KL Trip, day 1

 Semasa cuti sekolah di bulan Disember lepas, saya dan keluarga pergi bercuti di Kuala Lumpur. Agak susah nak pergi jalan-jalan bila ada anak terlibat dengan periksa penting. Sebab hujung minggu, anak ada kelas tambahan. Jadi bila anak kedua bagitahu, kelas tambahan sudah tak ada, jadi kami pun cepat-cepat buat tempahan hotel, pack barang, dan jalan. Lari sekejap dari rutin biasa, tukar angin, lihat tempat orang. 


Pada 22 Disember 2023, kami sekeluarga pun bertolak ke KL. Sudah tempah tempat penginapan di Sky Suite KLCC, melalui aplikasi Booking. Saya lebih suka duduk hotel dari apartment. Tapi apa nak buat, waktu tu, semua hotel sudah banyak yang penuh. 

Orang pergi bercuti di tempat yang tenang, tepi laut ke, masuk hutan ke, jauh dari orang. Kami ni, datang tempat sesak. Ye la, kat tempat kami jarang-jarang ada trafik jem. ๐Ÿ˜

Lokasi tempat penginapan adalah 5 minit saja berjalan kaki ke KLCC.

Tapi ada juga yang tak bestnya. Bukannya check-in di lobi bangunan apartment. Tapi, melalui ejen. Tunggulah saya di luar bangunan untuk urusan check-in. Nasib baik cuaca tak panas sangat. Ejen pula, bukan orang Malaysia. Dari slang English ejen, saya rasa, dari India. 

Urusan melalui wassap juga. Sebab kita tak kenal rupa ejen macamana pada mulanya. Lepas tu, saya bayar deposit RM200, juga kena bayar parking untuk 3 hari, RM60. Satu hari caj parking kereta ialah RM20. Bayar asing, walaupun kita sudah bayar online untuk penginapan 3 hari 2 malam di apartment. 

Lepas bayar, dia bagi video melalui wassap, penerangan macamana nak masuk ke bangunan dengan kereta. Dia ada sediakan pass card untuk kereta dan pass card untuk jalan kaki dan lif. 

Anak sulung saya ada teman saya waktu urusan check-in, sebab saya takut saya miss-out any info yang penting. Cakap English slang India ni, bukannya faham sangat. Berbelit-belit tebal bunyinya. Kalau ejen handsome macam Saif Ali Khan, takpe juga. Ini, so hairy, besar badan, kang kalau dia scam aku ke, bawa lari deposit ke, ish.. tak ke naya. Tapi rupanya, dia ada juga bagitau segala info berkaitan melalui wassap. Dan benda bukan-bukan yang bermain di kepala otak saya, tidak berlaku. Alhamdulillah, semua selamat.

Masa bawa kereta masuk parking, kereta cuma perlu lalu satu gajet macam bentuk tv flat screen ni, yang terlekat di dinding. Dan automatik, palang besi pun naik, bagi kereta lepas. Sebab kami mana pernah datang. Jadi tak boleh nak bajet stering kereta tu kena korner habis, untuk naik tingkat seterusnya. Jadi, ke depan, ke belakang la kami, sat ke depan, sat gostan, untuk muat kereta lalu laluan ke tingkat atas parking. Dia dah tetapkan kami boleh parking tingkat berapa sahaja. Dan juga di petak yang tiada perkataan reserved atau dikhaskan. Standard bangunan tinggi, jadi tempat parking pun sempit dan bertingkat-tingkat. Kami parking kereta di tingkat 8. Apartment kami di tingkat 54. Tinggi tak? Hahaha.. 

Pass card untuk kegunaan lif dan buka pintu di main entrance

Dalam lif dia, tak ada banyak butang pun. Rupanya, bila kita touch sahaja lif pass itu, dia terus bawa kita ke tingkat apartment kita. Sudah already programmed inside la. Tak payah nak tekan butang apa. Pertama kali naik bangunan macam ni. Huhu... jakun kejap. Lepas tu, setiap kali naik lif, telinga berdengung. Tinggi sangat.

Pintu apartment

Ada kod 10 angka kami kena masukkan supaya boleh masuk rumah. Saya rasa, tuan rumah mesti buka rumah dia guna thumb print. Pertama kali la tengok tombol pintu rumah biometrik macam ni. Huhuhu...

Bila masuk dalam, apartment dia, biasa-biasa je. Tak adalah deko macam hotel atau resort ke. Meh saya bawa tengok dalam apartment.

Bilik tidur utama

Saya chop yang ini, orang tua kan. Mesti ada bilik air dalam bilik tidur. Kot nak buang air tengah malam, senang. Tapi tingkap tu, view rumah sebelah. Itu yang saya tutup. Beg hitam dalam gambar atas tu, diletak atas ironing board, dan board tu ada kesan terbakor. ๐Ÿ˜ Aircond, semua bilik ada, termasuk tengah rumah.

