Resepi semprit sukat guna cawan

 26 Ramadan 1443 Hijrah.

Hari yang sibuk bagi saya. Malam baru saya berpeluang untuk update blog.

Jogging juga pagi tadi.


Sempat buat 7.46 km pagi tadi. Alhamdulillah.

Gambar menunjukkan sampul raya. Kawan jogging ada yang nak balik kampung, sempat kirim duit raya buat anak-anak saya. Rezeki anak-anak. Alhamdulillah.

Lepas mandi lepas balik jogging, saya buat kueh raya. Kueh raya pertama buat tahun ini adalah, semprit. 😊

Sangat senang. Tak payah nak canai-canai bagai. Suami ada pula, dia kerja shif petang. Dia tolong buat sama kueh, jadi cepat siap.


Siapkan bahan-bahan buat kueh dulu. Tepung cap Sauh, orang sedekah. Saya kalau beli tepung gandum, cap Faiza. Guna apa yang ada. 


Masa beli barang buat kueh di kedai bahan buat kek Munawarah, semua ada. Ceri merah je dah habis. Ceri hijau pun boleh la. Sendiri juga mau makan.


Kueh ni, pantang kalau kita sembang sikit. Hitam la jadinya. Tengok handphone apatah lagi, silap-silap boleh hangus. Kalau amatur, sila siapkan dulu sebanyak mana tray yang kita ada. Supaya boleh concentrate depan oven, tengok dah masak ke belum.


Bau dia semerbak satu rumah. 😋


Biar biskut sejuk sepenuhnya atas redai. Udara yang bergerak bawah redai boleh cepat bagi kueh kita sejuk. Kalau kita biar atas dulang bakar, kueh kita boleh lemau. Dah sejuk, baru masukkan dalam balang.


Dapat 4 balang kueh semprit. Alhamdulillah.

Saya share resepi kueh semprit di bawah. Inilah kueh yang saya buat tiap-tiap tahun (kalau rajin 😅). Resepi dari arwah mak saya. Kueh ni jenis melt in your mouth. Bila makan, jangan cakap, penuh taik gigi, bak kata mak saya. 😁 

Resepi semprit sukat guna cawan

Bahan-bahan:

Tepung gandum - 1 cawan
Tepung jagung - 2 cawan
Telor - 3 biji. Ambil kuning sahaja
Gula aising - 1 cawan. (Gula aising, bukan bukan castor, ye)
Butter - 1 ketul (250 gram. Jangan beli yang besar, 500 gram tu, naya pak karim)
Ceri merah untuk hiasan

Cara-cara:

Tapis tepung gandum dan tepung jagung dalam satu bekas besar.

Dalam satu bekas mixer lain, butter dipukul dengan gula aising. Tak payah la nak kembang sangat, asal mesra sudah. Masukkan telor kuning satu persatu. Boleh keluarkan mangkuk mixer kita.

Campur tepung yang sudah ditapis tadi sikit demi sedikit ke dalam mangkuk butter kita. Kaup balikkan, hingga sebati, guna senduk ke, apa ke. Guna tangan je, sebab kita boleh rasa adunan kita, sampai tangan kita bersih. Doh tu dah tak melekat. 

Kalau guna telor besar gred A, mungkin adunan kita cair sikit. Jadi, adjust la, masukkan tepung gandum sikit, tepung jagung sikit. Sampai adunan kita dah tak melekat.

Guna acu semprit yang hujungnya bentuk bunga. Sumbat sikit, dan tekan la ke atas dulang pembakar satu persatu. 

Letak ceri merah sebagai hiasan atas semprit kita.

Bakar pada suhu 180 darjah celcius dalam oven. Sekejap je masak kueh ni. Tak sampai 20 minit. Kena selalu tengok, tau. Kalau bawah dia hitam, boleh adjust pakai api atas pulak, supaya atas pun masak. Bergantung lah pada oven anda.

Siap! Berbaloi buat sendiri. Boleh bagi tetamu makan, bagi anak nak balik asrama satu balang. Haa..

Selamat mencuba. 

Baiklah. Jumpa lagi, ye.        

Ikan keli bercili

 25 Ramadan 1443 Hijrah.

Awal pagi tadi, saya masak nasi goreng untuk sahur. Nasi goreng sangat simple, guna bawang putih, cili kering dan telor. Sebab makan panas-panas, rasa sedap bebenor. Ada ulam kacang botol. 😋

Pergi jogging seperti biasa.


Jogging sejauh 7.5 km pagi tadi. Slow-slow je. 

Gambar adalah minyak kelapa, baru sampai semalam. Order kat shopee. Untuk anak bongsu. Rambut dia banyak gugur. Dulu pernah letak santan. Tapi dia tak suka. Lepas tu, saya ada beli hair tonic dan syampoo jenama Seborin, beli di Watson. Nampak macam ok sikit. Cuma ni, nak cuba benda lebih natural, seperti minyak kelapa. Semoga rambut dia bertambah lebat dan kuat.

Lepas balik jogging, saya balik rumah. Pastu keluar balik, pergi pasar dengan suami. Bawa suami, tolong angkat barang. Hehe. Beli dah semua barang dapur untuk raya. Takpe, simpan freezer. Saya malas nak pergi hujung-hujung nak raya. Nanti jadi macam tahun lepas. Nak beli santan segar pun kena beratur panjang. Belum lagi beli daging dan ayam. Tak mau la bersesak-sesak. 

Balik rumah lepas mandi, masak ikan keli goreng bercili. Anak bongsu suka makan lauk ni. 


Ikan keli, potong 2. Lumur serbuk kunyit, pastu goreng. Guna cili hijau dan cili padi untuk sambalnya. Takde kuah. Kalau cekik makan nasi, letak kicap manis. Ok, simple. Alhamdulillah.

Lepas masak, saya mengemas rak pantri makanan pula. Lap rak, bersihkan container makanan. Semalam kemas bahagian dapur luar dan peti ais. Buang barang dah expired. 

Slow-slow la buat kerja. 

Baiklah. Jumpa lagi, ye.