Ceria Sabtu

 Suami saya off  kerja. Dia masak nasi goreng untuk sahur. Dia punya nasi goreng lagi sedap dari nasi goreng saya masak. Hehe... siap tambah. Semalam saya tak  makan nasi waktu berbuka. Makan roti john. Balik terawikh, saya makan kueh badak dan kasturi, kawan sedekah. 

Saya pergi jogging dalam pukul 7 pagi.


Hari ni, dapat jogging 7.3 km. Alhamdulillah. Hari Sabtu, ramai juga orang beriadah pagi. Yang jogging, yang naik basikal.

Gambar di atas adalah pokok cermai. Buah cermai yang orang buat asam tu, selalu warna kuning. Yang ni, warna merah. Saya tak tahu pun pokok dalam pasu ni, pokok cermai. Bila dia dah keluar buah, saya try makan. Laaa... buah cermai. Ada warna merah rupanya. Ingat warna kuning je.

Syukur Alhamdulillah atas nikmat yang Allah beri. Dapat merasa bulan Ramadhan. Dapat puasa, dapat lari. Dapat pergi terawikh. Pergi terawikh ni, macam pergi jogging juga. Sebelum keluar rumah, rasa malas nak mampus. Dah gendut kan, lepas berbuka, rasa macam ular sawa la. Tapi bila kita pergi dan lepas buat, hati rasa tenang dan seronok je. 😍

 Ok la. Jumpa lagi, ye.           

Larian Jumaat

 Suka, suka... suka dapat pergi terawikh semalam. Masa uzur, bosan sungguh. Sekarang baru rasa manisnya Ramadhan. Syukur, Alhamdulillah. 😊

Kadang saya rasa macam tak sabar nak menopause, tau. Dah tua ni, malas nak fikir datang-datang bulan ni. Leceh. Tak boleh solat dan mengaji. 

Hari ni tak perlu hantar anak ke sekolah, suami off kerja, jadi dia take over tugas tu. Jadi, saya boleh pergi jogging awal sikit. 


Larian hari ini adalah sejauh 6.6 km. 

Gambar di atas adalah lencana yang saya dapat dari aplikasi Garmin Connect, iaitu April Weekend 5K. 

Antara sebab saya suka masak untuk berbuka waktu pagi adalah sebab saya ada kelas masa tengahari.


Gambar adalah masa kelas mengaji online, semalam. Ustaz buat live di fb. Bulan puasa ni je, ada kelas setiap hari. Hari biasa, kadang ada kuliah bonus. Selain tu, kalau terlepas yang live, boleh je tengok rakaman yang di-upload di group, ikut masa lapang kita. Saya ambil program solat sempurna, tadabbur, mengaji dan tahfiz. Alhamdulillah, dapat tambah ilmu. Banyak yang saya tak tahu.

Ok la. Jumpa lagi, ye.

Boleh ke lari di bulan puasa?

 5 Ramadhan 1443 Hijrah.

Hantar anak ke sekolah. Kemudian, pergi jogging.

Apa pandangan anda bila tengok orang berjogging di waktu pagi di bulan puasa? Mesti ada yang terfikir, hmmm... ni mesti tak puasa, ni, betul tak?


Jarak jogging hari ni, dapat 6 km. Sangat lah santainya, pace 10.

Gambar di atas adalah salah sekor kucing saya, nama Oyen. Dia memang manja sangat. Suka naik atas saya bila saya duduk kat buaian.

Masa saya taip entri ni, hujan sedang turun dengan lebatnya. 

Pada pendapat saya, di bulan puasa ni, jogging waktu pagi jauh lebih senang dari jogging waktu petang. Bila waktu petang, saya kena prepare lauk berbuka. Lagi satu, kena ambil anak bongsu yang sekolah sesi petang, pukul 5.30 petang. Tahun lepas, saya ada jogging waktu petang. Lepas tu, rasa perut keras, masuk angin, macam gastrik. Tenaga tu ada, tapi cuaca petang biasanya panas. Itu yang saya lebih suka jogging waktu pagi, walau pun saya puasa. 

Tak rasa macam nak minum air ke, balik jogging? Tak. Betul. Sebab kita baru lepas sahur. Jogging tu, tutup la mulut, supaya mulut tak kering. Saya riadah 1 jam je. Buat setakat 10 ribu langkah. Kalau tak pernah try, mesti rasa macam tak larat je, nak riadah di bulan puasa. Tapi, bila kita try, bukanlah mustahil pun. Runners yang biasa lari pagi, bulan puasa pun dia akan tetap berlari pagi. Rasa badan lebih ringan dan segar. Begitulah pendapat saya. Tapi benda ni subjektif. Ramai orang lebih suka berlari waktu petang di bulan puasa. Terpulang lah pada badan masing-masing.

Ok lah. Jumpa lagi. 😊  

Larian Rabu

4 Ramadhan 1443 Hijrah.

 Lepas hantar anak ke sekolah pagi tadi, saya pergi jogging, macam biasa.


Saya buat 10 ribu langkah. Dapat 6.5 km hari ni. Alhamdulillah. Terlaju sikit, pace 8, sebab ikut adik jogging yang laju. 

Gambar di atas, adalah crochet hook atau jarum kait saya, yang patah, semalam. Tengah kait-kait, boleh patah dua. Nasib ada jarum kait lain dengan saiz yang sama.

