Sarapan di Capati Kari Kambing Bota

 Khamis, 25 Rejab 1444 Hijrah.

Ada satu hari, semasa suami off kerja, kami telah pergi sarapan di tempat yang agak jauh sikit dari rumah.


Kome suka makan capati? 

Saya biasa lalu kedai capati kari kambing di Bota ni, sebab kedai ni terletak tepi jalan utama, dari Lumut nak ke Ipoh. Dah lama nak cuba, tapi kami selalu ada hal, sedang on the way ada urusan lain, jadi tak berkesempatan berhenti. Biasanya, kami lalu setiap Sabtu, masa nak pergi pasar pagi Bota, ada perasan ramai beratur depan kedai capati ni.

Orang tak ramai masa kami sampai. Kami datang hari orang kerja. Saya pesan capati, dan suami ambil bihun goreng campur nasi goreng, bersama sambal tumis dan rendang ayam. 

Kari kambing, rendang ayam dan capati

Capati tu, dibuat segar, bila ada orang pesan. Selain tu, ada juga makanan sudah siap dan sedia diambil, seperti bihun goreng, nasi goreng, kuetiau dan mi goreng, dan pelbagai kuih-muih.

Tak sempat nak ambil gambar hidangan suami saya. Lupa. Perut lapor masa tu.

Ok rasa capati dan kari kambing dia. Cuma saya rasa, capati dia agak nipis. Suami pun ada order capati juga, sorang sekeping. Bila sudah habis sekeping, saya rasa macam boleh makan sekeping lagi, lagi pun lauk kari kambing masih ada. Jadi kami pun pesan lagi sekeping capati, kesemuanya 3 keping capati kami makan. Hehe...

Sebab saya pernah merasa capati lebih gebu dari tempat ni, makan sekeping dah kenyang. Kalau anda jenis suka makan ringkas, ok. Tapi kalau jenis sarapan makan banyak macam saya, tak puas la sekeping jer. 🙈

Kambing dia pun lembut, ok. Boleh la singgah, kalau anda lalu tempat ni. Ia agak berdekatan dengan pejabat pertanian Titi Gantung, di mana ada banyak gerai jual jagung dan buah-buah tepi jalan. Google je, boleh jumpa lokasi kedai ni.


Makan kenyang, hati banyak suka, jumlah kesemuanya RM25.70. Alhamdulilllah.

Kedai capati kari kambing ini dibuka setiap hari, kecuali Khamis, tutup. Masa operasi adalah dari jam 7 pagi hingga 11.30 pagi.

Baiklah. Jumpa lagi, ye. 😊

16 comments:

  1. Sana, memang femes ek dengan capati. Capati ni fav husband sy. Sy layan jer, ada suka, tak ada pun ok jer. Masa anak belajar di Ipoh dulu, selalu makan capati brotherhoods di Slim River (tak silap), berdekatan dgn politeknik SAS. yg tu makan dengan kari kaki ayam, best. Kadang makan yg kat Chenderiang tu. Tapi, kalau dapat makan dgn kari kambing macam kat Bota ni, lagi mabeles kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, ye, SK. Kira sarapan simple la, selain roti canai.
      Wah, sedap tu,SK. Mekasih, share tempat ye. Mana tahu, kot lalu, bole pi. Lagi satu port capati sedap, kat pekan Batu Gajah, SK. Situ, cicah ayam masala. Peh!

      Delete
  2. lapar nengok eh ai...capati dengan sambal sardin pun sedap ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Afzan. Sambal sardin, bestnya! ^_^

      Delete
  3. Dua minggu lepas mungkin, masa sampai ke Kulim dri JB .. sarapan dgn kakak capati dgn kari kambin.. mahal la sikit.. tapi sedap la....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Capati cicah kari kambing memang marbeles!

      Delete
  4. layan jugak capati, kalau dapat cicah dia yang best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, Dana. Lagi pun, capati kurang kalori, banding roti canai, orang kata. Sesuai kalo diet. Asalkan cicah dhal. Hehe..

      Delete
  5. Sampai 2 kuah makan dengan capatu.
    Hehe jarang dapat makan atau jumpa jual di kedai.

    ReplyDelete
  6. capati tu dah lama x makan. kalau kambing ni meme sy x makan sgt. tp jika dimasak gulai kawah atau gulai kerutuk, sy boleh plak makan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, sedap tu, Abe Kie. Saya pun suka juga, kambing gulai kawah atau kerutuk. Bertambah nasi, bahaya! Hehe...

      Delete
  7. Saya jarang makan capati. Tapi kari kambing tu memang buat tergodalah Nur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kan Ujie, kari kambing. Lepas basuh tangan pun, boleh bau kambing lagi kat tangan. Hehe..

      Delete
  8. klu kena dgn kuah kari kambing, mesti boleh bertambah2 capatinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la dia, Carneyz. Rasa kambing yang lembut dan enak, memang boleh buat tambah capati.

      Delete