Ke laut sudah

 Sekarang ni, saya lari hari-hari. Sebab nak kumpul jarak. Sebabnya, adalah kerana saya telah daftar cabaran Fit Raya 300km. 

Fit Raya 300 km Runathon

Runathon ni, anjuran group Malaysia Woman Runners. Kumpul jarak larian dari bulan Februari hingga Mei 2024. Atau sehingga capai jarak 300 kilometer la, untuk bergelar finisher. Sebab saya masuk Fit Raya ni, untuk lawan rasa malas keluar berlari la. Bila kita sudah daftar, sudah bayar untuk baju, jadi nak tak nak, kita pergi berlari juga la. 

10 ribu langkah sehari, tercapai sudah 22 hari.

Kawan-kawan yang ada baca entri saya lepas-lepas tentu tahu, yang saya on diet. Tak makan nasi dan benda manis. Mula-mula memang ok. Tapi bila hari-hari keluar berlari, saya sudah rasa kurang tenaga. Ye, saya tahu, tak larat lari 10 kilometer, sebab tak makan nasi.

Rumusan larian Februari 2024

Di bulan Februari ni, saya sudah pun kumpul jarak sejauh 217.7 kilometer. Ini, untuk berlari. Tak campur jarak saya berjalan pergi pasar malam, pasar tani, dan lain-lain waktu yang saya ingat untuk simpan aktiviti. Hehe. Campur 5 kilometer la, lebih kurang, aktiviti berjalan.

Paling sikit saya berlari adalah 2 kilometer. 

Paling jauh saya berlari adalah 15 kilometer.

Saya mula daftar untuk Fit Raya pada 8 Februari. Sejak itu lah, saya mula kumpul jarak hari-hari.

Jumlah jarak lari campur berjalan adalah 223.87 kilometer.

Aplikasi Biib+ ada totalkan jarak lari dan berjalan sekali dalam rumusan bulanan. Kalau aplikasi Garmin, dia asingkan aktiviti berlari dan berjalan.

Bertabahlah saya, tolak malas ke tepi, demi Runathon 300 km ini.

Larian 26 Februari, 8.29 kilometer.

Larian 28 Februari, 6.2 kilometer

Apa yang saya nak kongsikan di sini ialah, bila kita lari hari-hari, kita MESTI makan nasi. Carbo loading. Bagi saya sendiri, bila saya tak makan nasi banyak hari, saya boleh lari setakat 6-7 kilometer saja. Nak capai 8 kilometer pun, lidah sudah terjelir, macam berjalan di padang pasir yang tandus dengan kaki yang berat. Gitu....

Demi untuk mengumpul jarak, saya ketepikan dulu diet saya itu. Saya sudah makan nasi. Air manis pun saya minum, tapi saya hadkan kepada 1 gelas sahaja. 

Sarapan 28 Februari.

Sarapan semalam, saya makan roti bakar telur goyang 2 keping, bersama baked beans. Air white coffee panas kosong. 

3 scoops ice-cream

Tengah panas tu, nampak pula orang jual aiskrim, kan. Perasa durian pulak tu. Apa lagi, saya pesan campur perasa durian dan coklat. Hehehe... nikmatnya! ๐Ÿ˜‹

Begitulah cerita saya, terpaksa ketepikan dulu diet no nasi, no air manis saya itu. Saya nak cuba habiskan jarak 300 kilometer itu, sebelum puasa. Insya-Allah. Wish me luck! Walaupun lambat lagi tempoh akhir, sampai bulan Mei. Saya malas nak bawa lama-lama. Nak fokus bulan puasa, untuk amal ibadat je.   

Baiklah. Jumpa lagi, ye. ๐Ÿ˜Š

Pergi kenduri

 Sabtu, 24 Februari 2024 - Dapat jemputan ke kenduri kahwin cucu Aunty Bada, Nurin. Saya sudah kenal Aunty Bada sejak kecil, kerana Aunty Bada adalah kawan baik arwah Mama saya. 

