Pertama kali makan burger hitam

 Hari tu, ada orang belanja McD. Pesan melalui foodpanda. Bila orang belanja, segan la kan, nak minta apa-apa menu. Cakap je la, apa-apa burger pun boleh.

Bila pesanan selamat dihantar ke rumah, dapat la burger ni...


Sweet and Spicy Korean beef burger.

Mari kita buka tengok, burger dia rupa camana.


Ban dia hitam.

Pandangan pertama, nampak pedas. Sos dia merah menyala. Saiz burger agak besar. Kepingan daging tebal. Sayur pun banyak.

Apa lagi, bismillah...


Ok rasa dia. Saya bukan peminat makanan korea. Mengenyangkan. Saya makan waktu petang, sebagai dinner.

Kepedasan dia tu, saya boleh tolerate lagi. Pada pendapat saya, lebih pedas burger prosperity yang penuh lada hitam tu. 

Alhamdulillah. Kalau saya pergi McD sendiri, menu sebegini memang saya tak pesan. Saya lebih suka cheese burger je. Merasa juga bila orang belanja.

Ok. Sekian dulu ye. Jumpa lagi. 😊

Naik 3 kilo!

 Rabu, 15 Muharam 1445 Hijrah - Sudah masuk bulan Ogos. Cepat betul, kan... Seperti biasa, bila masuk bulan baru, saya akan kongsikan laporan larian bulan sebelumnya. Mari kita tengok, larian saya bulan lepas yang sendu.... 😅

Laporan Julai yang banyak rongak.

Pada bulan Julai yang lepas, jumlah jarak larian saya, cuma 133 kilometer, berbanding bulan Jun, jarak saya lari adalah sejauh 250 kilometer. Haha... memang malas betul lari di bulan Julai. 

Laporan Julai, compared to Jun.

Bulan Julai hanya ada 21 aktiviti larian saja, banding bulan Jun, saya ada 33 aktiviti larian.

Tapi memang dari awal saya sudah plan untuk berehat-rehat di bulan Julai, kerana bulan Ogos ni, saya ada 1 event larian fizikal dan 1 event larian virtual yang durationnya selama sebulan. 

Seperti biasa, setiap 1 haribulan, saya akan timbang berat. Nak tahu berat saya berapa?

63 kg!!!! 

Hahaha....padan muka, kat diri sendiri. Inilah apa yang kita dapat, kalau kita makan lebih banyak dari apa yang kita bakar. Hahaha.... carbo loading melampau. Sampai 3 kilo naik!

BMI jadi overweight

Padanlah rasa seluar macam kecik. Suami saya kata, itu tanda saya happy! 

Ye la, memang saya happy pun. Takde pantang-pantang. Pantang tengok makan sedap. 🙈 

Tapi, saya ok je. Sebab bulan Ogos ni, kena kerja keras, Runliga akan bermula pada 17 Ogos. Kumpul sebanyak mana mileage yang boleh, selama 1 bulan. Berusaha! 🏃

Sarapan hari ini

Sementara dekat rumah, bolehlah amalkan semula diet suku suku separuh. Haha... kembali ke pangkal jalan. Timun separuh pinggan, telur goreng suku pinggan, dan nasi goreng suku pinggan. 

Semoga bulan Ogos ni, membawa lebih makna dan kejayaan kepada anda sekalian. Cuba untuk berubah ke arah kebaikan, sikit demi sedikit. Cuba mana mampu. Nikmati hidup dengan sepenuhnya. Syukur dengan rezeki dan nikmat yang Allah beri. 😊💓

Jumpa lagi, ye.