Pages

Kenapa saya tak kurus-kurus

 Sudah masuk bulan Mei. Tapi gambar yang saya ambil masa bulan April belum habis lagi, nak cerita. Mari tengok...

Sambal telur rebus.

Lauk paling simple dan sedap juga. Rebus telur, dan buat sambal. Saya gunakan cili kering semata, tanpa bawang. Saya masak lauk ini, pada awal pagi, 25 April lepas.

Tak pergi jogging pun. pada hari tersebut. Lepas hantar anak ke sekolah, pergi sarapan dengan suami, di Roti Canai Pak Tam Kampung Sitiawan. Jom tengok kami makan apa.

Popia Sira

Sedap, popia sira sini. Kulitnya rangup dan nipis. Ada sesetengah popia sira, kulitnya tebal, dan bila makan, agak liat. Tapi popia sira sini memang terbaik! 😋 Kalau tak, takde la suami saya ambil sampai membukit. 

Nasi lemak dan roti canai.

Nama pun kedai roti canai. Mestilah pesan roti canai. Kuah dia, kari ada ikan kecil seketul.

Close-up nasi lemak.

Nasi lemak bilis. Sedap. Macam nasi lemak masa zaman sekolah. Pedas sikit. Tapi best!

Masa perjalanan balik rumah, singgah Family Mart. Ada anak sudah kirim mahu mac and cheese dan onigiri. Tak kan beli untuk anak je, kot. Kita pun nak jugak.

Onion Cream Cheese Bagel

Share makan dengan suami, dalam kereta. Pertama kali cuba ni. Sedap juga! 😋 Harga RM7.90

Sebelum balik rumah, suami suka tawaf pekan Lumut dulu. Singgahlah 989 Kopi Lumut. Pagi tadi masa makan roti canai, minum air suam saja. Mana boleh, tak mengopi satu hari. Jadi, singgahlah beli kopi. Sini boleh minta, hazelnut latte tu, tak mahu manis, ye. 

Pemandangan sambil tunggu kopi siap.

Cuaca sudah mulai panas. Kita take away, minum di rumah saja.

Kek coklat, 1 slice.

Tak kan minum je. Bungkus chocolate cake, 1 slice. Harga, RM13.

Edited pada 4 Mei 2024, untuk menjawap soalan Carneyz.

Agak-agak berapa kalori setakat makan pagi dan brunch, belum lagi tengahari dan malam? Saya kira, lebih kurang 1,900 kalori sudah masuk. Berdasarkan gaya hidup saya, keperluan kalori harian untuk saya lebih kurang 1,840. Sudah terlebih. Mustahil la boleh kurus, kalau makan macam ni, setiap hari. Tapi saya tidaklah makan begini hari-hari. (ye ke? 🙈)

Saya guna MyFitness Pal, untuk kira kalori yang masuk. App ini sangat bagus untuk pembaca yang sedang usaha untuk kurangkan berat. Kita boleh masukkan makanan yang kita ambil, dan aplikasi ini yang kirakan. Kita juga boleh connect dengan aplikasi lain. Contoh, saya connect dengan aplikasi Garmin Connect, iaitu app jam lari saya. Jadi, dia tolak kalori yang saya bakar dari aktiviti saya bersenam. Selain itu, aplikasi ini tak galakkan sangat pengguna yang tak makan langsung, maksud saya, jumlah kalori intake sangat rendah, dia terima tetapi tidak akan keluar pada newsfeed pada hari tersebut. Maknanya, dia nak kita kurang berat badan secara sihat, ok. Tak mau la obses sangat dengan kiraan kalori sampai tak makan langsung. Jangan skip meal. Ada baik buruknya sesuatu aplikasi itu. Keburukannya, saya bertahan paling lama 2 minggu je, kira kalori ini. Saya rasa murung. Itu yang saya cakap, untuk orang nak betul-betul kurangkan berat, sangat berguna. Tapi bagi saya yang happy happy nak enjoy life dan suka makan, kita jadi murung bila tengok kalori kita hari-hari ter-over je, kan. Terima, hakikat kuat makan tu. Sebagai panduan boleh. So, kita tahu lah mana silap kita, sampai ter-over makan tu. Ada orang kata, applikasi ini kurang tepat. Pada pendapat saya, memang lah tak de yang tepat pun. Kecuali awak timbang makanan yang awak makan, berapa gram, sebelum awak makan. Baru awak boleh enter, makan nasi goreng kampung, berapa gram, baru dia boleh kirakan dengan tepat. Kalau awak tak timbang, agak-agak la kan, kita makan separuh pinggan ke, semangkuk kecil ke. Gitu. Boleh la download aplikasi myFitness Pal di google play store atau mana saluran yang betul. Sangat berguna. 