Jemputan kahwin Nurin dan Haqimi.

Satu sekolah dulu, Mama dan Aunty Bada. Kalau belek album lama, ada banyak gambar hitam putih, mama dan Aunty Bada berdua. Orang dulu seksi tau, pakai skirt pendek je. Hehe..

Jemputan dihantar melalui whatsapp, dari Kak June, iaitu emak kepada Nurin. Turut dijemput seisi keluarga, tapi kakak sulung saya tak dapat hadir, kerana pergi naik gunung. Kakak tengah ada di Sarawak. Papa pula last minute tak dapat turun Lumut kerana makcik kurang sihat. Nampaknya, saya seorang je la jadi wakil, pergi kenduri. Suami saya sebab hari Sabtu, dia time-out kejap dari ofis (dia kerja shif pagi), untuk teman saya ke kenduri.

Pagi Sabtu tu, anak kedua tiada kelas tambahan. Suami pula sudah masuk kerja awal. Lepas Subuh, saya pun pergi berlarian dulu.

Larian Sabtu lepas, selama 2 jam, dapatlah 12 kilometer.

Panas bebenor cuaca sekarang yek. Rasa macam nak lari bawak payung. ☂

Balik jogging, siram pokok, mandi wangi-wangi, terus bersiap nak pergi kenduri. Saya ni memang. Walaupun dalam kad jemputan kata, makan mula pukul 12 tengahari, pukul 11.30 saya dah bertolak dari rumah. Tak jauh pun, lokasi kenduri adalah lorong belakang rumah saya saja. Hehe... ada satu rumah di lorong belakang ni, selalu orang sewa sebagai venue kenduri kahwin. Rumah cantik. 

Baju kurung dah gosok hari sebelumnya. Hari tu, masa saya kemas bahagian belakang rumah saya, saya terjumpa kasut kerja saya dulu. Peh... cuba korang bayangkan ye. Kejap, saya nak kira. Saya berhenti kerja masa mengandung anak kedua. Anak kedua sudah 18 tahun. Maknanya, sudah lebih 18 tahun tau, kasut ni, duduk dalam kotak belakang rumah. ๐Ÿ˜‚ Kasut Hush Puppies, yang saya beli semasa saya kerja di KL dulu. Beli di KLCC. Saya tengok kasut tu masih dalam keadaan baik, cuma berhabuk. Jadi, saya lap dengan wet tissue luar dalam, dan saya keringkan dalam rumah saja. 

Masa saya nak sarung kasut tu keluar rumah, saya cakap pada kasut tu, "Tolong jangan cabut tapak ye". Hehe.. biasalah kan, kalau kasut kita lama tak pakai, memang tapak dia selalu tercabut. 

Jalan kaki nak pergi kenduri, bawak payung.

Suami saya yang tangkap gambar saya, dia kata, saya jangok. (Dialek Kelantan, bermaksud cantik). Hok aloh, terus kembang bontot saya, Tak percaya, sila tengok dalam gambar di atas. ๐Ÿ˜‚ 

Elok kasut tu ha, takde tertanggal tapak. Selamat sampai ke lokasi kenduri kahwin.

Seronoknya, sudah lama tak jumpa dengan family Aunty Bada. Aunty Bada je, saya selalu nampak, sebab dia selalu naik basikal pergi mengaji. Mak pengantin, Kak June, walaupun tinggal di Lumut juga, tapi jarang sekali jumpa. Anak kedua Aunty Bada, Yaya pun, baru dapat jumpa semula, sebab sebelum ni, Yaya tinggal di KL. Anak Kak June yang bongsu, Mamat, tua setahun dari anak sulung saya. Dulu, waktu kecil, masa arwah Mama masih ada, selalu pergi rumah Aunty Bada. Ada gambar anak sulung dan Mamat dalam album. Jumpa satu keluarga, sembang sekejap. Kak June dan Yaya cakap, kurusnya saya. Ye la, dia orang last sekali jumpa saya, masa anak-anak saya kecil lagi kot. Masa tu, memang badan saya obese. Lepas tu, Aunty Bada jemput makan. 

