Krisis pertengahan usia?

 Isnin, 13 Syaaban 1444 Hijrah.

Ada satu event larian ni, saya dah daftar sejak tahun lepas. 


Event ni telah berlangsung pada hari Sabtu lepas. Tapi saya tak pergi pun. Saya sepatutnya masuk bersama kedua-dua kakak saya. Tapi cuma mereka berdua yang pergi. Saya awal-awal sudah maklumkan pada deme yang saya tak mau pergi. 

Sejujurnya, saya sudah tidak punya hati untuk masuk acara larian lagi. Entah. Mula tahun ni la. Saya ada lari. Tapi, tak sejauh dulu. Dan untuk pergi agak jauh dari rumah untuk sertai acara macam ni, saya rasa amat berat sekali. 

Kadang pelik juga sekejap hati tu boleh berubah. Baru je tahun lepas, saya punya keinginan meluap-luap untuk pergi jauh dan lari jauh-jauh. Tapi tidak lagi tahun ni. 

Bukan itu saja, saya juga sudah menyahaktif akaun facebook dan intagram, sejak awal Disember tahun lepas. Makna, dah lebih kurang 3 bulan saya tak buka media sosial. Ok. Saya rasa tenang. Boleh hidup.

Larian semalam, 5.36 km. Gambar di Aeon Station 18, Ipoh.

Semalam suami ajak pergi jalan-jalan sampai ke Ipoh. Gambar masa kami tengah makan dalam satu restoran. Ini pemandangan luar. Ada playground. Laluan pejalan kaki dia redup je. Aeon Manjung takde macam ni.

Semalam juga, saya telah uninstall aplikasi Whatsapp dari telefon. Bukan pertama kali. Tapi sebelum ni, hanya bertahan separuh hari tanpa whatsapp. Lepas tu, install balik. 

Ni kira rekod la ni, paling lama tahan. Jadi, itu la dia. Entah. Saya tak tahu nak jelaskan camana. Entah apa yang nak jadi dengan saya ni. Cuma saya tak nak hidup serabut. Lagi kurang benda saya tahu, lagi gembira hati saya. Normal ke rasa macam ni?

Orang dulu boleh je hidup tanpa whatsapp. Kalau nak tanya khabar, call ler. Tapi setakat entri ni ditulis, takde siapa lagi yang call tanya apa-apa. Jadi, takde orang pun yang sedar saya sudah undur diri dari whatsapp. Saya ada, saya takde, sama jer. Tapi suami saya balik kerja ada tanya, "Dah install semula whatsapp tak?"

"Haha, tak."

"Habis tu, camne nak sembang?"

"Aik, balik rumah, sembang la. Jangan sibuk main game pulak. "

Ok tak, macam tu? 🙈

Tapi, sedikit sebanyak, saya akui, antara punca tindakan saya, adalah kerana hati saya masih terluka. Susah juga nak move-on, bila orang ejek kita depan-depan ye? Bila reaksi muka orang yang bercakap tu, betul-betul menunjukkan dia tak suka kita? Saya dah lama maafkan. Tapi dalam sangat la, luka tu. Sebab saya tak pernah buat orang macam tu. Dah tua-tua boleh pulak orang buat saya macam ni. 😞


Tapi saya tengah usaha ler ni. Usaha untuk gembira. 

Pagi tadi, saya hanya sempat lari 4 km. Sakit perut. Cepat-cepat balik rumah. Bawa kereta laju. Nasib baik sempat melabur kat rumah. 

Itu je la. Tolong doakan saya diberi kekuatan dan semangat untuk terus hidup, ye. Saya tak mau la murung dan sedih. Ada tak antara pembaca sekalian alami pengalaman macam saya? Disconnect dari orang. Ketidakstabilan hormon kah? Nak menopause kah?

Ok, jumpa lagi. Semoga hari anda semua ceria-ceria belaka dan segala urusan anda dipermudahkan. 

10 comments:

  1. Sayapun ada pernah putus tidak berhubung dengan orang. Sekarangpun kurang interaksi fizikal. Cakap apabila perlu.
    Saya dahulu suka melancong sekarang malas. Satu lagi malas keluar tempat jauh-jauh. Hendak cepat-cepat balik rumah. Keluar sekejap atau ada keperluan.
    Semoga Puan Nur diberi kekuatan dab kegembiraan semula. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita lebih kurang, sama, NA.
      Aminnn... terima kasih, NA. :)

      Delete
  2. Oh, bagi sy whatsapp tu penting juga. Jika takde ig atau fb tak apa, tapi whatsapp kena ada. Nanti install balik ya, abaikan saja orang2 yg begitu. Kita ni tak hidup dek puji dan tak mati dek keji manusia. Semoga Nur terus bertahan dengan manusia sekeliling yg toksik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik, SK. Saya suka ayat SK. Tak hidup dek puji dan tak mati dek keji. Macam omputih cakap la ye. Though times don't last, but tough people do.
      Terima kasih, SK. Aminnn....

      Delete
  3. Mungkin Nur ni jenis personaliti introvert, sebab tu kurang gemar berinteraksi dengan orang. Semoga Allah sembuhkan luka di hati Nur. Bagi saya, saya suka amalkan Surah an-Naas sebab saya pun senang terluka dgn org toksik jadi saya minta dihindari dari org2 toksik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Carneyz. Memang saya tahu saya introvert, sejak zaman sekolah lagi. Ada cikgu suruh buat personality test, masa tu.
      Amin... terima kasih, Carneyz. Baik. Ooo.. surah an-Naas. Terima kasih, bagitahu. Hugss...

      Delete
  4. Tahniah Nur berjaya nyahkan Ig & Fb 👏
    Saya belum, sebab ada keperluan nak cari apa2 info (alasan 😅).
    Media sosial ni sebenarnya buat fikiran kita ‘bising’, ribut dengan pelbagai hal yang bukan hal kita pun.

    Saya pernah menyepi diri dari WA, bukan uninstall tapi tak bukak dan baca grup WA. Ada la dalam seminggu atau lebih, kakak PM tanya saya OK tak?

    Saya lebih suka aktif di blog, lebih tenang rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..
      Seminggu menyepi di wassap tu, lama juga, Ujie. Makna, kakak Ujie ambil berat akan diri Ujie.

      Delete
  5. Semoga Allah kurniakan Nur semangat dan kekuatan untuk kembali ceria. Bagi saya, normal dalam hidup kita kadang rasa down. Asalkan tak berpanjangan berbulan lama, ok je. Ambik masa untuk diri kita sembuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin... terima kasih, Ujie. Ye. Saya setuju. Hugss..

      Delete