Entri ni banyak gambar makanan

 Jumaat, 6 Zulkaedah 1444 Hijrah.

Pada hari Rabu lepas, lepas hantar anak-anak ke sekolah, saya dan suami pergi sarapan di Warung Nelayan Permatang. Ini kali kedua kami datang sini. Nak cuba menu lain pula, sebab masa pertama kali datang, hanya sempat cuba nasi lemak.


Orang tak ramai, sebab masih awal pagi. Hari bekerja pulak tu. Saya pesan bihun goreng.


Suami pula pesan nasi putih, lauk kari ikan kembung.


Kari dia, rasa macam kari utara. Seperti biasa, kami makan share, jadi boleh sama-sama merasa hidangan yang dipesan. πŸ˜πŸ˜‹


Ambil kuih juga, 2 ketul popia sira dan 2 ketul karipap kentang.

Balik rumah tu, saya rasa macam gemuk je. Jadi, saya lari dalam rumah sekejap.


Larian indoor hari Rabu adalah sejauh 5 kilometer.

Gambar salah sekor kucing di rumah, nama dia Sasa. Bukan Sasa, kedai produk kecantikan dan perfume tu, tau. Tapi sasa yang bermaksud badan tegap tu. πŸ’ͺ 😁 Sasa ni, masa kecik, badan dia keras. Dia sekor je kucing jantan yang ada di rumah. Galak pun, ye jugak. Penuh energy, kejap berlari ke sana, kejap ke sini, kejap panjat pokok. Dia punya manja, mengalahkan kucing betina. Bunyi dia yang paling kuat sekali, time minta makan. Nyampah! 😝

Pagi Khamis pula, saya pergi berlari di padang Astaka, Sitiawan. Suami drop saya kat sana, sementara dia pergi ofis kejap, ada aktiviti riadah, main bola tampar.

I look fat πŸ™ˆ

Saya lari sejauh 8.5 kilometer. Entah, bila lari di padang, automatik, jadi laju banding biasa. Pace 8. Kalau lari tempat lain, pace 10 sahaja.
Nak tau tak... baru hari tu, hantar anak sulung naik bas balik Dungun lepas raya, kan. Ni... anak sulung balik sini balik. Ada cuti lebih kurang 10 hari. Apekah.... baru cuti, dah cuti pulak. Memang dia samakan cuti budak-budak uitm dengan budak sekolah, ke? Kalau stay sana, kang cafe tak buka, susah pula cari makan di luar. Sebab dia bila balik, 1 hari duduk dalam bas. Tapi nasib baik juga, bas dari Terengganu ke Manjung cuma ada waktu malam. Jadi, Rabu malam dia bertolak, Khamis pagi, dia sampai Manjung. 

Jadi, lepas suami habis program riadah ofis dia, kami pun pi ambil anak sulung di stesen bas. Sebelum balik rumah, singgah kedai kopi kejap. Teringin. 


Saya pesan americano panas tanpa gula, suami pula iced hazelnut latte dan anak sulung pesan iced caramel latte. Saya beli 3 ketul brownies. Adik yang jaga kedai tu, bagi percuma 2 keping cookies. Anak sulung kata, pekerja kedai kopi tu, sama sekolah dengan dia dulu. Ooo... brownies dia.. ya Allah.... cedapnya!!!!! πŸ˜‹πŸ˜‹

Hari ni, hari Jumaat, saya tak pergi lari pun. Pergi sarapan pagi di gerai dekat Teluk Muroh.


Pertama kali saya cuba roti sarang burung ni. πŸ˜‹

Suami pula pesan roti kosong sekeping, dan mi kari.


Hari ni, saya masak ayam bersambal.


Alhamdulillah.... atas segala rezeki, dapat makan sedap-sedap.

Walaupun ramai yang berseronok kerana cuti sekolah bermula. Tapi saya tak berapa nak seronok, sebab anak kedua ada kelas tambahan hari ni, esok, dan hari-hari. Hahahaha... dia tingkatan 5, SPM tahun ni. Huuu.... tak kemana la kami.

Orait, jumpa lagi, ye. 😊

17 comments:

  1. tak pernah makan roti sarang burung..nak try jg lah one day...huh! Sasa memanjat pokok..muda lg full of energy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah, nohas. Sedap juga, banding roti canai biasa.
      Sasa tu memang.. tak larat nak layan dia. :D

      Delete
  2. Kucing lucu di atas pohon kak...

    menu dalam sehari yang istimewa dengan beragam lauk pauk. Cookies dan kopi nikmat disantap saat sore..dan ayam sambal tetlihat menggiurkan sangat dengan kuah kental pekat. Salam kenal kak ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..
      Sedap, sedap, Alhamdulillah. Salam kenal, Mbul Kecil.

      Delete
  3. patut la org cakap keturunan oyen ni bukan sebarang oyen,kemain lg dia ye panjat pokok pandai turun tak tu haha
    saya pun rasa baru je cuti sekolah eh dah cuti lagi,tak ada plan pun lagi aktiviti untuk Pia cuti ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. dia pandai turun sendiri, Afzan. Betul la tu, karenah dia, sampai malas kita nak melayan. Pak nyibuk pun, ya jugak. :D
      Rehat di rumah pun, best juga, time cuti sekolah.

      Delete
  4. Menggoda sungguh roti sarang burung tu. Seingatnya saya pun tak pernah makan lagi sebab tak jumpa kedai yang jual.

    Takpe Nur, SPM sekali je seumur hidup 😁
    Lepas tu boleh berhuha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke... kalau jumpa, kena cuba tau, Ujie. :D
      Haha... sabor je la ye. Demi anak nak periksa. Apa nak buat.

      Delete
  5. Haha rasa banyak cutikan. Baru sahaja lepas cuti.
    Alahai kasihan tidak dapat jalan-jalan jauh masa cuti ini. Takpelah jalan dekat-dekat ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye. Jalan sini-sini saje, NA, cari makan. :D

      Delete
  6. Perasan itu mampu mengaburi realiti....walaupun hanya tengok dalam gambar....saya percaya awak belum gemuk dan masih stay fit...teruskan aktiviti lari-lari kerana kepuasan daripada berlari hanya Allah saja yang Maha Mengetahui...jika awak terus makan banyak dan tidak berlari banyak maka kegemukan itu akan datang dengan sendirinya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul cakap Encik Hanafi. Baik. Insya-Allah, saya akan terus berlari. Berusaha!

      Delete
  7. tiba tiba terasa nak makan brownies tu. boleh tak order utk saya? 😁😁😁gurau je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. meh sini, meh. Kita lepak pekena kopi sambil makan brownies.

      Delete
  8. roti sarang burung tu fav...lama tk mkn

    ReplyDelete
  9. terliur pulak tgk roti sarang burung. last makan di gombak. org perempuan yg buat roti dan bakar.

    ReplyDelete