Bantal kait gemuk

 Khamis, 1 Ramadan 1444 Hijrah.

Pagi tadi, sahur bertiga saja, dengan anak-anak. Encik Suami kerja shif malam, dia bersahur di tempat kerja. Saya sediakan bekal nasi lauk kari ayam sebelum dia pi kerja semalam. 😊

Puasa, puasa. Cuba untuk kawal mulut. Tapi bila kita dok belakang stering, kejap nak kutuk orang, time orang bawa kereta slow. Ada je benda nak mengata. Astaghfirullahalazim. Cepat-cepat sedarkan diri, puasa, puasa. 

Lepas balik dari hantar anak ke sekolah, saya lari dalam rumah. Hehe. Dalam rumah sejuk. Simpan tenaga, dengan cara jaga heart rate. Kalau jogging di luar, panas, heart rate tinggi. Kita cool cool je. Bukan lari sangat pun dalam rumah. Bila nampak habuk, pi ambil penyapu sat, dia pi menyapu pulak. 

Lepas tu, berhenti lari sekejap, pergi sidai kain kat luar, bagi kucing makan, siram pokok. Lepas tu, sambung balik lari dalam rumah. 


Berhenti bila cukup 10 ribu langkah. Lepas tu, pergi basuh kasut lari yang New Balance. Nak buat pakai bila riadah dalam rumah. 😁 Sakit kaki bila lari cuma pakai stokin.

Saya nak share hasil kait saya, yang baru je siap. Tadaaaa....


Bantal ni adalah hasil kait dua jarum, atau knitting, dalam bahasa omputihnya. Saya guna benang warna lembut, hasil dari lebihan projek kait lepas-lepas. Itu yang warna purple tu, lebar, yang warna pink tu, sikit, bergantung pada jumlah panjang benang yang ada.  


Ni bahagian belakang pula. Warna hijo dan kelabu. Dalam sarung bantal kait ni, ada bantal yang turut disertakan bersama. Bantal isi fiber, saya buat sendiri. Jadi, sarung bantal kait ni, boleh dibasuh, kalau kotor. Boleh tanggalkan sarung bantal kait ni, dengan butang yang dijahit di bahagian atas.


Close-up sikit, butang-butang yang saya gunakan. Hehe.. macam-macam rupa butang yang ada dalam koleksi saya. 

Saya ada terfikir, nak jual online kat shopee ke, tapi, saya hold dulu ler. Saya lebih suka jual offline. Sebab dulu saya pernah merasa buka meja, jual barang kraftangan saya. Saya lebih suka cara tu. Cuma kat tempat saya ni, tak de orang organize bazaar kraftangan macam zaman dulu, sebelum covid. Jadi, saya simpan dulu. Tak pun, mungkin saya akan hadiahkan untuk pengomen terbanyak di blog saya ni. Hehe... tunggu.... 😁

Ok ler. Jumpa lagi, ye. Selamat berpuasa, ye, kepada pembaca sekalian. Jaga mulut, mata, anggota badan semua. Semoga puasa kita pada kali ni, lebih berkualiti banding tahun-tahun lepas dan amalan kita diterima olehNya. Aminn...

16 comments:

  1. Itulah cuaca boleh tahan panas.
    Cantik warna sarang banyak siapa butangpun warna-warni.
    Selamat berpuasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, NA. Saya cuba nak gunakan stok barang kraf yang ada di rumah. Itu yang warna-warni butang dan benang.

      Delete
  2. Selamat berpuasa Nur...cantik warnanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa, nohas. Mekasih, ye. :)

      Delete
  3. Hari ini panas terik betul kak, keluar kejap ambil Aiyan kt sekolah aduh terus rasa haus. Lepas tu kene mendaki tangga ke tkt7 pulak... rasa nk lepak duduk je setiap tingkat kepanatan.

    ReplyDelete
  4. kita dalam office ni tak rasa cuaca panas litlit katanya,balik petang cuaca dah redup..harap dpt la anak-anak bertahan puasa kesian...cantik kak bantalnya tu soft color

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la dia. Tapi rupa-rupanya, panas siang, petang atau malam, hujan kat sini. Mekasih, Afzan. :)

      Delete
  5. comelnya sarung bantal tu. boleh je jual di blog ni kpd kami pembaca setia...

    ReplyDelete
  6. Wah..puasa pun dapat 10k langkah!

    Cantiknya hasil kerja tangan Nur 👏

    ReplyDelete
  7. selamat menjalani ibadah puasa Nur...moga terus happy dan sihat hendaknya.

    ReplyDelete