Dua hari punya larian

 Rabu, 20 Zulhijjah 1443 Hijrah.

Semalam saya tak sempat nak update blog. Busy bebenor. 😁

Saya share larian semalam dulu ye.


Semalam saya jogging sejauh 10.83 km. 

Data larian, tapi tunjuk gambor makanan. 😁 Gambar di atas adalah sarapan yang saya sediakan awal pagi semalam, iaitu nasi goreng dan nugget. 

Larian hari ini pula adalah seperti berikut:


Jogging sejauh 9.03 km pagi tadi. Tak cukup 10 km hari ni, sebab cuaca sudah panas. Hantar anak ke sekolah dulu, baru pergi jogging. 

Gambar adalah nasi goreng pagi tadi. 

Hari-hari goreng nasi. Cuma lain style. Semalam gelap sebab campur kicap, hari ni cerah sikit rupa nasi goreng. Saya kurang gemar makan nasi semalam. Boleh je makan, tak elok membazir, kita perangat dan boleh makan dengan lauk yang masih ada. Orang kelantan cakap, make nasik dingin (nasi semalam). Cuma, tekak saya kurang gemor. Lebih suka goreng nasi semalam, banding makan begitu saja. Pastu sebelum makan tu, goreng la telor mata. Cair plak kuningnya. Peh! 😋

Tapi nampaknya nasi goreng di atas kita makan tengahari saja. Sebab lepas jogging pagi tadi, kawan saya ajak sarapan di Oldtown White Coffee. Rejeki jangan ditolak, dengan kawan, tak payah malu. 😜


Kawan saya makan roti bakor telor separuh masak tu. Saya pula makan dry mee kicap. Alhamdulillah. 

Sekarang ni, cepat penat ooo, bila lari. Nak habiskan 10 km tu, hauk la juga! Dengan cuaca yang panas. Tak boleh paksa diri. Kita buat mana kita mampu. Tak larat, balik. Kadang kita sibuk dengan aktiviti lain, dan komitmen keluarga, tak sempat nak rehat. Itu juga pengaruhi heart rate kita, jadi laju. Dalam report larian kita, heart rate banyak dalam zone merah. Minum ayor pun tak cukup, lagi la. Hanya kita yang kenal diri kita. Lari je mana mampu. Jalan pun apa salahnya. Keluor peluh juga. Badan lebih sihat, rasa ringan, mudah kita nak beribadat. 

Ok, jumpa lagi, ye.

P/S: Selama ni bila saya masak, saya ambil gambor straight dari periuk atau kuali. Sekarang, saya hidang atas meja, baru ambil gambor. Ok ke, encik? Hehe...

Shell Stitch Pattern Bag, in black

 18 Zulhijjah 1443 Hijrah.

Saya buka-buka blog saya, tengok ada iklan underwear lelaki Comfort Republic Malaysia. Alamak, macam takde iklan lain. 🙈 Maafkan saya, ye, kalau keluar iklan tak sopan. Nanti saya ubah kat setting adsense.

Semalam petang, saya masak maggi goreng untuk makan malam.


Lepas masak, pi mandi. Berpeluh-peluh masak di petang hari. 3 kali saya mandi semalam. Nasib baik rumah takde swimming pool. Kalau tak, mau saya berendam macam badak. 🦛


Pagi tadi, saya pergi jogging macam biasa. Bila dah nak balik, nak stop jam, tengok-tengok jam saya dah mati. Masa saya bersiap sebelum keluar rumah, jam masih ada 1 bar baterinya. Sempat rekod larian sejauh 11.11 km pagi tadi. Alhamdulillah.


Dapat lencana sudah melepasi 100 km larian di bulan Julai, menerusi aplikasi Strava.

Balik jogging, pergi dating sarapan bersama suami di Hirup Piring Kopitiam. Suami kerja shif petang, tapi dia ada OT, masuk kerja tengahari.


Sarapan saya pagi tadi adalah set big breakfast. Ada sekeping roti bakar yang disapu garlic spread, scrambled egg, sosej, baked bean dan coleslaw. Minuman pula, white coffee panas. Sedap dan kenyang, Alhamdulillah.

