Riadah dan masak apa hari ni

 Jumaat, 13 Jamadil Akhir 1444 Hijrah.

Sudah pun hari Jumaat, rasa cepat berlalu minggu ni. 

Pagi tadi, rasa malas menguasai diri, jadi cuma pendek je brisk walk hari ni, 3.62 km. 


Langit masih agak gelap masa tiba di Teluk Batik. 


Orang pun tak ada. Cuma ada sebuah kereta di tapak perkhemahan.


Aman damai hari ni. Mendung pula tu. Macam ni la, bukan hari-hari rasa rajin nak berlari. Baru satu pusingan berjalan, ajak suami pergi sarapan. Semalam makan malam awal, jadi pagi ni, perut dah berkeroncong. 

Singgah sarapan di sebuah kedai makan yang kami tak pernah cuba. Warung Anak Utara nama kedainya. 


Saya ambil nasi goreng bersama telur goreng bersambal, dan 2 ketul tauhu goreng. Sambil makan tauhu goreng, teringat yang saya sendiri dah lama tak beli dan masak hidangan tauhu di rumah. Dulu, saya rajin buat tauhu sumbat, makan dengan sos cili. 

Lepas sarapan, kami ke pasar Manjung. Saya nak beli santan segar. Suami pula nak tapau makanan untuk anak bongsu. Ramai juga orang di pasar. Saya beli cili api, kunyit hidup dan seikat sayur pucuk paku. 

Saya tak beli banyak-banyak bahan mentah. Bila saya rasa nak memasak, barulah saya akan cari bahan untuk masak pada hari tersebut. Jika saya beli banyak-banyak barang mentah untuk seminggu contohnya, saya dapati saya banyak membazir. Boleh jadi mood malas datang, nanti bahan mentah macam cili hidup dan sayuran, jadi kecut je dalam peti ais.

Saya sudah pun bawa keluar ayam dari freezer sebelum keluar rumah awal pagi tadi. Niat awal, nak masak ayam masak lemak cili api. 

Lepas ke pasar, balik rumah, saya lompat tali sebentar. 


Cuma 11 minit sahaja, tapi agak mengah sebab dah lama sangat tak lompat tali. Menunjukkan stamina sudah ke laut. Tapi saya suka after effect lepas lompat tali. Sama macam saya lari jauh-jauh seperti buat half marathon. Tapi masa lompat tali tu, singkat je. Dan lagi satu, bila lompat tali, rasa macam kanak-kanak ribena, sebab kita melompat kot, mesti sambil tersenyum. Saya tak tahu nak terangkan macamana, ia sesuatu aktiviti riadah yang buat kita happy dan buat kita rasa muda. Tak caya, sila cuba. 😊

Tadi, saya kata, nak masak ayam masak lemak kan. Bila masuk dapur, dia jadi lain. Saya buka stok perencah yang ada di rumah. Saya ada rempah kerutuk Adabi. Sebelum sampai tarikh luput, baik saya guna. Jadi, nak kata masak kerutuk, tak berapa gelap sangat warnanya, sebab saya kisar bawang dengan cili kering dan kunyit hidup. 


Tengah menggelegak atas dapur lagi, sudah ambil gambar. Ayam masak gulai lemak la kot, nama dia. Sedap, menahan diri dari menambah nasi tadi. Masuk bakul angkat sendiri. 


Sayur pucuk paku pula, saya cuma tumis je. Beli seikat, bila sudah masak, jadi kecut banyak tu je. 😊

Alhamdulillah, atas rezeki sihat dan makan semua cukup. 

Kome ada plan nak ke mana-mana ke? Esok dah hari Sabtu. Semoga segala urusan anda semua dipermudahkan, ye. Jaga diri, dan jumpa lagi.

4 comments:

  1. Betul tu kalau skipping mmg lain feeling gembiranya.. haha.. besok harapnya x hujan sbb nk basuh baju pastu besok #theIMANs ada tusyen so mmg kena keluar jugak tgh harinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga segala urusan Kakmim dan keluarga dipermudahkan, ye. :)

      Delete
  2. Biasa lauk jadi lain apabila tengok bahan di rumah.
    Bagus tidak beli bahan mentah banyak. Rumah kitorang selalu ada lebihan, penuh peti sejuk dan ais.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann... NA.
      Ada lebihan stok bagus juga, NA. Standby, boleh masak terus, tanpa keluar membeli.

      Delete