Turun 1 kilo

 Sabtu, 13 Rejab 1444 Hijrah.

Hari Sabtu memang best. Boleh rileks sikit. Boleh bangun lewat sikit. Hari anak sekolah, kena bangun awal, untuk sediakan makan pagi anak nak pi sekolah. 

Riadah pagi bersama anak bongsu, main badminton selama 40 minit. 

Kucing bawa hadiah. Dia letak tikus mati, di bahagian tepi rumah, tempat kucing-kucing makan. Elok je bangkai tikus tu, terbelah di bahagian perut. Isi perut terkeluar. Kepala tikus putus. Tangan pun putus. Tak tergamak saya nak ambil gambar tunjuk sini. Kucing, kucing. Bagus juga dia tolong bunuh tikus. Tapi tak perlulah potong siap-siap tunjuk tangkapan dia. Macam saya buat untuk kucing-kucing ni, bila saya bagi wet food, saya bahagi-bahagikan beberapa bahagian untuk setiap ekor kucing. Macam tu la dia hidangkan bangkai tikus tu untuk saya. 

Larian Selasa lepas, 8.04 km.

Sibuk bebenor bila lengkap anak-anak ada di rumah. Tak sempat nak update blog sepanjang minggu. Bila free pun, waktu malam, mata pula dah kuyu. Kalau overtime malam, nanti susah pulak nak bangun awal pagi. Tidor penting woo... supaya badan boleh berehat. 

Brisk walk Rabu, 2.81 km.

Bila riadah solo, saya lari laju-laju. Bila suami ada teman riadah, saya jalan je dengan dia, sambil sembang. Bila lagi nak borak, cerita perihal anak-anak. Dia pun sibuk bila kerja, overtime sokmo. Kalau saya boleh tukar saiz kecik, boleh saya masuk dalam poket dia, ikut dia pi kerja. Tapi, kalau saya ikut dia pi kerja, sape pulak nak memasak, mengemas dan jadi supir anak-anak pi sekolah... Huuu... macam rasa menyampah pun ada ye? Kome menyampah ke baca, saya nak berkepit dengan suami saya je? Hehe... 

Eh, lupa pula penerangan gambar di atas. Ia adalah mee kari, makan pada hari Rabu lepas, di Warung Abang Mad Roti Canai Kampung Permatang. Mee ada kat bawah. Tak nampak dalam gambar. Boleh nampak telor rebus separuh biji. Kaki ayam pun ada ha. Kuah pekat. Pertama kali cuba menu mee kari. 


Suami pula order roti arab bersama rendang ayam. Rendang ayam sini memang sedap. Sebab saya pernah order rendang ayam, makan dengan pulut kuning. Peh! 😋

Larian Khamis, 8.26 km.

Gambar di atas ialah mee goreng, makan di Nasi Kandar Beratur, Pantai Remis. Bungkus nasi kandaq untuk anak-anak di rumah, saya pulak pekena mee goreng. Hahaha... 😋

Lihat perutku, ramping, kan... 😂

Hari Jumaat pula, masa tak banyak untuk berlari jauh-jauh. Lepas tu, jam saya 'jammed' pulak! Dia tak rekod. Saya rasa saya dah lari lama, tapi masa pada jam, baru lari 30 saat. Sah, si Garmin buat hal. Mesti ada update baru, kena install. Jadi, hari Jumaat, masa yang saya sempat saved adalah sejauh 3.48 km saja. Tapi sebenarnya, saya rasa, dah cecah 5 km kot. Takpe la tu. Masalah teknikal.

Gambar di atas adalah cendol dan ABC, makan di Kampung Sitiawan, lepas solat Jumaat, lepas hantar anak bongsu ke sekolah, pergi tea time, gitew.

Tak kan minum saja, kot. Mesti makan jugak. Dasar ahli Kelab Pelahap Kebangsaan.


Saya pesan rojak buah.


Sementara suami pesan kuetiau goreng. Pastu makan tukar-tukar juga, sama-sama merasa.


Nice, dah ada benda ni dah. Ada juga orang memancing sini, tepi sungai.

Merujuk kepada gambar ABC dan cendol di atas, walaupun jelas kelihatan itu perut masih buncits, tapi sudah semakin kempis, tau. Sebelum ni, perut suami saya lebih besar sikit. Dia ikut saya buat intermittent fasting (IF). 

