Motivasi diri sendiri

 Selasa, 24 Jamadil Akhir 1444 Hijrah.

Saya punya 10-ribu-langkah-sehari-streak berakhir pada hari Sabtu lepas. Saya berjaya buat setakat 11 hari. 

*streak: lari setiap hari. Tiada off day.

Hidup kita ni, kita kena buat pilihan setiap hari. Kadang ada urusan yang tak dijangka. Kadang ada perkara yang kita kena lebih utamakan, daripada pergi lari.

Iman juga turun naik. Untuk konsisten dalam sesuatu perkara, perlu banyak usaha dan pengorbanan. Saya suka baca cerita motivasi bila mood bersenam ke laut dalam. Semalam, saya ada terbaca satu kisah dari Wales, di UK, tentang seorang pelari wanita ni, dia buat half marathon setiap hari sebelum pergi kerja.

Nak tau tak, streak dia setakat berita tu ditulis pada 15 Januari 2023, sudah berapa hari? 260 hari! Ish, ish, ish... sudah 260 hari, dia berlari sejauh 21 km pada setiap hari, tanpa cuti. Kegilaan apakah ini? 

Dia kerja pulak tu. Jadi, dia bangun sekitar pukul 4 pagi, setiap hari, untuk berlari. 

Dia biasanya habis lari, pukul 6.30 pagi. Jadi, dia laju la ye. Lebih kurang 2 jam setengah dia buat half marathon. Saya? 3 jam! Hehe...

Dulu, wanita dari UK ni cerita, dia overweight dan ada masalah kemurungan. Dia kata, lari adalah terapi pada dia. Sekarang, dia sedang cuba capai target meneruskan half-marathon-streak dia selama 333 hari. Jika anda nak baca lebih lanjut tentang pelari wanita ni, boleh klik sini.

Ish, ish, hebat sungguh la perempuan ni. Itu la bila kita suka sesuatu tu kan, benda tu buat kita rasa happy, pada orang lain, nampak macam satu benda yang amat berat untuk dibuat, tapi bagi dia, senang je, macam air sungai yang mengalir bebas tanpa halangan... 

Sebenarnya, benda ni bukan saja apply pada larian. Pada kerja kita juga. Jika kita suka apa yang kita buat, kita takde mengeluh ke, komplen itu, komplen ini. Kita boleh buat kerja kita sambil tersenyum, pagi hingga ke petang, setiap hari, tak rasa letih pun. 

Jika kita fikir benda tu susah, susahlah ia. Kalau fikir senang, maka senang lah ia. Benda yang kita tak boleh kawal, kita terima hakikat atau redha dengan ujian, dan kita lepaskan. Percaya, yang sesungguhnya, mungkin benda tu nampak tak elok, tapi Allah sudah atur yang paling baik pada kita, buat masa ini. 

Larian solo pagi tadi, 8.34 km.

Kalau ada benda buat kita marah atau tak puas hati, terutamanya benda yang kita tak boleh kawal, saya dapati, baca Quran sangat membantu. Sejuk sikit rasa hati. Baca yassin. Ubat tu. Ubat mental dan fizikal. 

Semoga segala urusan anda semua hari ini dipermudahkan. 

Jaga diri, pilihlah untuk gembira dan bersemangat! U got this! U can do this, Insya-Allah... 

Jumpa lagi, ye. 😊

10 comments:

  1. Amin.
    Ada benda selalu buat tidak dapat buat rasa sedih juga.
    Sayapun tengah pukul diri untuk positif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la, NA. Lumrah kita, manusia, kan. Ada hari sedih, ada hari happy.
      Sama kita. Marilah kita cuba untuk lebih positif, ye.

      Delete
  2. Belajar sesuatu yang baru - streak.
    Biar pun tajuk entri Nur ni - motivasi diri sendiri, tapi ia sebenarnya motivasi bagi setiap orang yang membaca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, Ujie. Saya pun berharap gitu juga. Sama-sama naik, berusaha!

      Delete
  3. Dasatnya, dah lebih dari 3/4 tahun tu berlari 21km setiap hari tanpa gagal. Semoga jadi motivasi buat Nur. Sy?? Jangan disuruh, ni awal2 dah mengalah, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Ala, kita bukannya nak buat sampai 21 km. Mau cabut kaki hari-hari, SK, buat half marathon.

      Delete
  4. Replies
    1. Betoi tu, Dana. Orang dah biasa buat, senang je bagi dia. Kita ambik semangat dia je la.

      Delete
  5. Hebatnya wanita tu. Kalau benda yang kita suka buat masa terasa cepat jer... berlalu. Macam Mrs. A pulak tak suka nak overthinking fokus aje benda yang kita boleh kawal yang tak boleh tu serah pada Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju cakap Mrs. A. Tawakal hanya pada Allah.

      Delete