Murtabak

 Kita mula puasa minggu lepas, hari Khamis, kan. Petang hari pertama puasa tu, saya dan suami ada pergi pasar ramadan. Saya beli murtabak daging, sekeping. 

Saya punya tabiat sejak dulu, kan, bila saya beli murtabak, saya tak pernah makan hari yang sama. Saya suka simpan dalam peti ais, untuk dimakan waktu sahur. 😁

Jadi, keesokan harinya, waktu bangun untuk sahur, saya pun perangat la murtabak yang saya beli semalamnya. Saya perangat guna non stick saucepan, atas dapur. 

Letak minyak sedikit. Letak murtabak. Pastu, saya perangat sampai kulit murtabak tu garing. Hitam sikit la. seperti gambar di bawah.  


 Ok. Ada benda yang kurang. Tak ada cuka bawang, yang kaler merah tu. Dia bagi kari. 

Saya suka makan murtabak dengan cuka bawang tu. Tapi sebab tak ada, saya makan murtabak kosong je. 10 minit kemudian....


Tinggal kulit! Last sekali baru makan kulit yang garing tu. Hehe... Alhamdulillah.

Sekian cerita murtabak pada hari ini. Jumpa lagi, ye. 😊

16 comments:

  1. Laaa... makan inti dulu ke? hihihi. Samalah, kita kadang suka sahur murtabak, tu jer la yg pakcik selera pagi2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, SK. Hehe.. Betul. Sahur makan murtabak, sesuai sangat. Murtabak daging atau ayam, membekalkan protein yang diperlukan. :D

      Delete
  2. unik tabiat akak hehe saya pula jenis tak sabar2 nk makan org kata tak menyepat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. orang tua cakap, makan laju cepat lapor. Kena slow and steady, gitew.. Orang tua cakap, bukan akak, tau, Afzan. :D

      Delete
  3. mmg rare ni beli murtabak tk mkn trus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, mama tisya. Suka simpan untuk sahur. Lagi sedap, tau! Hehe.

      Delete
  4. cara unik utk menikmati murtabak. Walaupun jarang2 beli murtabak, tapi kalau dah beli tu saya suka makan waktu berbuka, kena ada kari kosong baru sedap.

    ReplyDelete
  5. Saya suka cuka bawang tapi sekarang banyak bagi kuah dal atau kari.

    ReplyDelete
  6. ntah wak x suka mkn murtabak, biasa roti kosong je, kadang2 je mkn roti telur., ghitewww ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, begitu rupanya, selera Wak... roti kosong kena 2 keping, Wak, murtabak sekeping dah kenyang! Hehe...

      Delete
  7. dana pun suka panaskan biar garing-garing sikit kak. Dulu kalau kat johor memang makan murtabak dengan kari tapi sejak dah jumpa makan dengan jeruk bawang, dana suka lagi makan dengan jeruk bawang dari kari. Kadang sanggup buat sendiri je kak jeruk tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peh, hebat, Dana! Akak pemalas sikit, makan kosong je, kalau takde jeruk bawang.

      Delete
  8. save the best for last...hehe....baru beli semlm, dia bg dua2..kari & cuka bawang tapi dlm bekas cinonet je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeh.. betul, betul. Cinonet pun cinonet ler, asal ada.

      Delete