Makan di PAKAR

Jumaat, 20 Zulkaedah 1444 Hijrah. 

Salam Jumaat, semua...

saya rehat sehari semalam, tidak online. Memandangkan kita sudah di bulan Jun, sudah separuh tahun, saya tengok semula target untuk tahun 2023 yang saya ada buat di awal tahun. Ada yang saya sudah pun buat, tapi tidak konsisten. Itu yang saya nak cuba perbaiki. Jadi, saya pun buat jadual. Saya akan online untuk update blog ini, selang sehari. Bukan lagi hari-hari seperti sebelum ini. Sebab saya telah mengabaikan projek kait. 🙈 Tak mau la camtu, projek kait tak siap-siap. 

Pagi tadi, saya pergi lari, seperti biasa.

Larian pace siput sejauh 7 kilometer.

Si Puteh tu, datang pada saya semasa nak ambil gambar dia. Selalunya, dia tak pedulikan saya pun, sebab tengah tidur. Kalau sudah terjaga pun, dia masih buat dek je. Si Puteh ni, selalu lepak di perhentian teksi berdekatan terminal feri ke Pangkor.

Lepas lari, saya dan suami pergi sarapan. Lokasi, di Pasar Komuniti dan Karavan atau ringkasannya, PAKAR, Seri Manjung.

Roti bakar telur goyang with baked beans, harga RM6.

Konsep makan di sini, seperti di food court. Kita pergi ke kedai mana satu, kita nak makan. Buat pesanan, bagitahu nombor meja. Orang kedai akan hantar pesanan ke meja bila sudah siap. Boleh bayar pada dia. 

Mula-mula, saya pesan hidangan di atas, roti bakar. Lepas tu, bila kembali ke meja, alamakkk... ternampak kedai depan meja ada jual mee rebus. Jadi suami cadang tukar, dia makan roti bakar goyang, saya makan mee rebus.

Mee rebus, harga RM5

Sedap, mee rebusnya. 😋 Lepas makan, suami tanya, takde kuih-kuih ke? 

Saya pun pusing, tengok kedai-kedai yang ada. Kuih banyak yang sudah habis. Tapi jumpa satu kedai kek. Dia berniaga sambil bawa anak kecil. Anak kecil dia boleh tidur nyenyak, dalam buai di belakang gerai. Untuk info pembaca sekalian, agak bising juga keadaan di tempat makan PAKAR ni. Itu, tidak termasuk persembahan live dari buskers. Ye.. ada persembahan, ok. Makan sambil dengar lagu.

Saya kagum dengan budak kecil yang boleh tidur dalam keadaan bising. Sebab anak saya dulu, masa masih baby, bila lori surat khabar lama lalu je,"Surat khabar lama... old newspaper...!!" anak saya mesti terjaga. 😅 

Kek lotus biscoff dan kek mangga

Jadi, saya pun beli dari adik yang jual kek ni. Harga sepotong kek, RM5. Dua potong kek, RM10.

Alhamdulillah. Kek dia, kurang manis. Ada rasa-rasa, tapi tidak kuat, gitew...

Oi, makan kek pulak. Diet apa cerita? Saya 2-3 hari ni, memikirkan, patutkah saya berlapar dan stay kurus, atau pun makan seperti biasa, dan rasa lebih happy? Saya rasa, saya mudah naik angin bila saya tak dapat kopi. Betul! Walaupun saya tahu, kulit muka saya lebih cantik bila saya tak minum benda manis. Itu dari pemerhatian saya sendiri, bila tengok cermin. Kulit lebih cerah dan licin. Tak ada jerawat pun, bila saya stop gula. Saya cubalah, ok, setakat mana saya mampu. Banyak benar alasan, kan. Bila bangun dari duduk, ada rasa light headed, gelap mata sesaat. Ini memang saya ada alami dari dulu. Kalau saya ambil bacaan gula dalam darah, mesti rendah. Pernah saya test, nurse tu tanya saya, "Sudah makan ke?" 

"Sudah", saya jawap. 

Lepas tu, dia kata, biasanya bila sudah sarapan, tahap gula tu, 5 ke atas. Ini saya, 4 saja. 

Itu yang saya makan kek tu. Tapi bukan selalu ok. Ni baru makan, setelah 9 hari diet. Mungkin sebab saya lari hari-hari, banyak gula terbakar. Lemak ada lagi, banyak. Hehe... kenapa badan kita bakar gula dulu, baru lemak?

Jawapan dari google

Entah, I don't understand. 🙈 Jadi, kalau nak bakar lemak, kena bersenam berapa lama?


Lebih 20 minit. Nak lebih bagus, 1 jam bersenam. 

Oh, nasib baik sesi larian pagi tadi, selama 1 jam 20 minit.

Ok la. Makan saja la. Kalau tak makan, rasa tak ada tenaga untuk berlari. Makan secara sederhana. Jangan melampau sampai gendut, ok. Hehe... jumpa lagi. 😊

Wifi sudah ok

 Rabu, 18 Zulkaedah 1444 Hijrah.

Pagi tadi, lebih kurang pukul 9.30 pagi, orang TM datang, baiki kabel fibre yang putus digigit kera.


Technician adalah cerita sikit dengan suami, sambil-sambil buat kerja. 

Memang kawasan sini, banyak rumah yang alami masalah macam kami, talian internet terputus. Macam kami, bernasib baik juga, sebab dapat kesan kerosakan kabel tu di mana, iaitu di depan rumah saja.

Ada rumah, tak tahu mana tempat nak baiki, jadi technician perlu trace kabel sambil naik kereta, cuba cari mana kerosakan yang bole dinampak.

Technician TM juga berpesan pada suami, supaya jangan marah pada kera-kera yang melintas atas kabel-kabel ni. Pulak dah. Awat pula, kan?

Dia pun cerita la, ada satu rumah tu, baling mercun bola kat segerombolan kera yang melintas, baling bertalu-talu pula mercunnya. Nak tahu apa berlaku esoknya?

Kera-kera tu balas dendam, ok. Esoknya, kera tu bawa geng lebih ramai, dia cabut bumbung rumah. Ada lah 2-3 tile bumbung jatuh ke bawah, pecah. Kompressor aircond yang ada luar rumah, kan, 2 biji jatuh ke bawah, kau!

Apakah? Serius la? Betul, dia kata, beriya-iya dia ulang pada suami, jangan baling mercun bola! Kera jenis intelektual, yang pandai ambil tindakan seperti manusia ni. Tak mustahil beberapa tahun akan datang, jadi macam filem Planet of the Apes pulak, spesies beruk, monyet, kera vs. manusia. OMG. 

Suami pun cakap dengan saya, lepas technician tu pergi, mungkin kera tu gigit kabel internet kita orang, sebab dia pun ada baling mercun bola juga. Pandai kera tu pilih kabel ye, untuk digigit, tepat kena kabel rumah kami, bukan kabel rumah orang lain. Hahaha... 


Selesai je technician ganti kabel baru, kami pun buat projek mencantas pokok tempat kera selalu melepak depan rumah, sambil lompat turun naik, turun naik, macam atas trampoline atau pun sekadar lepak cari kutu atas badan kawan dia.

Sila bandingkan kedua-dua gambar di atas ye. Atas nasihat orang TM, kami cantas la pokok tu.

Alhamdulillah. Talian Wifi di rumah sudah pulih. Harapnya, tidak berlaku lagi, kejadian kabel putus ni. Dah tu, tak payah baling mercun lagi, nanti kera balas dendam. 🙈

Sekian.