Motivasi untuk mengemas

 Sabtu, 11 Syaaban 1444

Berkurun tak update blog. Sebelum ni, saya ada cerita yang saya sibuk buat sudoku, kan. Sekarang ni, saya sibuk mengemas pulak. Entah, dah makin tua ni, saya rasa saya lebih tenang dan gembira offline. 

Tu la nak cerita ni. Dah habis kena sampuk hantu sudoku, kena sampuk hantu kemas rumah pulak. Gara-gara saya tengok siri Tidying Up with Marie Kondo kat Netflix.


Pada satu hari, saya baru je lepas habis tengok episod 1, siri mengemas di atas. Habis semua pakaian dalam rumah saya lipat dan kemas. Yang dah tak pakai, saya masukkan dalam tong derma. Yang dah tak layak untuk diderma, saya buang dan ada juga yang dari fabrik sesuai, saya ketepikan untuk projek recycle kait saya.

Dalam episod 1, Puan Marie Kondo ni, ada ajar camana nak lipat pakaian. Cara dia lipat, baju tu akan menegak. Boleh berdiri. Berbanding jika sebelum ni, saya lipat pakaian cara biasa, di mana pakaian disusun bertindih atas satu sama lain, cara baju disusun menegak di dalam laci pakaian akan membolehkan kita tengok dan pilih pakaian mana kita nak pakai terlebih dahulu. Sebab kita nampak semua pakaian kita. Boleh susun ikut warna, dan kategori. 

Lepas tu, menggamit kenangan pula, bila dia ajar cara lipat baju tu, saya rasa macam familiar. Sebab apa? Saya dah tahu lama dah lipat pakaian cara menegak ni, Arwah opah saya ada ajar masa saya kecil dulu, cuma saya tak amalkan je. Kalau ikut cara arwah Opah saya, cara sapu mentega kat roti pun dia ajar. Kena dari tepi, bukan dari atas. Mentega orang dulu kan, yang empat segi macam buttercup tu, tapi dia letak dalam bekas kaca. Cara sapunya, kena lorekkan pisau mentega di bahagian tepi sisi pendek mentega tu. Anda sapu mentega camana? Dari atas la, kan. Sampai lama-lama, mentega tu jadi pendek atau cetek dalam bekas tu. Ha, salah cara tu, mengikut cakap Opah saya. Dah cerita pasal mentega pula. Berbalik kepada baju yang dilipat menegak. Contoh adalah seperti gambar di bawah.


Contoh tudung yang dilipat menegak. Kalau ada benda kecil-kecil, macam sepit rambut ke, aksesori ke, boleh dimuatkan dalam kotak-kotak kecil, dan letak je dalam laci pakaian. 

Patut kalau pergi Daiso kan, banyak jual kotak-kotak kecil, macam organizer la, kita boleh susun elok-elok dalam almari atau laci. Eh, saya lupa cerita. Puan Marie Kondo yang buat rancangan mengemas ni, adalah orang jepun. Dalam siri ni, dia ajar omputeh kemas rumah. 

Saya dah siap kemas semua pakaian anak-anak dan suami. Rasa lapang tengok pakaian tersusun rapi. Anak pula pakai pakaian yang dia dah lama tak pakai. Selama ni, dia amik yang dilipat paling atas je, yang bawah-bawah dia malas nak ambil. Sekarang, semua pakaian boleh pakai. Suka saya. 😁

Lepas tengok episod kedua pula siri Tidying Up with Marie Kondo ni, saya sibuk mengemas satu rumah. Sudah tentu, saya manfaatkan tenaga kerja yang ada di rumah. Kalau suami saya off kerja, dia join saya mengemas. Hari biasa, anak-anak yang lokasi bilik dia dikemas, memang kena terlibat sama. Masa pula tepat, time cuti sekolah ni, dari deme mengadap komputer lama-lama, baik tolong mama kemas rumah. Saya tak kira, tapi dari berapa kali ulang beli plastik sampah heavy duty di kedai, saya anggarkan sudah lebih 30 plastik sampah besar barang-barang tidak perlu saya sudah buang dan dermakan. 

Terasa ringan dan lapang dada saya. Giler hebat effect mengemas rumah ni pada kita, bila kita buat. Lebih-lebih lagi, bila ada banyak barang di rumah. Saya pula duduk rumah peninggalan orang tua, banyak barang-barang lama. Semua saya susun, sapu, lap. Itu yang saya tak update blog lama sangat.

Sekarang pun saya berhenti sekejap dari kerja-kerja mengemas, sebab tak sihat. Bila hari-hari main habuk, selsema dan kena serangan asma. Rumah saya memang tahap banyak habuk, terutama di bahagian belakang rumah. Tak tahu la najis menatang apa saya jumpa, di  bawah rak buku. Tapi semua, eh, bukan semua. Lebih kurang 50 peratus kerja mengemas saya sudah siap. Nanti saya akan sambung semula, Insya-Allah.