Balik rumah, masuk dapur, masak ayam masak merah. Suami tolong goreng ayam dan kentang wedges.


Keringnya ayam merah saya. Tak berkuah. 😁

Sempatlah jadikan bekal untuk suami bawa makan di ofis, dengan nasi.

Saya ada update page Hasil Kait.


Selesai sudah tempahan bag kait, dari sahabat saya. 2 beg pattern kulit kerang. Warna dan ukuran berbeza. Memang hasil handmade ni, dia tak kan jadi sebijik sama. Mesti ada lari sikit, sama ada ukuran dan hasil akhir. Bukannya dihasilkan dari mesin, ada acuan ke apa. Itulah uniknya produk handmade ni. 

Saya memang suka mengait, selain dari berlari. Dapat menjana sedikit ekonomi dari rumah, membuat benda yang saya suka, adalah satu rezeki tak ternilai pada saya. Saya baru nak mulakan projek kait ready-stock, rancangnya untuk hadiah pengomen terbanyak di blog saya ni, pada hujung tahun. Tapi, ada tempahan bag kait, baru masuk hari ni. Alhamdulillah. Kena tangguh dulu projek kait hadiah pada pembaca. Harap sempat siapkan. 😊

Baiklah. Jumpa lagi ye.

Shell stitch bag kaler biru

 Ahad, 17 Zulhijjah 1443 Hijrah.

Salam hujung minggu semua... 😊

Saya baru siap kait bag pattern kulit kerang ni, dan saya sudah upload ceritanya di page Hasil Kait. Boleh klik sini untuk baca lebih lanjut tentang bag kait yang baru siap ni, ye.

Mula projek: 9 Mac 2022

Siap projek: 19 April 2022

Lebih sebulan ambil masa untuk siapkan bag ni. Alhamdulillah. Harap tuan punya bag berpuas hati dengan hasilnya. Walaupun sudah siap sejak bulan April, saya tunggu satu lagi bag siap, dan saya dah sampaikan pada tuan punya bag, barulah saya dapat update di sini.

Ambil gambar hasil kait di pokok ceri. Hari ini, pokok ceri ni sudah ditebang. Sebabnya, jadi port lepak beruks. Baru ingat nak tanam pokok besar di halaman rumah, supaya teduh sikit. Memang tak boleh tanam pokok ada buah. Habis semua ceri, tak sempat merah, dah hilang. Sebelum ni, beruk-beruk cuma melintas atas kabel elektrik depan rumah. Lepas tu, dia dah pandai lompat ke pokok ceri rumah kami. Pastu, jalan ikut tembok pagar, ke dapur, makan makanan kucing. Masuk ke wet kitchen saya, makan bawang yang saya gantung di bakul bawang di dapur belakang rumah tu. Habis semua, masa kembali ke rumah dari kampung hari tu, kulit-kulit bawang berselerakan, dengan kesan hitam, tapak kaki beruk. 

Tidak jauh dari kawasan perumahan saya ni, ada taman paya bakau, di mana sebelum ni, orang ramai boleh singgah sana. Tengok beruk, bagi makan beruk, jalan-jalan la di taman paya bakau tu. Sekarang, pihak majlis telah memagar taman tersebut, dan kenakan bayaran pada sesiapa nak masuk. Bila dah kena bayar, tak ramai lah yang pergi. Kalau dah berbayar, siapa nak pergi, sedangkan kita boleh tengok free je, beruk-beruk ni. Sejak tu la, beruk-beruk semakin banyak datang ke kawasan rumah dan dia punya tahap lapar tu, bawang bombay dia makan, makanan kucing, bahkan makanan ikan pun dia makan. Ada bekas makanan ikan atas akuarium di depan pintu rumah, habis dibukanya, bertaburan makanan ikan. Memang tahap kebulur la tu, beruk-beruk ni.

Alamak, terlebih bebel pasal beruk pulak. 

Pagi tadi, saya sempat jogging sekejap.


