Sarapan cucuq

 Khamis, 12 Jamadil Akhir 1444 Hijrah.

Sekarang ni, waktu Subuh sudah semakin lewat. Pukul 7 pun langit masih gelap. Suami saya off kerja hari ni, jadi lepas hantar anak kedua ke sekolah, marilah kita beriadah. Jalan je pun, tapi saya pilih aktiviti Lari di jam saya. Kalau di aplikasi Bookdoc tu, cabaran dia kira jumlah langkah, jadi tak kira apa aktiviti kita sama ada berjalan atau berlari, dia tetap kira progress kita. 

Tapi di aplikasi Garmin Connect, ada cabaran berjalan dan cabaran berlari. Saya ada masuk cabaran berlari, itu yang saya tetap pilih aktiviti berlari walaupun saya cuma berjalan. Hehe... Yor lantak pace siput sekali pun. Asalkan bergerak ke depan.

Encik suami di hadapan

Hambik hari ni, pace 13. Pace atau kelajuan sudah menjadi ukuran yang tak berapa penting dah bagi saya. Saya lebih suka ukur ikut durasi, jam kita bersenam atau berapa jauh kita pergi. 

Tukar tempat riadah lagi. Kali ni, atas padang. Saya suka berlari atas padang. Soft landing, banding kalau kita lari atas laluan bersimen yang keras. Bila saya berhenti ambil gambar, suami boleh tinggal saya jauh di belakang. Langkah dia luas, kaki panjang. Saya kena slow-jog, untuk catch-up dengan dia. Jalan sambil sembang. 😁 Dengan masa 1 jam 34 minit tu, saya boleh buat 10 km kalau saya berlari, tapi sebab hari ni berjalan, dapat 7 km. Bukan hari-hari kita nak push diri kita, push jantung kita lari laju, ada hari, kita rileks-rileks dah ler, keluar peluh juga. 

Berlari di padang ni, kena tengok hari juga. Jika hari sebelumnya hujan lebat, tak payah la nak berlari di sini. Habis lecah, kasut penuh selut kang. Pagi tadi pun ada laluan berair, jadi kalau ada skill lompat jauh, sangat berguna. 😁

Lepas riadah, marilah kita bersarapan di warung makcik bawah pokok. 


Pesan cucuq, 6 ringgit. Tudia... ni nak sarapan ke, melantak ni. Cucuq dihidang bersama kuah kacang. Sedap! 😋


Selain tu, pesan juga semangkuk mee kari. Makan share-share. Kalau makan di makcik bawah pokok dekat Padang Astaka Sitiawan ni, pesan mee rebus dia, sedap. Tapi saya tak rasa macam nak makan benda berat. Cucur takpe. Kalau nasi, mee atau bihun, kurang selera (ye la tu 🙈). 

Setiap hari, kita ada pilihan masa bangun tidur. Nak jalani hidup dengan gembira, bersemangat dan bersyukur, atau nak jalani hidup ini seadanya, bagai melepaskan batuk di tangga. Hidup kita, pilihan di tangan kita. Jangan rasa bersalah meninggalkan orang atau benda yang tak baik. In order untuk kita jalani hidup dengan happy dan lebih baik, kita kena buang jauh-jauh benda yang jatuhkan semangat kita, yang merendah-rendahkan mood kita. Tak penting pun apa yang orang lain fikir pasal kita. Tapi yang lebih penting, apa yang Allah fikir pasal kita. Buat segala suruhanNya. Cuba untuk jadi lebih baik dari semalam. Fikir yang baik-baik. Insya-Allah, yang baik-baik akan datang pada kita. Berusaha! 💪

18 comments:

  1. suka la tengok akak rajin riadah...sy ni seminggu sekali je kluar berlari badan pun lemau..nak tunggu pencen keluar morning walk dgn suami lambat lagi hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seminggu sekali riadah pun dah ok. Lagi pun, Afzan kerja, banyak bergerak, banyak kalori terbakor juga tu. :)

      Delete
  2. Itu sebab saya suka bulan Januari, matahari lambat terbenam macam ala-ala negara di Garisan Sartan dan Jadi.
    Satu lagi bulan kelahiran saya. Mungkin saya patut tulis dalam blog.
    Hehe lambatpun jalan tapi bersenam juga.

    ReplyDelete
  3. sedapnya kak cucur cicah kuah kacang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap, Dana. Makcik ni pulak pandai goreng. Rasa rangup luar, lembut di dalam.

      Delete
  4. aduhai...malasnya nak start berlari semula ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom Azian, jom. Kita buang malas jauh-jauh.

      Delete
  5. syok beriadah di padang, nampak kehijauan....cucuq + kuah kacang..terbaik...jarang jumpa kt sini...betul, kita kena sentiasa think positive, bahagia dgn cara kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, ye, betul tu.
      Oooo... ye ke, cucuq ada kot, tapi orang jual dengan cili sos je, kan.

      Delete
  6. Nur sempat tunjuk bakat lompat jauh tak tadi tu? 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jugak la, Ujie. Hehe... pastu sakit lutuit.

      Delete
  7. dulu ada mat salleh dah tua tiap2 hari nampak dia berlari, lepas tu wife dia pulak akan tertinggal jauh kat belakang. mat salleh ni suka tegur fellow runners (joggers) so ada satu masa ni dia tegur saya & borak2. Saya tanya dia brp km sehari dia berlari. Dia kata tak tau, sebab dia cuma tgk masa larian. Hari2 dia berlari & tgk timing dia improve ke tak. Sbb tu dia pakai jam tangan biasa je hehe. Hebat betul pakcik tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu baru pelari tegar namanya. Saya jeles tau, Carneyz, dengan orang macam ni. Sebab dia tak perlu smart watch atau app pun untuk enjoy berlari.

      Delete
  8. Dr mula kenal blog nur dulu sy kagum dgn nur yg istiqamah berlari/brisk walk.. sy ni kalau balik umh ptg2 boleh je nk berlari tp kalau lari alamat lambatlah masak.. kalau lambat masak, lambat makan dan lambat tido.. risau anak2 je lah.. hihi.. alasan je kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alasan yang sangat munasabah, Kakmim. Family didahulukan. Riadah, weekend pun takpe. :)

      Delete