Slowjog je, badan berat

 Sabtu, 6 Rejab 1444 Hijrah.

Apakah aktiviti yang selalunya dibuat sekembalinya kita dari kampung? 


Ye, basuh baju! 

10 markah pada yang jawap dengan betul. 😁 

Dua hari balik Perak, cuaca agak mendung, matahari berlindung di balik awan, angin sejuk. Dua hari juga pakaian tak kering di ampaian. Eloklah kita pergi keringkan di dobi layan diri. Pakaian kotor bertambah banyak.  

Aktiviti mendobi dilakukan lepas slowjogging sejauh 5.38 km pada hari Rabu lepas. 


Keesokannya pula, saya slowjog sejauh 6.06 km. 

Gambar di atas adalah semasa saya ambil bantuan awal sekolah pada hari Khamis, hari terakhir sekolah sebelum cuti raya cina yang lepas. Ada 2 orang anak di sekolah menengah, iaitu di tingkatan 4 dan tingkatan 2. Saya beratur di 2 tempat. Alhamdulillah, walaupun cuaca agak panas masa tu, semua berjalan lancar. Bawa dokumen yang diperlukan. Memang ramai ibubapa masa awal dibuka untuk pengambilan wang bantuan ni. Parking penuh, sesak jalanraya sampai ke trafik light. Udah macam rupa hari mengundi dulu pula. Orang nak bagi, kita ambik. Rezeki jangan ditolak.


Semalam pula, hari Jumaat, saya cuma sempat slowjog sejauh 1.60 km, bersama suami. Dia off kerja. Lepas tu, kami pergi stesen bas Manjung, sebab anak sulung dah sampai, dari Dungun. Naik bas pukul 10 malam dari Terengganu, sampai Manjung lebih kurang pukul 8 pagi. Yay! Anak ku balik! Rasa nak lompat bintang. Suka, suka! Dia tengah study break. Tak ada class. Minggu depan baru dia balik kampus, ada periksa. Dia angkut sekali barang-barang yang tak diperlukan di kolej. Tu yang kelihatan dalam gambar di atas, besornya beg dia. 

Lepas ambil anak sulung, pergi sarapan nasi berlauk, di warung Tok Gat. Lupa ambil gambar nasi. Sebab saya diet dah 2 hari tak jumpa nasi, makan wrap je, bila jumpa nasi, terus mencekik, lupa ambil gambar. Punah intermittent fasting, patutnya makan pukul 10 pagi. Kira cheat day la ye. Hahaha....

Hari ni sudah hari Sabtu. Kome pergi jalan mana? Saya tak ke mana. Suami kerja shif pagi. Pergi lari pun tak. Hari tak sekolah, saya ajak anak bongsu main badminton. 


Sebenarnya, petang semalam pun main badminton juga dengan anak bongsu, lepas ambil dia dari sekolah sesi petang. Pagi ni pula, sempat setengah jam. Hu... makin terer anak bongsu saya main. Laju je hantaran bola dari dia. Penat mama. Haha... hadoi... 

Gambar di atas, adalah bunga saya baru beli dari kedai nursery pokok bunga. Seru bercucuk tanam sudah kembali. Apa nama pokok kat atas? Nampak macam pokok melati. Tapi, kalau bunga melati, ada bau. Ni, takde. Hasil carian google saya, saya rasa, ni pokok jeliti Thailand, atau mawar Siam. Tak pasti betul ke tidak. Pakai beli je. Saya tengok comel, saya pun beli. Lagi pun, saya takde pokok yang bunga dia warna putih lagi, di rumah. Saya sudah cabut semua rumput-rumput dalam pasu. Sudah membaja pokok bunga ros di luar pagar. Nanti lah, sikit-sikit, nak tambah pokok bunga. Nak beli bunga warna purple, pink, kuning, semua warna-warna ceria. Tapi tembok rumah rustic, entah bila nak cat. 😁 

Ok la ye. Nanti saya tulis lagi. Jumpa lagi, selamat hujung minggu, pada semua pembaca sekalian... 😊

14 comments:

  1. Cuaca memang nyaman seronok jalan petang dengan anak buah. Tidak jalan mana-mana.
    Hehe cukup semua anak di rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. sama kita, NA. Seronok jalan-jalan waktu petang ada orang teman.

      Delete
  2. Anak balik bercuti tu yang paling best!
    Selamat berhujung minggu Nur, pelan-pelan joging.

    ReplyDelete
  3. Main badminton penat! Saya sesekali je main kalau jumpa anak-anak sedara. Terasa lenguh kaki tangan lepas tu. Tapi seronok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, betul. Masa saya mula main badminton pun, ada rasa lenguh tangan juga. Bahu pun. Tapi best kan, Ujie. :)

      Delete
  4. Samalah kita bila balik bercuti memang mendobilah jawabnya.
    Lagi satu tugas Mrs. A bila balik cuti membersihkan jamban majikan huhuhuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayoyo... kena bersihkan tandas. Selamat menjalankan tugas, Mrs. A.

      Delete
  5. itu hari pun saya ada ambil duit bantuan di sekolah...jem itu confrim sebab semua dapat bantuan duit berbanding sebelum ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, Encik Hanafi. Baguslah dia bagi pada semua murid, tanpa mengira pendapatan ibubapa.

      Delete
  6. Penuh aktiviti Nur lepas balik dari kampung ye. Seronoknya anak balik bercuti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la, Carneyz. Tak sempat nak update blog. Sibuk. Hehe.

      Delete
  7. setiap hari yg sibuk utk Nur...x de dok relax je.... sy pun sama sbb budak2 nak periksa SPM skrg... teringin benar nak ajar F1 je... relax la sikit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cer Abe Kie mintak. Mana tahu, cikgu besor bagi. Hehe...

      Delete