Larian pagi tadi adalah sejauh 7.17 km. Alhamdulillah.

Tu je la nak cerita kali ni. Selamat beristirehat di hujung minggu kepada semua pembaca blog ni, yang saya hormati sekalian.

Jumpa lagi, ye. 😊

Half marathon Julai

 Sabtu. 16 Zulhijjah 1443 Hijrah.

Mula-mula, saya lari dengan kawan-kawan. Pastu, sambung half marathon sorang-sorang. Tapi suami saya ada teman hari ni. Dia pun jogging juga, di tempat yang sama, buat 5 km. Suami saya dah turun 2 kilo, semangat dia. 😊


Alhamdulillah, 21.16 km lari hari ni.

Lepas lari, kami pi sarapan di mamak mee pokok ceri. Pekena roti bakor telor goyang, dan nescafe o panas. Ye, saya memang kalah dengan kopi. Tahan beberapa hari je tak minum kopi. Tapi saya ada ambil langkah lain, iaitu minum air masak dengan lebih banyak. Saya cuba. Muka dah jadi kurang kering. Jerawat juga semakin kurang. Buang air besar pun lebih senang. Memang kena minum air masak banyak, sebab saya hilang air banyak setiap hari, bila saya lari.


Dari aplikasi Garmin Connect, dapat lencana July Rundown, iaitu sudah melepasi 80.5 km berlari di bulan Julai. Lambat dapat lencana ni, pada bulan ni, sebab saya banyak cuti lari, sebab tak sihat hari tu, dan juga balik kampung.


Menerusi aplikasi Strava pula, dapat lencana cabaran half marathon julai. 

Ok rasanya, dapat lari jauh hari ni. Saya suka perasaan bila saya lepas lari jauh. Rasa badan lebih ringan. Kaki pun ok, Alhamdulillah, tak sakit. Kasut ok. Pakai kasut Puma. Badan pun kurang melecet, letak vaseline di tempat yang biasa melecet. Benda-benda kecik macam ni mempengaruhi kita, bila kita nak bersenam. Nampak macam benda remeh, seperti pakaian dalam yang sesuai. Tapi benda inilah yang beri kesan bila kita lari jarak jauh. Saya dah merasai melecet di bahagian peha, masa badan saya obese, tahun 2015/2016. Sakit tau, bila mandi, sebab ada luka melecet. Perasaan pun down je. Tapi konsisten tu la kunci kejayaan. Bila kita nampak kesan yang baik pada badan kita, rasa best sangat! Syukur Alhamdulillah. 

Korang pergi jalan mana hari ni, hari Sabtu? Saya lepak rumah saja. 

Baiklah, jumpa lagi, ye. 😊

Kita belasah saje...

 15 Zulhijjah 1443 Hijrah.

Salam Jumaat yang mulia.

Sekejap je dah Jumaat. Besok dah Sabtu. Bulan mengambang penuh masa jogging pagi tadi.


Sempat lari sejauh 10.13 km. Alhamdulillah.

Gambar saya masa bulan lepas yang saya pergi jalan ke Bagan Datuk tu. Entrinya ada di sini.

Saja letak gambar masa tengah sihat dan kuat. 

Sepanjang saya tidak update blog selama lebih 2 minggu baru-baru ni, selain dari terbongkang tengok Netflix, saya demam sebenarnya. 

