Kerja: Makan

 Selasa, 21 Syaaban 1444 Hijrah.

Sabtu

Bila hari suami kerja, rasa bosan tak pergi jalan mana-mana waktu cuti sekolah. Bila hari suami off kerja pula, rasa macam lebih suka duduk rumah, sebab cuaca macam panas, malas nak keluar. 😁

Hari Sabtu lepas, tengah ada mood nak layan Netflix, suami ajak keluar jalan-jalan. Tapi tak ada idea nak pergi mana. Naik je kereta, suami cakap. Nanti kita jalan je, tengok kereta bawa pergi mana. 🙈

Last-last, kami pergi ke arah utara, ke arah Taiping. Jalan-jalan ikut highway WCE, keluar ikut susur keluar ke Beruas. Masa tu, belum makan tengahari lagi. Singgah la satu tempat tepi jalan. 


Kaki meja dia, macam kaki mesin jahit kat rumah saya. Ok, salah seorang rakan blogger kita pernah cerita pasal tempat makan ni, kat blog beliau. Hehe... nak tau tak kat mana?

Tadaa....

Barika House, di Changkat Jering. Rakan blogger kita, Puan Ujie, ada cerita tentang tempat ni di blog beliau tak lama dulu. 😊


Kami order kuey teow theng, semangkuk. Kalau kita dalam perjalanan jalan-jalan cari makan, satu tips adalah, pesan satu hidangan, kongsi makan dua orang. Jadi lepas tu, kalau terjumpa lagi kedai makan menarik, ada ruang lagi dalam perut untuk melantak. Sekian tips hari ini. 😁

Saya tak lapar mana. Tapi waktu tu, dah lewat, dalam pukul 3 lebih, jadi, rasa sedap juga la, kuey teow sup ni. Pertama kali cuba hirup sup, terus terkentut. Sebab ada bawang putih goreng kot. Tapi saya suka makan bawang putih. Ok. 

Waktu kami bertolak meninggalkan Barika House ni, cuaca agak panas lagi, walaupun ada awan mendung di langit. Jalan sikit je di hadapan, terus hujan turun mencurah-curah, lebat.

Masa tengah makan sebelum tu, suami ajak pergi pekena nasi kandaq Ali KTM Taiping pulak. Itu yang kami terus tuju ke sana.

Hujan tak boleh bawa bincang. Wiper full blast pun tak nampak jalan. Saya ni biasa la, paranoid. Hati dah mula rasa tak sedap. Saya cadang suami, jom u-turn balik. Tengok-tengok suami pun setuju. Jadi, tak jadilah kami masuk bandar Taiping hari tu. Serius wei.... apa pun tak nampak. Semua kereta bawa slow je. 

Rupa-rupanya, macam awan hujan tu ikut kami balik, sampai ke Manjung. Cuma bila sampai di Manjung, tak adalah lebat sangat. Sudah tukar jadi renyai. Kami makan malam di kedai tomyam di Manjung saja, sambil bungkus makanan untuk anak-anak di rumah.

Ahad

Suami masih off kerja. Saya pula bendera jepun sudah naik, rasa syok pula bermalas-malasan atas katil, tak pergi lari. Hehe.

Kita pergi sarapan je la, di Warung Nelayan Kampung Permatang, Sitiawan.


Pertama kali kami cuba makan di kedai ni. Biasanya, kami lalu sahaja. Sebab jalan di situ agak sempit, dan parking pula lebih kurang macam depan rumah orang. 

Perasan tak sekarang macam susah nak cari kedai makan yang makanan dia sedap dan ada rasa? Kadang kita order nescafe o panas. Nescafe dia letak nipis bebenor, orang kedai nak jimat punya pasal. Kalau kurang gula tu, takpe juga, kurang manis. Ni, kopi pun nak jimat ka... ayoyo...

Tapi Warung Nelayan Kampung Permatang ni, tidak begitu. Saya pesan mi rebus. Sedap, rasanya. Walaupun agak pedas. Saya jarang jumpa mi rebus, ada rasa pedas. Nescafe tarik dia pun cukup rasa. 

Suami dan anak sulung pesan nasi lemak lauk ayam goreng. Saya lupa ambil gambar hidangan dia orang. Tapi saya ada cuba rasa sesudu, nasi lemak dia cukup lemak, ada rasa santan. Tu lagi satu, kan. Sekarang nasi lemak orang jual, takde dah rasa lemak, rasa macam nasi putih je. Lain kali boleh la datang lagi makan sini. 

Menu dia termasuklah mi/bihun/kuey teow goreng, sup, kari, rebus. Nasi putih lauk kari ikan termenung, lauk kari ikan pari. Wah... lain kali saya nak cuba tu. Tengok jiran sebelah meja makan, seleranya... 😋

Isnin

Suami kerja shif petang. Pagi, dia ada. Masih tidak pergi jogging. Omaigod!

Pagi, sarapan di roti canai Kampung Sitiawan. Sementara, makan tengahari di...


Burger King! Kenyangnya makan set whopper with cheese. Alhamdulillah. Bungkus sekali untuk anak-anak di rumah. Kalau makan lewat untuk tengahari, tak rasa lapar sampai ke malam. 

Selasa

Setelah 3 hari off lari, hari ni baru pergi lari semula. Huuu.... itu pun, 5 km sahaja.


Hari suami kerja, saya lari 10 km. Bila dia ada, saya buat 5 km sahaja, sebab lepas tu, nak pergi dating sarapan bersama. Hehe.

Pagi tadi, sarapan di Kluang Kopi. Saya seperti biasa, pesan laksa johor dan suami, nasi ambeng. 

Hari ni, dapur di rumah kembali berasap. Walaupun hanya masak nasi goreng. 

Syok betul, kerja makan je. Lari tak banyak mana. Lepas tu, sedapkan hati sendiri, takpe, jap lagi nak puasa, boleh kurus balik. Astaghfirullahalazim... teruk betul perangai.

Baiklah ye. Semoga hari anda ceria dan anda semua sihat di samping keluarga tersayang.

Jumpa lagi. 😊

12 comments:

  1. jauhnya dibawa kereta..hihi...makan2 yg best...mee rebus pedas, terbaik..haritu makan dkt Arena Peladang, depan Shell di Seri Manjung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. ooo ye ke... saya pun tak pernah makan situ, Nohas.

      Delete
  2. Untungnya ada suami rajin bawa jalan-jalan.
    Haha enjoy the moment ok. Tidak perlu kesal kalau tidak lari. Boleh pulun lepas itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suami ingat saya bosan duduk rumah. Tu dia selalu ajak jalan.
      Tak boleh pulun dah. Nak masuk bulan posa, rasanya tak lari kot, NA.

      Delete
  3. sesekali bercuti lari ye kak, best tengok semua menu akak tu. Lagi lah mee rebus dengan laksa johor tu menggoda sungguh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap, Dana. Akak lebih suka makan mi atau laksa, banding nasi.

      Delete
  4. Lucu pasal terkentut tu 🤭
    Nur takpe kerja makan pun, lepas tu ada berlari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, bila hirup sup panas, angin pun keluar. Hehe.
      Saya dah kurang berlari, Ujie. Ni nak masuk bulan puasa ni, lagi la camne nak berlari.

      Delete
  5. Antara nikmat hidup ialah dapat makan macam-macam alhamdullllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Betul cakap Encik Hanafi.

      Delete
  6. semua makanan yg dipamerkan ini nampak sedap2 belaka.

    ReplyDelete