Almari biasa je. Bukan built-in cabinet pun. Itu yang saya cakap, macam duduk rumah biasa je.

Ruang dapur

Ada fridge, microwave dan pinggan mangkuk semua. Tuala tak lengkap, ada 3 je. Walaupun dah beritahu, kami satu family, 5 orang. 

Pandangan bila masuk rumah.

Buka pintu apartment, yang nampak dulu belah kanan, ada pintu tertutup. Ingat dalam, ada kabinet kasut. Tapi bukan, ada washer/dryer. Pintu kedua, bilik tidur utama. Lepas tu, ada koridor kecil yang terus ke ruang tamu serta dapur. Tiada balkoni. 

Ruang tamu

Ruang tamu ada tv, sofa, meja kopi. Saya tak ambil gambar sofa, anak kedua tengah terbongkang atas sofa, pakai seluar pendek je. Dia chop tidur atas sofa. Dia memang tak suka share katil. Walau sebenarnya, boleh je share katil dengan abang sulung, sebab katil double.

View dari ruang tamu

Pemandangan dari tingkap ruang tamu. Tingkap dia luas dan tinggi. Bukan sliding door. Tak boleh buka pun. KLCC kat tepi je. 

Bilik air luar dan bilik tidur kedua

Bilik tidur kedua, anak sulung ambil. View dari tingkap dia pun cantik juga.

Bilik ketiga, tepi ruang dapur.

Anak bongsu tengah baring atas katil sambil main telefon. View tingkap bilik dia, adalah rumah orang sebelah juga. Sama macam view bilik kami. Itu yang tutup langsir.

Lepas berehat sebentar, solat jamak, kami pun keluar la. Nak kena beli tuala, sebab tuala tak cukup untuk 2 orang. Itula, kalau hotel, boleh juga kita call room service, minta tuala. Tapi ni, apartment, telefon apa takdak. Tapi saya dah tulis review kat apps Booking tu. Kikiki...

Nasib baik ada Decathlon kat tepi KLCC. Apa lagi, serang....!

Lepas beli barang di Decathlon, masuk Suria KLCC pula. Sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke 22 pada 24 Disember, suami kata, dia nak belanja saya kasut. Saya pun, apa lagi....

Kasut Hoka satu!

Hehe... syoknya, saya ada kasut lari baru! ๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Lama juga la kami duduk dalam Suria KLCC tu. Naik atas, turun bawah, penat, duduk kat foodcourt, minum sambil tengok orang ramai. Keluar kejap, tengok pokok krismas yang tinggi kat depan water fountain kat luar tu.

Selfie satu family, sebagai kenangan.

Cantik pula tempat ada pokok-pokok ni. Lokasi tepi KLCC je. Tepi jalan P. Ramlee tu. Kami jalan kaki je dari apartment. Memang kereta tak keluar langsung sepanjang kami di KL. Mana-mana kami pergi, jalan kaki je. 

Hujan sekejap waktu petang. Lepas maghrib, kami keluar balik. Makan malam di Nasi Kandar Pelita di Jalan Ampang. Jalan kaki je. Suami nak makan nasi kandar, tapi dia punya barisan, punyalah panjang. Suami tak sanggup nak beratur. Kesian dia, tak makan pun. Dia rasa sikit la, mee goreng mamak saya pesan.

Lepas makan malam, kami pergi ke Pintasan Saloma. Pertama kali kami datang sini. 


Orang memang ramai. 


Ada je orang yang nak ambilkan gambar kita, lepas tu jual. Kami ambil gambar sendiri je. Orang macam ni, di KLCC pun ada. Tak payah la guna khidmat jurugambar tu. Sekeping sampai RM80. Baik tak payah.


Berubah-ubah warna lampu di Pintasan Saloma ni. Cer tengok belakang tu, ramai betul manusia.

Kalau ikut saya dan suami, kami straight ke Kampung Baru, jalan-jalan cari makan. Tapi, ada anak dah start buat muka masam, nak balik. Huuu... amenda ler... Dah la bukan selalu datang. Dok kena ikut angin dia je. Kami pun tak jadi la pergi. Walaupun musykil, Pintasan Saloma ni, tembus ikut kawasan mana di Kampung Baru ni, kalau kami melintas seberang sana. 

Dalam perjalanan balik, suami bungkus burger tepi jalan je. Sebab dia tak makan nasi lagi.

KLCC, waktu malam.