Lepas dah rehat dari mengemas 2 hari, Alhamdulillah, sudah sihat. Itu baru 2 episod tengok siri ni. Jadi, saya cadangkan, jika anda tiada masa untuk mengemas, janganlah tengok siri ni. Sebab, automatik anda akan rasa nak mengemas rumah lepas tengok. Betul... 

Macam lari la kan, kita penat lepas lari jauh, tapi mood kita gembira, sebab badan rasa sihat, dapat keluar peluh. Macam tu jugalah mengemas. Kita sakit belakang, angkat sampah berat, sakit allergi pada habuk, tapi hati kita rasa lapang dan suka sangat, tengok rumah kita cantik dan kemas tersusun. 

Kemas rumah adalah satu kerja berat, pada pendapat saya. Kalau ramai orang terlibat, maka jadi ringan dan cepat siap. Tapi kalau anda seorang yang mengemas, janganlah berputus asa dan patah semangat melihat banyak bahagian belum siap. Itu tak termasuk lagi berlainan pendapat, kita nak buang, orang tu nak simpan. Sayang, katanya. Tapi bukan pakai pun. Sudah diselaputi sarang labah-labah lama dah. Benda tu cuma barang, harta dunia. Lagi satu, kita mengemas ni, enjoy dan suka-suka, untuk kita dan family kita, tinggal di rumah yang bersih. Bila banyak benda tidak perlu sudah dibuang, bilik nampak lebih luas. Kalau satu waktu dapat kemas satu bahagian kecil pada satu sudut pun, kira dah ada kemajuan dari semalam. 

Baik. Sekian perkongsian pada hari ni. 

Jumpa lagi, ye. 😊

18 comments:

  1. patut la lama diam datang jenguk sini sunyi je....tengah mengemas rupanya ye...mmg betul kalau dah start mengemas xblh nak bhenti,dah siap tu lega sedap mata memandang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, Afzan, kan. Rasa puas hati tak dapat nak gambarkan.

      Delete
  2. Saya masalah ada anak buah. Kemas, mereka selerak balik. Seorang kemas, 6 orang sepah. Hehe. Inipun baru lepas kemas sebab mereka tiada hari ini dan esok. Betul lepas kemas rasa seronok. Berpeluh walaupun hujan di luar.
    Entah runah kirorang banyak betul barang. Hendak buang barang orang jadi kemas milik sendiri sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah yek. Saya dah lupa mencabarnya mengemas rumah bila ada budak-budak. Ok sangat tu, NA. Saya dulu, jarang mengemas. Waktu anak-anak tidor je, boleh simpan segala barang.

      Delete
  3. Teruskan aktiviti harian dengan semanggat...!

    ReplyDelete
  4. Pernah lepas tengok rancangan Marie Kondo, saya nekad ambik cuti dan kemaskan bilik tidur anak2 sebab bila masuk bilik dieorang tu dah tak nampak lantai, penuh dengan baju dan barang2 mainan dan buku2 cerita! Kalau berjalan kena tolak mainan ke tepi pakai kaki takut terpijak lego. Mula2 kena kumpulkan semua barang2 kat tengah2 bilik lepas tu baru asingkan. Time ni rasa nak give up sbb byk sgt hahaha! Dari pagi sampai ke petang mengemas, baru nampak hasilnya rasa puas hati sgt2. Banyak mainan yang kena sorok2 buang (rosak, hilang setengah etc.) sbb anak2 jenis sayang nak buang mainan ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tudia, siap amik cuti tu, Carneyz. Hebat! Paham bebenor. Memang, bilik anak-anak banyak barang. Kecik-kecik pulak, mainan, lego, buku, bagai, kan... Tahniah untuk Carneyz! Ada juga orang macam saya. Kuat betul pengaruh si Marie Kondo ni.

      Delete
  5. Eh eh, tetiba sy tertelan2 ailio pulak rasa nak mengemas dan pergi Daiso.

    ReplyDelete
  6. tak boleh laaaa. bab2 mengemas ni memang selalu takda motivasi hahaha. Should learn more.
    jemput singgah blog saya ya jika berkelapangan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, tak tengok lagi. Cer tengok dulu Marie Kondo kat Netflix. Hehe.. baik, nanti saya singgah.

      Delete
  7. Sampuk yang bagus ni…mengemas 😄

    Saya susun pakaian menegak gitu, entah lupa ikut dari mana. Yang pasti saya suka gitu sebab senang nak pilih apa nak pakai.

    Kecuali jeans masih lipat bertindih, tapi dah jumpa cara lipat jeans supaya tak tebal sangat. Tertengok di IG.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, Ujie. Lipat baju cara menegak memang membantu.
      Wah... nanti saya google tengok, bila free, cara lipat jeans.

      Delete
  8. bagus rancangan mcm tu...memberi motivasi & idea utk mengemas....nak tngok jg...ambik mood!

    ReplyDelete