Saya dan suami pun apa lagi, marilah kita. Makcik-makcik geng marhaban saja yang sedang menjamu selera waktu tu. Kira kami ni, antara yang terawal tiba. 

Hidangan ada nasi putih, nasi hujan panas, ayam masak merah, daging masak hitam, masak lemak ikan masin bersama nanas, buah oren. Air ada air sarsi dan sirap. Saya ambil juga air sarsi. Walaupun sekarang tengah diet, tak minum air manis. Rasa sikit.

Apa yang saya makan.

Sedih tak tengok apa saya makan masa kenduri? Tak ambil nasi sebab diet. Ambil lauk je. Makan oren dulu, 2 ulas. Bagus juga idea letak kertas atas pinggan. Jadi, tak perlu basuh pinggan bila kenduri selesai. Sudah serupa makan di kedai makan pula. Hehe. Makan banyak ke, makan sikit ke, tak penting. Lebih penting, kita memenuhi jemputan orang yang menjemput kita, ye. Suamiku yang sedang bekerja pun, sanggup keluar officenya, demi makan nasi kenduri. Dia ambil nasi, dia kata, rugi ler, tak makan nasi, bukan selalu orang jemput makan kenduri. Ya, ya. Baik, baik.

Saya makan sekejap je, kurang dari 10 minit. Pengantin dijadualkan sampai pukul 1. Nampaknya, tak dapatlah tengok pengantin, ya. Takpe, kita jumpa keluarga pengantin pun dah rasa cukup happy. ๐Ÿ˜

Ada pencuci mulut seperti pelbagai jenis tepung talam, ada warna hijau, ada warna coklat, ada puding kelapa campur koktail, tak silap. Pun saya tak ambil juga. Tak boleh makan benda manis. No, no. I am on diet. Kita harus KUAT! ๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช

Lepas tu, kami pun minta diri dulu la. Lepas salam kaut dengan Kak June, ambil gambar lah sekejap dengan keluarga Aunty Bada, sebagai kenangan.

Saya dan Yaya.

Waktu sekolah menengah dulu, saya pernah pergi kursus motivasi dengan Yaya, anjuran entah, dah lupa la. Hasil pakatan mak-mak kami la dulu, time cuti sekolah je, hantar anak pergi summer camp. Dia orang tengok anak-anak malas belajar kot. Dulu kecil je. Dah tua dah sekarang. Siapa tua? Kitalah yang tua. ๐Ÿ˜‚ 

Dari kiri, Nana (anak kedua Kak June), Kak June, saya, Yaya dan Aunty Bada.

Alhamdulillah. Saya tumpang seronok tengok Aunty Bada masih sihat, dapat tengok hari bahagia cucu sulung. Semoga Nurin dan Haqimi kekal bahagia hingga ke jannah. Amin... Saya salute dengan Kak June, sebab Kak June seorang ibu tunggal yang berjaya membesarkan 3 orang anak. Masa suami Kak June meninggal, anak bongsunya Mamat, masih kecil lagi, belum sekolah lagi. Seronoklah, dapat jumpa keluarga Aunty Bada. Walaupun sama tinggal di Lumut, tapi sebab kesibukan bekerja dan sebagainya, langsung tak jumpa bertahun-tahun.

Cenderahati buat tetamu. 

Dapat bunga telur, dan tuala kecil. Dah lama pergi kenduri tak dapat bunga telur. Selalu sekarang, orang bagi kek, cookies atau gula-gula je. 

Orait. Sekian cerita saya pergi kenduri. Cuti sekolah ni, korang pergi cuti mana-mana ke? Anak kedua saya baru selesai kertas Kimia hari ni. Kertas terakhir peperiksaan SPM dia lusa, iaitu Asas Kelestarian. 

Jumpa lagi, ye. ๐Ÿ˜Š