Kalau puasa sunat pun bagus juga, kan. Tapi setan banyak dalam badan. Ya Allah. Ampunilah hambaMu ini. 


Saya punya BMI pun dah kembali normal. Baru turun 1 kg! Kikiki... habis tu, baru 5 hari buat IF. Slow-slow la ye. Makan tak kawal. Cuma ikut masa yang telah ditetapkan. Sarapan pukul 10 pagi. Makan malam sebelum 6 petang. Cuba kalau saya eat clean. Mesti lagi cepat turun kot. Tapi, tak mau la saya. Itu pun dah rasa terseksa. Bila malam, rasa macam,"Ni ke rasanya nak kurus? Nak kurus tapi sedih, tak boleh makan ke, atau nak happy, makan sampai lewat malam, tapi badan gumuks?" Huuu... kena kuat dan displin. Berusaha! 

Ada anak-anak pembaca yang sedang periksa SPM ke? Good luck ye, dan semoga berjaya. Anak-anak saya pun minggu depan, ada cuti bergilir, sebab budak tingkatan 5 ada ujian bertutur BI dan BM.

Jumpa lagi, ye. Terima kasih kerana membaca blog saya ni. Selamat berhujung minggu. 😊

23 comments:

  1. Semangat bila baca part dah turun berat badan buat IF. Tapi nak startnya bila entah. klu nur buat IF dan makan pukul 10 pagi, pagi tu nur lari tak rasa nak pitam ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak, Carneyz. Saya dah biasa lari perut kosong. Buat half marathon bila masuk event pun, saya tak pernah makan. Minum air kosong je.

      Delete
  2. gross nya kucing buat tikus mati tu...huhu..yummy2 semua foods..rojak buah..fuhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la dia, nohas, tapi tu maknanya kucing sayang kat kita, dia bagi hadiah, kan. Hehe..

      Delete
  3. no pain, no gain kata omputih kan kak? semangat tengok akak update larian hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul, Ana. Akak pun paksa diri ni, sebenarnya, malas juga. Huu...

      Delete
  4. Syoknya kalau turun berat badan kan Nur.
    Ramai ni anak murid saya ambil SPM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Amie, memang syok dapat turun berat.
      Semoga anak-anak murid Amie dapat jawap periksa SPM dengan tenang dan dapat keputusan baik. Amin...

      Delete
  5. Hehe baguslah turun 1 kg.
    Sayapun baru mula puasa dan IF balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa, NA. Saya ni, ntah bila nak start semula puasa sunat.

      Delete
  6. saya demam seminggu ingat boleh turun berat badan rupanya nonhado...nak kena senaman juga la rasanya tp taktau bila haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... akak tergelak baca komen Afzan. Ha ah kan, patutnya bila demam, turun kan, sebab tak lalu makan. Hehe..

      Delete
  7. tahniah kerana ada penurunan 1kg...kalau nak naik senang jer bila usia macam kita nie...remaja purba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la, saya setuju dengan pendapat Encik Hanafi. Saya pun dah naik sekilo, timbang hari ni. Hahaha...

      Delete
  8. BMI saya healthy, tapi tahap obesity masuk overweight 😕

    Bab kecikkan diri masuk poket, udah macam saya cakap kat laki. Hihi…pasal dia pun selalu outstation dan bukan sentiasa saya boleh ikut. Kalau boleh kecik besar kan senang ikut sentiasa 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aik, macam saya la Ujie ni. Saya dah masuk overweight balik hari ni. Hahaha... sat naik, sat turun.
      Eh, eh, sama pemikiran kita, Ujie. Hehe..

      Delete
  9. Alahai! mesti meow rasa bangga habis tu bawakan ibu hadiah hehheee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la dia, Mrs. A. Nak marah, tapi tak sampai hati. Geram dengan budak bulu. Hehe..

      Delete
  10. sedapnya makanan tu. terliur pulak ambo tengok. bila dah tua ni selera berkurangan la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. takpe Abe Kie. Makan mana larat je. Tu kadang makan 2 orang, tapi order 1 je. Kalau order 2, tak abis pulak. :)

      Delete
  11. Eh, 1 kg je la, cik Nor. Tapi kan... hari ni saya timbang, dah naik sekilo balik. Kikiki...

    ReplyDelete