Sejadah

 Ahad, 22 Jamadil Akhir 1444 Hijrah.

Pagi tadi, saya main badminton dengan anak bongsu. Hari anak-anak sekolah, saya boleh berlari. Tapi bila Sabtu dan Ahad, riadah di rumah saja. Dia susah sikit nak ikut saya jogging. Tapi, main badminton di rumah pun dah ok. Peluh lenjun juga.


Saya beli bulu tangkis baru. Jenis nylon. Sebelum ni, kami guna bulu tangkis yang bulu tu, dah tak best rasanya. Main lasak, sekejap bulu tangkis naik ke bumbung, sekejap termasuk dalam longkang depan rumah, bila kita pukul bulu tangkis tu, dia terbang tak lurus dah, menyerong ke tepi. Ingat beli ni, boleh kot tahan lebih lama. 


Macam ni rupanya, bulu tangkis plastik. Dah test guna. Sedap. Rasa macam lebih berat dari bulu tangkis bulu tu.

Dalam tengahari macam tu, bapa saya datang ke rumah, dia dan makcik (ibu tiri saya) dari Pangkor. Sempat lagi tu. Bapa dan makcik baru balik menunaikan umrah di Mekah. Masa hujung cuti sekolah bulan 12 hari tu, yang saya cadang nak pergi KL tapi tak jadi tu, antaranya adalah untuk hantar bapa saya ke KLIA, tapi itu la kan, tak sihat waktu tu, terus batal semua rancangan.

Selain satu plastik berisi pelbagai coklat dari Pangkor untuk cucu-cucu kat rumah ni, bapa saya juga hadiahkan sehelai sejadah dari Mekah. Orang kata, coklat kat Pangkor murah, udah macam Langkawi. Orang la kata, bukan saya, tau. Sebab saya pun belum pergi lagi, dah berapa tahun tak pergi, walaupun dok lalu jeti ke Pangkor, banyak kali.


Eh, ada nama saya la, kat bucu kanan atas sejadah. Wah.... terharu saya.


Sedikit close-up bahagian nama pada sejadah. Alhamdulillah, syukur. Sejadah Mekah ni, gebu-gebu, ye. 

Bapa saya dan makcik nak bertolak balik Rawang. Alhamdulillah, bapa saya masih kuat memandu, walaupun umur dia dah 75 tahun. Kita pula yang risau pasal dia. Sebab baru balik Mekah, nyongket ke Pangkor pula, cuti. Ish ish... 

Baiklah. Tu je buat kali ni. Jumpa lagi, ye. 😊

10 comments:

  1. Bestnya dapat sejadah mekah...tengok pun dah nampak gebu

    ReplyDelete
  2. Seronok dapat sejadah ada nama sendiri. Macam khas dinuat untuk kita.
    Saya baru tahu Pangkor ada jual coklat murah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. musykil camana dia boleh sulam nama atas sejadah tu. Special.
      Ye, NA. Pangkor dah jadi pulau bebas cukai, macam Langkawi. Boleh beli coklat, pinggan mangkuk, selain produk hasil laut.

      Delete
  3. saya ingat pangkor femes dgn ikan masin je haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru je, Scha. Dalam tahun lepas, dah ada kedai jual coklat dan pinggan mangkuk segala.

      Delete
  4. alhamdulillah
    cantik siap tulisan jawi nma tu

    ReplyDelete
  5. 75 tahun masih mampu memandu jauh…wah!
    Alhamdulillah…ayah masih sihat.

    Cantik sejadah, lembut warna. Siap nama khat cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, Ujie. Bapa saya dah biasa memandu jauh, sejak dia muda. Suka melancong sana sini.
      Alhamdulillah, dapat merasa sejadah dari Mekah.

      Delete