Lari untuk makan

 Jumaat, 17 Syaaban 1444 Hijrah.

Semalam saya tak pergi jogging pun. Pergi shopping. Beli barang sekolah anak-anak seperti seluar dan baju sekolah, kasut, bag, dan sebagainya. Satu hari la jugak, mencari barang. Dari kedai kecil sampai ke pasaraya besar, kami pergi. Saiz dah takde, ada sorang salesgirl cakap kat saya, akak beli lewat. Aik... ye ke? Maknanya, orang lain awal-awal lagi dah memborong la barang-barang sekolah anak yek. 

Oleh sebab semalam cuti tak bersenam, hari ni saya keluar lari.


10 km lari pagi tadi. Seronoknya orang yang tinggal kat apartment belakang saya tu. Hari-hari boleh beriadah dengan mudahnya. 

Masa saya tengah nak selfie. saya sandarkan telefon saya pada tayar kereta. Terbongkok-bongkok, adjust position telefon, tiba-tiba dengar orang tanya, "Uiii, buat apa tu?" Entah apa dia ingat saya nak buat, curi tayar kereta orang kot. Pastu dia tengok saya nak selpiaq, "oh.." tergelak dia. I is maluuuuu! 🙈

Bukan apa, lari 10 km tu, supaya tak lah rasa bersalah sangat bila makan banyak, seperti chicken chop kat bawah ni ke...


...atau double patti burger kat bawah ni ke...


ya Allah... dia punya mayonis dan sos meleh-leleh... habis tu, ke sana, ke sini cari barang, lapor, kot. Mesti singgah makan. 😁

Sebentar tadi, sebelum tulis entri ni, saya baru lepas tolong suami submit borang cukai pendapatan dia. Kome dah buat ke belum? 

Ok la ye. Esok hari Sabtu. Selamat bercuti kepada pembaca sekalian, yang merancang untuk nyongket ke mana-mana. Stay safe. Jumpa lagi.. 😊

Syukur Alhamdulillah

 Khamis, 16 Syaaban 1444 Hijrah.

Pada hari Selasa yang lepas, saya telah berjaya melawan rasa malas nak mampus saya untuk pergi berlari di luar. Tambahan pula, treadmill di rumah tak boleh digunakan. Asyik tunjuk error. Betul-betulkan cable treadmill, off dan on semula, masih error yang sama. Huwaaa.... tak boleh riadah di rumah. 

Mula-mula, ingat nak buat sampai 10 ribu langkah sahaja, tapi bila lama-lama, rasa syok pula. Cuaca pula baik, dapat tengok orang, tengok pemandangan laut. Angin meroyan yang selama ini menghantui kepala otak saya pun turut hilang. 


Ha, sampai 10 km saya lari, 2 hari lepas. Hehe haha huhu...

Semalam pun saya keluar lari di luar juga. Ajak anak sekali, tapi dia tak mau ikut.

Senyum dengan orang tak kenal. Beri salam pada orang yang selisih masa jogging. Ada brader tunjuk thumb-up pada saya, tanya,"Dah berapa lap?" Tegur dengan aunty-aunty jogging, "Morning". Tegur uncle yang sedang duduk, "cuaca baik hari ni". Memang semalam cuaca best, tak panas, dan angin sejuk, macam nak hujan, tapi tak mendung sangat.

Memang kita tak boleh disconnect dengan orang lama-lama. Walaupun saya boleh hidup tanpa media sosial, tapi bila di luar, feels good rasanya, dapat jumpa orang. Syukur Alhamdulillah, Tuhan beri nikmat berlari dan sihat sejahtera. 


Semalam pun saya buat 10 km juga. 😁

Aplikasi Garmin hantar notifikasi, cakap kasut Puma dah sampai limit.


Adakah masanya telah tiba untuk beli kasut baru? Huhuhu... takpe, kita pakai dulu, sampai lunyai. Kasut New Balance saya pun, saya lanyak sampai lebih 1,800 km. Bila rasa sakit di bahagian tumit, dah betul-betul haus tapaknya, baru saya berhenti pakai untuk berlari. Tapi saya pakai bila keluar jalan-jalan, pi shopping ke. 

Tapi kan, saya nak bagitau sikit. Hasil pengalaman saya sendiri. Saya tak rekomen beli kasut Puma. Memang sedap dan masuk dengan kaki, macam lari kaki ayam. Tapi untuk orang tua-tua macam kita ni, sayang lutut, kalau lari hari-hari, lanyak macam-macam tempat larian semua bantai, belilah kasut lari yang punya cushioning yang baik. Contoh seperti Brooks atau New Balance. 

Ok la. Jumpa lagi, ye. 😊