Restoran Bawah Pokok

 Isnin, 23 Jamadil Akhir 1444 Hijrah.

kalau pergi padang, saya kena brisk walk je. Kenapa? Sebab bila saya lari di padang, saya jadi lupa diri. 

Saya tekan gear 4 pagi tadi. Habis heart rate masuk zon merah. 


Pertama kali sejak baik demam, larian dalam pace 8. Tak sengaja. Rasa macam kuda bila jumpa padang. Kaki tu, nak pergi je. Ish, biasa saya rilek lek je, pace 9, 10, 11, 12, 13. 

Lepas tu, rasa extra letih, sebab tekan gear 4. 😅 7 kilometer dalam masa kurang 1 jam? Laju la tu, bagi saya, orang tua. Kena sampuk hantu kuda. Tak boleh buat macam ni, hari-hari. Mapuh!

Tengok la cuaca hari ni. Cerah. Langit biru, takde awan pun. 

Lepas riadah, saya dah suami pergi sarapan di Restoran Bawah Pokok. Dah lama kami tak ke sini. Last sekali, seingat saya, semasa zaman masih kena scan MySejahtera masa masuk kedai. Hehe.


Besar, tau, pokok ni. Kalau kita peluk, memang tak cukup tangan kita. Lantai restoran ni pun banyak merekah, sebab akar pokok ni, ada tempat timbul. Bumbung kedai dia melalui pokok besar.


Besarnya! Tak tau pulak saya berapa usia pokok ni. Banyak pokok menumpang, macam pokok dalam hutan.

Menu Restoran Bawah Pokok ni, ada makanan goreng-goreng, roti canai dan seangkatan dengannya, serta nasi lemak pelbagai lauk. 


Saya pesan nasi goreng cina dan air cappuchino panas. Suami pesan nasi goreng kampung dengan telor dadar dan air lemon ais.

Rindu plak, dah lama tak makan nasi goreng cina. Boleh tahan. Alhamdulillah. Kenyang.

Sekian dulu untuk hari ni. Jumpa lagi, ye. 😊

Lokasi Restoran Bawah Pokok: Jalan Tazali, Sitiawan, Perak.

10 comments:

  1. sejuk je nampak kedai bawah pokok besar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Afzan. Memang udara dalam kedai sejuk je, walaupun kedai open air.

      Delete
  2. Bahaya pula pokok lalu bumbung. Takut bumbung bocor atau tercabut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, ada kemungkinan tu, NA. Lagi satu, sebab pokok dah tua. Takut dahan patah.

      Delete
  3. Santai jew rasanya kalau minum-minum di kedai bawah pokok.

    ReplyDelete
  4. menarik juga makan bawah pokok ...unik dan verstail

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Encik Hanafi. Ni la satu-satunya kedai bawah pokok besar kat sini.

      Delete
  5. Nampak sangat sedap nasi goreng cina tu lepas berlari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, SK. Lepas lari, memang lapor. Hehe.

      Delete