KLCC ni memang ada memori untuk saya dan suami. Sebab masa kami mula kenal sebelum kahwin, suami kerja di KLCC. Saya pula kerja di Plaza MBF (sekarang bangunan Ambank, kan), Jalan Yap Kwang Seng. Kami selalu dating di KLCC. Saya selalu naik LRT, turun dan naik di stesen KLCC. Bila sudah kawin, naik motor, tunggu suami habis kerja, saya selalu tunggu depan KLCC, lepas tu balik sama. Bila dah ada anak, bawa anak main playgorund di taman KLCC. Gitula. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain. 

Di tepi Restoran Nasi Kandar Pelita tu, ada tempat makan food truck. Kami lalu ikut situ, untuk kembali ke rumah penginapan.

KL Tower, waktu malam. 

Gitulah hari pertama kami di Kuala Lumpur. ๐Ÿ’“

To be continued. Jumpa lagi, ye. ๐Ÿ˜Š

I am so happy

 Alhamdulillah... saya sudah selamat pos hadiah kepada kelima-lima top pengomen 2023 blog saya ni. Tiga sahabat bloggers sudah selamat terima pun. Syukur Alhamdulillah, selamat sampai kepada penerima. Lagi dua lagi, on the way, semasa entri ini saya tulis.

Minggu ini, setiap hari saya ke pejabat pos. Ada hari, sampai 2 bungkusan saya pos. Saya belajar benda baru. Contohnya, bila kita nak hantar lebih satu bungkusan, masa isi borang parcel online di web pos Malaysia tu, selepas habis isi penerima pertama, kita boleh screen shot QR code yang dipaparkan. Lepas itu, kita boleh terus edit butiran penerima dengan memasukkan nama penerima kedua pula. Jadi, jimat masa. Bila sampai pejabat pos, boleh terus scan dan print out, settle dua bungkusan sekaligus. Hari tu, saya tak tahu. Saya isi satu persatu. Alhamdulillah, dapat ilmu baru. Encik pekerja pejabat pos Lumut ajarkan. ๐Ÿ˜Š

Senang je sekarang, nak hantar barang.

Gambar tiada kena mengena dengan cerita. Saja nak share, larian 21 Disember lepas. ๐Ÿ˜

Balik kepada tajuk. Sejujurnya, untuk tahun 2024 ini, saya tak pasti sama ada saya mampu untuk beri cenderahati lagi kepada top pengomen sepanjang tahun. Ini adalah kerana, hasil kerja tangan saya yang ready-stock sudah pun kehabisan. Hehehe... kena kait barang baru. 

Saya tak kisah akan kos bahan mentah untuk siapkan sesuatu barang kait itu. Walaupun harga benang kait makin tahun, makin meningkat. Bagi saya, kos masa itu lebih mahal dari kos bahan mentah. Nama pun hobi. Benda yang saya cuma usahakan di masa lapang. Jadi, sesuatu barang kait itu ambil masa agak lama untuk siap. Itu lah untuk tahun 2023 lepas, saya cuma mampu bagi untuk 5 orang pembaca bertuah sahaja. Untuk tahun ni, tak pasti lagi. Insya-Allah, saya akan usahakan.

Ada rasa gembira terbit dalam hati. Berbunga-bunga. Bila bagi hadiah kepada orang. Saya sangat suka. Apatah lagi, hasil handmade ini adalah unik dan tak boleh didapati di kedai. Tiada hasil kerjatangan yang sama. Itulah antara sebab saya berbesar hati dapat hadiahkan hasil kait saya kepada pengomen terbanyak.

Larian indoor 29 Disember. Nama pendek saya Kenek. Nama panjang saya, Kenek Kenek si Bongkok Tiga. 

Benda yang kecil, tidak semestinya senang untuk siap. Ada bezanya antara kait jarum satu (crochet) dan kait dua jarum (knitting). Hadiah berupa bantal kait, adalah hasil knitting. Sementara yang selimut ripple tu, adalah hasil crochet. Nama selimut tu ripple sebab corak macam ombak zig-zag. Boleh la skodeng kat blog kawan-kawan yang sudah share hadiah yang mereka terima, iaitu NA dan SK.

Larian indoor 30 Disember. Hello.. nama saya Ketot Junior. Saya dapat nama Ketot sebab ekor saya kontot. 

Saya terinspirasi dengan semangat seorang lagi sahabat blogger, iaitu Anies. Yang berjaya update blog sepanjang minggu dan cuma off Sabtu dan Ahad. Saya pinjam sikit semangat Anies ye, tahun ni. Sabtu dan Ahad, saya akan peruntukkan untuk mengait, jadi tiada entri lah, pada dua hari tersebut, ya. Itu pun, hari ni, lewat juga update blog untuk hari Jumaat. Saya cuba semampu boleh. Insya-Allah.

Ok. Jumpa lagi, ye. ๐Ÿ˜Š