Untuk info pembaca, ada tengok journey Khairul Aming turun berat badan tak? Kalau tak, sila google. Dia timbang, ok. Makanan yang masuk berapa gram, masa dia mula usaha nak turun berat tu. Selain bersenam di gym dengan weight lifting. Selepas beberapa lama, dia stop timbang makanan yang masuk dan kira kalori. Dia pun guna kaedah ini sebagai panduan saja. Sebab in time, kita sendiri boleh agak makanan ini too much, sebab sudah sekian lama kira kalori. Gitu.

Untuk mild weight loss (hilang 0.25 kg seminggu), saya perlu makan sehari 1530 saja.

Untuk weight lost 0.5 kg seminggu, perlu makan 1,200 kalori.

Sumber: Optifast Malaysia, Calori Calculator

Logik, kan. Untuk hilang berat, perlu makan kurang dari jumlah kalori yang badan kita perlukan.

Atau kita bakar lebih banyak daripada kalori yang kita ambil (kalori defisit). Saya, pada hari tersebut, pergi jogging pun tidak. Bila badan dalam keadaan kalori defisit, badan akan mula menggunakan lemak yang tersimpan sebagai tenaga, dan ini boleh membantu kita untuk turunkan berat badan.

Setakat ini, saya takdelah fikir nak kurus sangat. Saya tidak buat intermitten fasting. Saya cuma cut sugar sahaja (kepala otak, cut sugar, tapi makan chocolate cake!) 😅. Saya sedar akan tabiat makan saya yang terlebih ni. Apa benda saya nak makan, saya makan je. Esok, saya lari ler. Hehe... Lain kali saya share tentang aktiviti larian pula ye. Banyak gambar makanan je ni. 😁

Ok. Jumpa lagi, ye.

32 comments:

  1. Tapi.. Kak nur lagi kurus dari linda... Linda nak amik masa berlari juga, tapi bila ntah nak berlarinya... Kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke? Linda tak gemuk pun, ok je, akak tengok. Hujung minggu la, lari dengan anak-anak. :)

      Delete
  2. Lari itu aktiviti yang membahagiakan Nur. Teruskan berlari ye Nur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya-Allah. Betul cakap kak Amie. Selagi diizinkanNya, saya akan terus berlari. :)

      Delete
  3. Macamana nak kira kalori dgn betul ye Nur? Maybe Nur boleh share macamana Nur buat kiraan kalori utk panduan kiteorg yg kena jaga pemakanan jugak huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sudah jawap di atas ye, Carneyz. Semoga Carneyz diberi kekuatan untuk amalkan pemakanan sihat, jangan jadi macam saya, tau. :D

      Delete
  4. Wak makan tak pernah kira kalori
    Tapi jarang2 masuk kedai makan
    makan kat rumah aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya nampak keberkatan di situ. Saya pun nak usaha untuk jadi macam Wak la. Kurangkan makan luar.

      Delete
  5. Saya makan tak pernah tau berapa jumlah kalori yg masuk...saya tetap makan dalam jumlah porsi gak banyak, tapi rasanya gak puas kalau tak tau jumlah yg masuk keluar,ada tips nya gak sis hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada saya kongsikan tips di atas. Sudah bagus tu, Mreneyoo. Makan, tapi porsinya tak banyak. Sederhana itu bagus kan, berhenti sebelum kenyang.

      Delete
  6. Takpe lab Puan Nur rajin lari. Bolehlah lebihkan larian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, NA. Itulah plan saya. In order to makan banyak, lari pun kena banyak. Muhahaha...

