.

Nasib baik dah order foodpanda siap-siap. Bila sampai rumah suami, tiada line. E terus. Tu pasal anak-anak kurang suka ikut balik kampung suami. Dulu pakai Maxis, langsung tiada. Sekarang pakai Digi, lebih kurang je. Pagi, ada, petang atau malam, memang hilang liputan segala. Boleh mati kutu la, budak-budak sekarang yang guna internet tak henti-henti. 

Mungkin kena tukor Celcom kot. Tapi saya suka Digi. Kat Perak, laju. Cuma balik Kelantan, hilang. Sama je, dulu dan sekarang. Tiada apa-apa perubahan. Tiada kemajuan dari segi pihak penyedia perkhidmatan internet ni, kot nak pasang pemancar baru ke, yilek. 

Alhamdulillah, selamat sampai kampung suami di Tumpat. Nanti saya sambung cerita ye. 

Jumpa lagi. 😊

10 Comments:

  1. Untung budak-budak itu, emaknya pesan makanan untuk mereka. Kalau saya waktu budak-budak kena ikut tidak boleh tinggal. Sekarang sahaja tinggal.
    Seronok balik kampung ya jalan pun tidak sibuk sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita, NA. Kita dulu, dengar cakap makbapak. Sekarang kalau paksa, masam je muka, muncung panjang sedepa, kalau kita ajak balik kampung.

      Delete
  2. Saya pun tak boleh tidur kalau suami memandu. Lagilah kalau waktu hujan, waktu malam dan apabila jalan berkabus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Amie. Kita dapat berborak dengan suami, boleh elak kot suami mengantuk.

      Delete
  3. Jauh perjalanan. Sebab dah pernah lalu WCE & Lebuhraya Timur Barat tu, bolehlah saya membayangkan laluan Nur. Cantik laluan berkabus tu, tapi memang risau la kalau terkena waktu malam.

    Sama la kita, co-pilot memang jarang sangat tidur. Lepas tu mulut sibuk bagitau itu ini kat laki. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. sebab mulut co-pilot bising, pilot selalu suruh tidor, kan Ujie. :D

      Delete
  4. anak2 remaja mmg camtu suka memerap kat rumah je. tak macam zaman kita dulu, klu balik kampung semua kena ikut. bila lagi nak spend time dgn nenek & atok.
    saya jadi co-pilot kadang2 tertido jugak hihi. Asben jenis yg betul2 fokus masa bawak kereta, nak ajak bersembang pun payah sbb katanya nanti lari fokus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, betul, cakap Carneyz.
      Wah, concentrate betul suami Carneyz memandu.

      Delete
  5. anak dah besar, dah boleh tinggal tinggal, Teringat masa balik kampung anak baby2 dulu, bakul baju, lampin, kain bedung, pampers, termos, buai sumbat dalam kereta

    ReplyDelete

 
Kait dan Lari Blog Design by Ipietoon