Asal kejadian, lepas makan buah mata kucing dengan banyaknya, saya mula sakit tekak. Lama tak makan, teringin. Keesokannya, saya demam. Eh, ini terjadi sebelum hari raya haji lepas, ye. Hari kedua, makan panadol saja, sakit-sakit badan. Hari ketiga, sakit dah naik ke kepala, baru pergi klinik. Suhu badan masa tu, 39 darjah celcius. Doktor kata, boleh tahan tinggi. Musim influenza. Tapi Alhamdulillah, walaupun demam dan sakit badan tu, saya boleh lagi buat kerja seharian sebagai surirumah, hantar dan ambil anak sekolah, memasak dan sebagainya. Cuma, saya tak pergi berlari. Bagi badan rehat. Masa raya haji balik Kelantan, saya tak berapa sihat lagi. Eh, lupa nak cakap. Ketiga-tiga anak saya pun jangkit demam dari saya. Kesian. Start dengan yang bongsu, sebab saya selalu tolong dia buat homework, duduk dekat-dekat. Pastu pass ke anak kedua. Last sekali kena, anak sulung. Suami saya sorang sihat, dia kerja overtime banyak, kurang ada di rumah. Kadang rasa tak best jugak, effect dia, sampai sekarang ada hari, badan saya rasa panas lagi. Saya batuk masih berkahak. Suara saya masih belum kembali asal. Ambil masa hanya sekejap je, sakit tu, tapi badan belum recover semula ke asal. Tapi, inilah ujian, ye tak. Ujian sakit. Terima ujian dengan lapang dada. Berdoa padaNya, supaya diberi kekuatan untuk hadapi ujianNya. Dan belasah saja. Pagi masa bersiap tengok cermin, senyum, dan ucap kata perangsang pada diri sendiri, "You got this! You can do this! I am strong! I am healthy! Syukur Alhamdulillah." Apa lagi yang kita nak. Ada rumah, ada kereta, boleh berlari, boleh buat kerja, ada suami penyayang, ada anak bijak-bijak. Fikir dan cakap benda baik-baik sahaja. Semuanya sementara. Sakit sementara. It will pass. Insya-Allah. Kita hadap je. You are what you think, ok. Berusaha! Semangat! Yihaaa....

Stranger Things

 Masa ketiadaan saya selama 2 minggu lebih, iaitu masa blog ni tidak di-update, salah satu aktiviti saya adalah tengok siri ni la, on Netflix, Stranger Things.


Anda sudah tonton siri ini kah? Sudah? Ok. Belum? Tak payah la tengok. Hehe.

Bukan apa, kalau tengok, melekat terus, tak boleh stop. Bila saya tengok si Nohas tu, rajin layan siri di Netflix, saya jadi musykil. Ish, rajin dia tengok benda bersiri-siri ni. 

Untuk pengetahuan anda, ini pertama kali saya layan cerita bersiri. Masa dok scroll Netflix, cari movie apa best, anak saya la sorang cakap, tengok la mama. Best citer ni. Huh... anak saya ni memang, tak payah ajar, pandai je dia. 

Siri Stranger Things ni, dari 10 bintang, saya bagi 9! 😁

Tidak la saya tengok sekaligus. Ko giler? Sambung-sambung juga, banyak hari. Asal free je, layan. Saya paling suka musim pertama. Ada 4 musim dah di Netflix. Dari pelakon dia kanak-kanak, sampai Season 4, dah meningkat remaja deme ni.

Cerita dia, tak la menakutkan pun, pada saya. Kalau ada speaker connect to tv tu, pasangla kuat-kuat. Bior terkejut beruk sikit, lagi-lagi masa Season 1. 

Saya takkan ceritakan la tentang siri ni. Nanti spoil pulak, bagi yang belum tengok. Tapi jangan tengok, ok. Tak payah tengok. Nanti tak boleh stop. 

Sekian. 

P/S: Tak sabor nak tunggu Season 5 keluar. Astaghfirullahalazim... 🙈

Khamis yang basah

 14 Zulhijjah 1443 Hijrah.

Bangun pukul 4 pagi. Masuk dapur. Sediakan sarapan anak kedua ke sekolah sesi pagi. Masak nasi dan lauk sekali untuk sarapan dan makan tengahari. Teringin nak makan lauk simple, jadi baru hari ni dapat masak.

Telor goreng, 4 biji.

Ada 5 orang, tapi goreng telor 4 biji je. Anak kedua, selera dia unpredictable. Nanti dia balik sekolah kang baru tanya, apa dia nak makan. Kalau kita goreng terus untuk dia dan dia tak makan, membazir pulak. 