      Delete
  7. Betuuuul. Cara yg benar mesti ditimbang. Jadi tahu secara tepat kalori yg masuk. Tapi saya pun tak nak pakai cara itu kak..

    Krn sbnrnya badan saya pun msh normal beratnya. Tinggi 154cm, berat 49-50 kg. Di situ2 saja. Tapi masalah saya lemak yg berlebih di bagian perut kadang dan paha.

    Karena itulah saya tetap rutin workout utk bantu membentuk otot di daerah perut dan paha. JD memang bukan Krn ingin kurangi berat badan, tapi hanya utk membentuk otot supaya metabolisme pun lebih kencang bakar kalori. Apalagi saya pun suka makan 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Comelnya Fanny. Sudah sesuai berat badan Fanny tu.
      Hahaha... sama kita ye, food lover. ^_^

      Delete
  8. Enak semua hihi..mbul tuh penasaran popia ini mirip lumpia agaknya kalau di tempat Mbul. Dan roti canai adalah feverit mbul pake banget kak nur...itu onion cheesenya kok mirip burger ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Onion cheese bagel tu, lebih kurang macam donut, cuma ada isi di dalam, Mbul. Dalam gambar, tidak kelihatan lubang di tengah bagel itu.

      Delete
  9. semoga kita dapat sama2 jalan makan ikut kesesuaian badan kiter.. insyaAllah berusaha untuk sihat kan... semoga Allah beri kesihatan yg baik pada kita supaya dpt beribdat padaNya dengan selesa. Ameeennnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn.... betul cakap Lady. Perlu usaha untuk sihat. Itulah tujuan utama, supaya dapat beribadat dengan baik, tanpa apa-apa masalah kesihatan.

      Delete
  10. tapi uncle penagih kopi... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, samalah kita, uncle. Hari-hari tak lengkap tanpa secawan kopi. Gitew... :D

      Delete
  11. Betul jugak kan...boleh murung hari-hari tengok lebih kalori 😅

    Saya tengok Nur kira kategori orang kurus. Tapi iya, kurus atau tidak kita masih perlu buat senaman untuk kesihatan mental & fizikal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann.... huhu... takmo, takmo.
      Betul cakap Ujie. Saya nampak je kurus, Ujie. Tapi berat saya borderline. Sekejap BMI normal, sekejap BMI overweight. Nak lari jauh dari pagar tu, tak dapat-dapat. Yor lantak, saya dah malas dah pikir, nak happy happy je, Ujie. :)

      Delete
  12. sambal telur tu kan..lauk fav suami SA..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, simple la, feveret suami SA. Senang nak masak.

      Delete
  13. popia sira tu sedap lama tk mkn tp kena yg kulit nipis ..kulit tebal tk sedap...sama la kita guna MyFitness Pal...ikutkan mls je nk update psl kalori tu...tp husband yg soh install soh bole tgk la brp kalori kita mkn...tp kdg2 lupa juga isi dlm MyFitness Pal ....tp setelah 4 bln berlalu cut sugar nmpk hasilnya...alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Tumpang gembira dengan mama tisya, sudah nampak hasil cut sugar. Semoga terus istiqomah ya.

      Delete
  14. saya tak penah check kalori
    just ingatkan diri
    makan berpada2
    dan yg mana pantang, sila teruskan pantang (ayam dgn ais)
    heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, Anies tak makan ayam ye, baru tahu. Bagus juga, tak elok sangat makan benda kena cucuk ni, bak kata Dr. Nordin Darus.

      Delete
  15. popia sira yg sebetulnya kulit nipis dan rangup. bukan tebal, liat dan buat org skt gigi...
    tp yg byk kite jumpa mcm ni laa...
    manis sira je lbh... yg lain2 hancus...
    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, betul. Tapi kat kedai saya pergi tu, Anies, terbaik!

      Delete
  16. Saya target plus kalori sekarang...masa puasa itu hari defisit kalori sehingga muka nampak cengkung terus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah. Tak suka ke, muka cengkung? Hehe.. kalo orang perempuan suka, sebab nampak cheek bone. :D

      Delete