Lari untuk makan

 Jumaat, 17 Syaaban 1444 Hijrah.

Semalam saya tak pergi jogging pun. Pergi shopping. Beli barang sekolah anak-anak seperti seluar dan baju sekolah, kasut, bag, dan sebagainya. Satu hari la jugak, mencari barang. Dari kedai kecil sampai ke pasaraya besar, kami pergi. Saiz dah takde, ada sorang salesgirl cakap kat saya, akak beli lewat. Aik... ye ke? Maknanya, orang lain awal-awal lagi dah memborong la barang-barang sekolah anak yek. 

Oleh sebab semalam cuti tak bersenam, hari ni saya keluar lari.


10 km lari pagi tadi. Seronoknya orang yang tinggal kat apartment belakang saya tu. Hari-hari boleh beriadah dengan mudahnya. 

Masa saya tengah nak selfie. saya sandarkan telefon saya pada tayar kereta. Terbongkok-bongkok, adjust position telefon, tiba-tiba dengar orang tanya, "Uiii, buat apa tu?" Entah apa dia ingat saya nak buat, curi tayar kereta orang kot. Pastu dia tengok saya nak selpiaq, "oh.." tergelak dia. I is maluuuuu! 🙈

Bukan apa, lari 10 km tu, supaya tak lah rasa bersalah sangat bila makan banyak, seperti chicken chop kat bawah ni ke...


...atau double patti burger kat bawah ni ke...


ya Allah... dia punya mayonis dan sos meleh-leleh... habis tu, ke sana, ke sini cari barang, lapor, kot. Mesti singgah makan. 😁

Sebentar tadi, sebelum tulis entri ni, saya baru lepas tolong suami submit borang cukai pendapatan dia. Kome dah buat ke belum? 

Ok la ye. Esok hari Sabtu. Selamat bercuti kepada pembaca sekalian, yang merancang untuk nyongket ke mana-mana. Stay safe. Jumpa lagi.. 😊

12 comments:

  1. Balik dari shopping baju sekolah semalam, semua tersidai atas katil kepenatan. Walaupun pusing satu tingkat Sogo je tapi penatnya tu bukan biashe2...
    E-filing tu biasanya last minit baru nak buat hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la kan, Carneyz. Penat shopping barang-barang sekolah ni.
      Laa, ye ke... ada orang submit awal, sebelum puasa dah boleh dapat dah lebihan potongan cukai tu, masuk bank. Advance! Bole buat shopping baju raya pulak. Hehe..

      Delete
  2. Saya tidak ambil gambar sendiri.
    Takpelah makan banyak tenaga banyak guna.
    Duduk rumah seorang. Abah, emak dan anak-anak buah pergi KL.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab keluar sorang, NA, kena ambil gambar sendiri.
      Ooo... duduk rumah seorang pun best juga. Tenang dan enjoy me-time. :)

      Delete
  3. Alamak! Nur sebut pasal cukai!
    Belum buat lagi huhuhuuuu.
    Makan Nur, jangan tak makan. Lepas makan lari. Lepas lari makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. takpe Amie, banyak masa lagi.
      Tergelak saya baca komen Amie. :D

      Delete
  4. Lawa baju, ada kartun2 eh tu? Hehe

    Ketawa saya baca pasal ‘pencuri tayar’ 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, Ujie. Ada gambar kartun siput. Sebab saya lari macam siput. Kenangan masa join group facebook dulu, Slowjogging Malaysia. :)

      Delete
  5. makan sedap2 pas tu lari..jd kalori terus dibakar...good job!

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. makan supaya tak lapar la, SK. Kalau tak makan, camne nak buat korje, ye dak... :D

      Delete