Cerita Rabu lepas

 Sabtu, 25 Syaaban 1444 Hijrah.

Entri hari ni, adalah tentang hari Rabu lepas. Saya tak sempat nak online untuk update blog. 


Pagi-pagi, sudah keluar jogging dengan suami. Lebih banyak berjalan dari berlari. Buat takat 5 km sahaja. Cuba kome zoom in gambar di atas. Boleh nampak kapal besar kat belakang. Masa nak balik, baru kapal ni lalu. Saya suka tengok kapal besar. 

Suami ambil cuti, nak teman saya pergi hospital. Takde apa, cuma pemeriksaan rutin, 6 bulan sekali. 

Minggu sebelumnya, saya sudah pergi hospital untuk ambil darah. Rabu lepas pula, ada temujanji doktor untuk bincang keputusan ujian darah.


Bayaran RM5 sahaja. Cashless payment. Bayar guna debit kad. Temujanji saya, pukul 2 petang. Tapi saya tiba di hospital lambat. Pukul 2.15 baru tiba di unit SOPD.

Tak tunggu lama sangat. Alhamdulillah, ujian darah saya ok. Normal bacaan hormon TSH dan free T4. Sambung makan ubat, dengan dose dikekalkan. Diam tak diam, sudah 7 tahun saya jalani pembedahan buang kedua-dua belah kalenjar tiroid. Sihat sejahtera, syukur.


Lepas jumpa doktor, pergi ambil ubat di bahagian farmasi pula. Sini, lebih lama tunggu banding nak jumpa doktor sebelum tu. Nak ambil nombor sahaja dah beratur panjang. Ada orang potong barisan pulak tu, tak mahu beratur. Belakang saya, ada ibu dukung anak baby. Ada uncle yang tak larat berdiri lama, sebab bila dia tiba di tempat ada kerusi je, dia duduk. Tapi mereka masih beratur. Pelik orang yang suka potong barisan ni. Tapi orang macam ni, selalu bernasib baik pula. Tiba kaunter 2 pun boleh ambil nombor, orang tu jerit "Next!" , dia terus dapat pergi ambil nombor. Huh... 

Berpeluh-peluh sini tunggu ambil ubat. Tapi tak boleh komplen, percuma kan. Sabor je la. Huuu...

Lewat petang lepas Asar, kami pergi makan malam di luar. 


Saya pesan maggi celup. Suami pesan nasi goreng kampung dan anak sulung pesan kentang goreng. 

Alhamdulillah, atas rezeki Tuhan bagi, dan nikmat sihat. 

Keesokan harinya, kami pergi jalan jauh. Nanti, saya sambung di next entri ye.

Jumpa lagi. 😊

6 comments:

  1. Kena sabar banyak-banyak untuk tunggu.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, keputusan ok...

    ReplyDelete
  3. kebanyakan GH macam tu la kak...dekat sini pun sama nak jumpa doktor mau 3,4 jam tunggu lepas tu nak kena beratur ambil ubat lagi..huhu

    ReplyDelete