Sesak sana sini

 Rabu, 8 Zulkaedah 1443 Hijrah.

Hari Isnin lepas, hari cuti umum kan. Pagi-pagi saya pi jogging dulu.

Kucing manja kat kedai kakak TNB

Tapi saya balik awal, sebelum pukul 8 saya dah sampai rumah. Buat 7.76 km saja. Hari sebelumnya, saya dah buat half marathon (hm), badan saya banyak luka melecet. Memang camni, kalau saya lari jarak jauh, tak sah kalau tak melecet. Masa hari kejadian tu, saya tak plan nak buat hm, jadi saya tak sapu vaselin. Hambik ler... 

Balik tu, suami ajak nyongket ke Taiping, dia tak kerja. Jalan-jalan. Saje, menyibukkan diri dalam kesesakan jalanraya. Hehe.. kat Taiping Lake Garden tu, penuh kereta, tau. Kami tak sempat nak berenti amik gambor bawah pokok. Tak sampai pun kat lokasi pokok-pokok besor tu. Keluar dari kawasan jem secepat mungkin. 

Itu cerita hari Isnin. Semalam pula, saya tak beriadah pun. Rehat rumah. Nak bagi luka melecet tu sembuh. Tapi saya ada buat yoga lebih kurang 20 minit.

Hari ni pula, saya kembali pi jogging.


Buat 10 km pagi tadi. Santai-santai.

Gambar di atas adalah mee sizling yang saya makan waktu tengahari, masa di Aeon Taiping. Jarang-jarang makan. Ok, sedap. Alhamdulillah.

Saya nak share hasil kait saya. 

Last sekali saya share, progress mengait adalah seperti berikut:


Dalam minggu ni, sempat mengait sikit. Sibuk nyongket ke sana, ke sini.


Dah tinggi sikit, bahagian badan bag. Kena kasi tinggi lagi sikit. Oh, slow nya aku mengait. Berusaha!

Baiklah. Selamat bekerja kepada pembaca yang bekerja, dan selamat bercuti kepada yang sedang bercuti, ye.

Jumpa lagi. 😊

Half marathon Jun

Ahad, 5 Zulkaedah 1443 Hijrah.

Lepas Subuh, saya keluar jogging. Jogging dengan Kak Nyah dan Ezan. Pastu Kak Nyah balik lepas 7 km. Pastu Ezan balik tak lama lepas tu. Jumpa Nora. Nora sudah 7 km. Jogging dengan Nora pula, sampai dia habis 10 km. Saya sambung lari. Cuaca baik. Tak panas sangat, agak mendung, dengan angin sekali-sekala. Nora tunggu saya habis half marathon, walaupun saya suruh dia balik. Dia kata, dia nampak motor yang mencurigakan, jadi, bior la dia tunggu, kalau tak, tinggal saya sorang. Jumpa kawan baik juga adalah satu rezeki. Syukur Alhamdulillah, saya jumpa kawan macam Nora. Sekali-sekala je jumpa dia, sebab Nora bekerja. Jadi, cuma dapat beriadah Sabtu dan Ahad sahaja.

Simpan sini sebagai kenangan.
Nora dan saya

Cantiknya kasut Nora. Kasut Asics. Dulu saya pernah beli Asics, tapi tak sesuai dengan kaki saya. Dia punya cutting kasut tak sesuai untuk orang kaki besar di hadapan. Tapi warna kasut Asics memang cantik-cantik. 

Dapat lencana berikut dari aplikasi Garmin Connect.


Cabaran lari 15 km, mata dia 4 points. Agak tinggi. Selalu cabaran biasa di garmin, 1-2 points je.

Melalui aplikasi Strava pula, dapat lencana berikut:


Cabaran half marathon (21.1km) di bulan Jun. Alhamdulillah. 

Sebenarnya, ni bukan kali pertama ada orang tunggu saya habis half marathon. Dulu pun ada sorang brader tunggu saya. Dia duduk kat tembok, main henpon, sampai saya habis. Tempat jogging ni, kawasan kelapa sawit. Kalau lari di bahagian depan, ok, tepi jalan utama, orang lalu lalang. Kalau lari 1 pusingan, bahagian belakang bukanlah laluan ramai orang. Kawan saya pernah jogging petang, ada sekumpulan orang mabuk sedang minum minuman keras di satu sudut yang teduh bawah pokok. Ada runner lelaki tegur kawan saya tu, "akak, jangan lalu belakang la kak, u-turn." 

Kadang-kadang orang sini, bila tengok ada perempuan lari, dia akan duduk sembang ramai-ramai kat tepi. Dia orang boleh je balik lepas habis jogging, tapi dia orang stay situ, sebab macam nak jaga runner perempuan yang lari. Itu yang saya perasan, sejak dulu. Bagus, kan. Berbalik kepada brader tadi, dia kenal saya dan suami saya. Dia lepak tunggu, walaupun saya cakap takpe, kan ramai lagi orang jogging. Ala, takpe, dia kata. Saya pula yang segan, sebab saya lari macam siput, sampai 3 jam baru habis half marathon.

Kawan saya sorang, kalau nak lari jarak jauh, tunggu saya. Saya sebenarnya berserah kepada yang Esa bila lari. Kalau nak jadi apa-apa yang buruk, tak kira tempat, kat mana-mana pun boleh jadi. Saya pernah jogging di kawasan padang yang ramai orang, boleh jumpa 'flasher' dok tayang 'anu' balik pokok. Saya selalu fikir yang baik-baik, dan kita serah soal keselamatan kita pada Allah. Di samping tu, sambil lari, kita boleh zikir, Allah, Allah, Allah, ya Allah.. hati Insya-Allah tenang. 

Alhamdulillah atas segala nikmat Allah bagi, dan Allah lindungi kita.

Kome nyongket mana hari ni? Saya lepak rumah je. Suami kerja. Semoga segala urusan anda dipermudahkan.

Jumpa lagi, ye.