Syukur Alhamdulillah

 Khamis, 16 Syaaban 1444 Hijrah.

Pada hari Selasa yang lepas, saya telah berjaya melawan rasa malas nak mampus saya untuk pergi berlari di luar. Tambahan pula, treadmill di rumah tak boleh digunakan. Asyik tunjuk error. Betul-betulkan cable treadmill, off dan on semula, masih error yang sama. Huwaaa.... tak boleh riadah di rumah. 

Mula-mula, ingat nak buat sampai 10 ribu langkah sahaja, tapi bila lama-lama, rasa syok pula. Cuaca pula baik, dapat tengok orang, tengok pemandangan laut. Angin meroyan yang selama ini menghantui kepala otak saya pun turut hilang. 


Ha, sampai 10 km saya lari, 2 hari lepas. Hehe haha huhu...

Semalam pun saya keluar lari di luar juga. Ajak anak sekali, tapi dia tak mau ikut.

Senyum dengan orang tak kenal. Beri salam pada orang yang selisih masa jogging. Ada brader tunjuk thumb-up pada saya, tanya,"Dah berapa lap?" Tegur dengan aunty-aunty jogging, "Morning". Tegur uncle yang sedang duduk, "cuaca baik hari ni". Memang semalam cuaca best, tak panas, dan angin sejuk, macam nak hujan, tapi tak mendung sangat.

Memang kita tak boleh disconnect dengan orang lama-lama. Walaupun saya boleh hidup tanpa media sosial, tapi bila di luar, feels good rasanya, dapat jumpa orang. Syukur Alhamdulillah, Tuhan beri nikmat berlari dan sihat sejahtera. 


Semalam pun saya buat 10 km juga. 😁

Aplikasi Garmin hantar notifikasi, cakap kasut Puma dah sampai limit.


Adakah masanya telah tiba untuk beli kasut baru? Huhuhu... takpe, kita pakai dulu, sampai lunyai. Kasut New Balance saya pun, saya lanyak sampai lebih 1,800 km. Bila rasa sakit di bahagian tumit, dah betul-betul haus tapaknya, baru saya berhenti pakai untuk berlari. Tapi saya pakai bila keluar jalan-jalan, pi shopping ke. 

Tapi kan, saya nak bagitau sikit. Hasil pengalaman saya sendiri. Saya tak rekomen beli kasut Puma. Memang sedap dan masuk dengan kaki, macam lari kaki ayam. Tapi untuk orang tua-tua macam kita ni, sayang lutut, kalau lari hari-hari, lanyak macam-macam tempat larian semua bantai, belilah kasut lari yang punya cushioning yang baik. Contoh seperti Brooks atau New Balance. 

Ok la. Jumpa lagi, ye. 😊

14 comments:

  1. Hahahaaa.... kelakarlah Nur! Malas sampai tahap nak mampus ye.
    Betullah tu Nur, kadang-kadang kita perlu lawan rasa tu supaya tidak berlarutan.
    Nur sama dengan saya, benda yang dipakai dah lunyai, baru nak beli baharu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Amie. Saya bila malas tu datang, takde sape bole tolong. Memang malas sangat, semua benda malas buat.
      Kan, alah beli menang memakai. Lagi pun, kasut lari bukan murah. Baik kita guna sampai betul-betul tamat riwayatnya. Hehe..

      Delete
  2. Wow tahniah! 10km!

    Saya rasa seronok jumpa orang2 se-hobi masa hiking/jungle trekking, saling bertegur sapa bertukar senyuman. Kadang borak macam dah kenal lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, Ujie. Hehe...
      Kan, Ujie. Padahal tak kenal nama pun kan. :)

      Delete
  3. Tahniah, Nur.. dah berjaya lari semula dan hilang akhirnya angin meroyan tu. Sy suka tips kasut yg dikongsikan wpun sy bukannya pelari sejati pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. mekasih, SK. Alhamdulillah.
      Harap bermanfaat, mana tahu, masa depan, SK nak cari kasut untuk diri sendiri atau family. :)

      Delete
  4. Bagus kembali lari.
    Saya kusut kepala hilang. Ajaib lepas puasa putih.
    Apapun kena cari solusi untuk masalah kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puasa memang ada kuasa memulihkan diri kita, kan, NA.
      Ye, usaha, doa, dan tawakal.

      Delete
  5. Eh ada eh noti kasut.... klu ako yang beli konpom noti bagitau, "bila nak lari oiii..... kasut x jejak jejak tanah! hahaha"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. ada, Ako, app yang detect larian kita, bukan setakat Garmin Connect. Strava pun boleh juga, kita tambah bila kita beli kasut baru, supaya dia boleh kira mileage kasut lari kita tu.

      Delete
  6. Kasut Brooks saya ni bila la nak sampai limit sbb tak berlari2 lagi sejak lepas covid haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah... kena pakai tu, Carneyz. Takpe tak pakai pergi lari pun. Pakai pergi shopping pun ok. Kasut lari yang lama tak pakai, tapak dia suka tercabut kalau kita lama tak pakai.

      Delete
  7. Lama juga tidak singgah di blog ini...alhamdulillah awak masih lagi menulis dan lari...tahniah

    ReplyDelete