Ada lauk ayam goreng. Nampak macam 2 jenis ayam goreng. 3 ketul, ayam goreng ayamas frozen tu. Lagi 3 ketul, ayam goreng saya celup tepung bistari. Sayur kobis, kacang panjang dan carrot, masak stir-fry, pecah telor. Kemudian, ikan tamban goreng rangup, campur bawang dan cili kering. Huuu, ini feveret ni, sejak sebelum raya haji nak masak, tapi tak masak-masak. 

Dah ada telor goreng, goreng ayam pulak ye. Siapa makan telor, tak boleh amik ayam. Siapa makan ayam, tak boleh amik telor. Itu yang hidangan sarapan dan tengahari sekali. Dah siap-siap sediakan. Hehe, surirumah malas masuk dapur berulang kali. 

Masa lepas subuh nak pergi jogging, nampak kilat di langit. Tapi, pergi jogging juga. Suami masih cuti, jadi dia yang hantar anak ke sekolah.


Tengah lari, hujan pun turun. Mula-mula rintik je, pastu makin renyai. Sempat jogging sampai 8.27 km sahaja. Alhamdulillah. 

Gambar di atas adalah makan malam saya semalam, semangkuk kuetiau sup dengan teh o panas kosong.

Kena racun dengan kawan-kawan jogging. Balik rumah, tanya suami, nak tengok Mat Kilau tak. Dia kata, ok. Suami dari sebelum raya haji dah ajak, tapi saya agak keberatan. Kuat betul racun kawan-kawan jogging saya ni. Dia orang dah tengok. Dah beli tiket online untuk malam ni. Satu family pi. Tengok wayang on weekdays, esok sekolah. Hehe. Giler punya mak.

Baiklah. Jumpa lagi, ye.

Lama tak update

 13 Zulhijjah 1443 Hijrah.

Lamanya saya tak update blog. Last sekali entri blog saya, tarikh 30 Jun. Hehe. Adoi. Mood online ke laut. Macam ni la saya ni. Minta maaf ye, kepada pembaca yang saya hormati sekalian.

Hari ni sudah kembali ke rutin asal. Anak-anak sudah kembali ke sekolah.

Pagi tadi, saya pergi jogging semula.


Larian pagi tadi, adalah sejauh 8.18 km. Tak tahu la boleh masuk kategori lari atau tak, pace 10. Badan rasa berat dan gemuks. Makan daging banyak. Dengan sup tulangnya, nasinya. 

Saya dan keluarga pulang beraya di Tumpat, Kelantan. Kampung suami. Gambar di atas, 2 anak bujang, tengah lepak di Pantai Cahaya Bulan. Masa raya haji pertama. 

Tahukah anda, masa raya puasa, atau raya haji, hari pertama raya, semua pusat membeli-belah ditutup? Ha, only in Kelantan. Pergi la Aeon Mall ke, Lotus ke, KB Mall ke, semua tutup masa raya pertama. Dari dulu lagi macam tu. Memang raya pertama, kunjung mengunjungi rumah sanak saudara sahaja. Atau kalau tak mau makan daging, boleh pergi ke pantai. Masa kami pergi hari tu ke Pantai Cahaya Bulan, ada je kedai makanan laut macam bebola udang, dan segala jenis lagi tu, yang celup tepung yang dibuka. Tapi tak semua kedai dah buka. 

Masa nak pergi Kelantan, ambil masa lebih kurang 7 jam, bertolak lepas Subuh untuk tiba di kampung. Masa nak pulang semula ke Perak, ambil masa dalam 8 jam lebih untuk sampai. Walaupun kereta banyak, tapi trafik berjalan. Alhamdulillah. Dapat jumpa orang tua, kakak-kakak ipar, suami dapat tolong melapah daging korban.


I is takuts tengok lembu kena sembelih tu. Jadi, lepak rumah je. Dah pernah tengok dulu, cukup la. Orang sana korban kat rumah je, takde kat masjid pun. Satu family, 1 ekor. Alhamdulillah.

Macamana raya anda? Apa khabar pembaca sekalian? Sekarang musim orang demam. Banyak makan durian dan buah mata kucing. Hehe. Jaga diri ye.

Jumpa lagi. 😊