Semalam saya masak ikan singgang, kan. Tadi, ikan singgang tu, saya goreng. Tambah bawang goreng dan cili kering. Ok. Lauk berbuka dah ada. Nanti petang boleh masak nasi dan buat budu. 

Baiklah. Jumpa lagi, ye. 😊

Larian Selasa

3 Ramadan 1443 Hijrah.

 Pagi tadi, sahur bertiga. Suami kerja shif malam. Jadi mak ni, uzur ke, tak uzur ke, kena bangun sahur sediakan makanan untuk orang berpuasa. Kalau tak sahur, kesian kat anak-anak, camana nak bertahan, nak belajar di sekolah. Semangat! Niat kerana Allah. 

Anak kedua hari ni ok. Sampai sekolah sebelum loceng berbunyi. Alhamdulillah. 😊

Lepas hantar anak sekolah, saya pergi jogging.


Sempat jogging 7 km hari ni. Mula-mula saya sorang. Lepas tu, ada kawan join. Alhamdulillah. 

Gambar di atas adalah gambar perkampungan nelayan di Kampung Permatang, Manjung. Dekat sini, ada kedai roti canai yang sedap. Kuah kari kambing. Saya ambil gambar ni, masa sebelum bulan puasa. Sini tenang je. Pernah juga berangan dok kampung, pergi mancing sama-sama suami. Dapat ikan, boleh buat lauk. Tak payah ke pasar dah. Hehe..

Balik jogging, saya singgah kedai runcit. Tengok ikan apa ada. Ikan cencaru je nampak segar. Saya beli 6 ekor. Balik rumah, lepas mandi, saya masak ikan singgang. Sambal belacan pun ada buat juga. Nasi je nanti petang baru masak. Alhamdulillah. 

Ok la. Jumpa lagi, ye.

Sabar itu separuh dari iman

 2 Ramadan 1443 Hijrah.

Pagi tadi, anak kedua buat drama. Dah la lepas sahur, saya kena tolong dia print homework. Lepas tu, sampai pukul 7 pagi, dia masih menulis. Homework tak siap la tu. Saya hantar dia 7.30. Pintu pagar tepi dah kunci. Saya suruh dia masuk kereta balik. Pergi pintu pagar utama, betul-betul sebelum 7.40 sampai sekolah. Bertuah sungguh anak saya ni. King of procrastination. Suka sangat buat homework last minute. Adoi, urut dada sat. Sabor, sabor. 

Lepas hantar anak sekolah, saya ke tempat jogging. Riadah sat. Buat 10 ribu langkah je.


Dapat la lebih kurang 6 km jogging hari ni. Syukur, Alhamdulillah. Bukan saya dan kawan saya je. Ada juga orang lain beriadah di waktu pagi. Pagi, cuaca tak berapa panas. Lagi satu, kalau dah riadah pagi, petang free, boleh la pi cari kueh dengan suami, kalau dia tak kerja shif petang. Hehe..

Gambar di atas adalah Puteh. Puteh ni, masih anak kucing lagi, masih menyusu. Dia jinak-jinak merpati. Time bagi makan, dia dekat. Bila kita nak ambik dia, dia lari, tak bagi pegang. 

Ok la. Jumpa lagi, ye.

Half marathon April

 Pagi tadi, saya buat half marathon (HM).

Half marathon adalah larian sejauh 21.0975 km. Dia separuh dari full marathon.

Saya dah lama sangat tak buat HM. Dah berbulan-bulan. Last sekali saya ber-HM adalah pada bulan Disember 2021.


Cuaca agak panas. Pipi saya dah rasa terbakar. Tudung saya jenis selimpang. Jadi, saya pin tudung atas sikit, untuk tutup muka. Guna apa yang ada. 

Alhamdulillah, habis juga. Solo je. 

Saya dapat lencana berikut dari aplikasi Garmin Connect.


Juga, menerusi aplikasi Strava, saya dapat badge berikut.


Syukur Alhamdulillah, atas nikmat sihat yang Allah bagi.

Selamat berpuasa pada semua pembaca blog saya ni. Semoga kita semua dapat fokus untuk perbaiki amal ibadat kita pada tahun ini. Buat untuk cari redha Allah. 

Baiklah. Jumpa lagi, ye. 💓

Hari timbang berat

 Saya timbang berat badan, sebulan sekali. Setiap 1 haribulan. Mari kita tengok...


Hambik! Tak control makan, kan.. padan muka ku! Dah BMI jadi overweight dah. Berat saya naik 2 kilo, jadi 61 kg. Bulan lepas, berat saya 59 kg. 

Pengajarannya di sini, tak guna jogging hari-hari kalau makan tak control. Nafsu makan, ya Allah, macam kuda. Astaghfirullahalzim... marilah kita kembali ke pangkal jalan.

Pagi tadi, saya pergi jogging, seperti biasa.


10 km hari ni. Insaf. Bakar kalori lebih sikit. Saya tak boleh lebih laju. Tapi saya boleh pergi lebih jauh. Insya-Allah.

Dalam gambar di atas, kucing tu, manja dengan anak sulung saya. Anak saya tu, kat kolej sekarang. Julung-julung kalinya puasa di perantauan. Perantauan la sangat. Tak jauh pun, satu Perak juga. Tapi dah tak duduk rumah. Semoga rajin bangun sahur, anakku.

Baiklah.

Jumpa lagi, ye.