Makan dan ulang makan

 Khamis, 4 Rejab 1444 Hijrah.

Masa packing barang nak balik Tumpat, suami kata, bawalah kasut lari sekali. Mana tahu, boleh juga riadah di kampung. Ada tak, jogging kat kampung?


Nan ado...!! 😁

Hujan waktu pagi. Tak riadah langsung. Kerja dok makan nasi je. Sarapan nasi. Pukul 10 pagi, nasi. Omaigod! 🙈

Masa hari Ahad lepas, hari raya cina, suami ajak jalan cari barang sikit. Kami ada bawa balik tv lama di rumah Perak. Bawa sekali indoor antenna dan dekoder myTV. Tapi meja tv pula takde. 


Pergi ke Mydin Tunjong, jalan-jalan. Tahukah anda, Mydin Tunjong ini adalah cawangan Mydin hypermarket yang paling besar di Malaysia? Wow, patut lenguh pun jalan dalam tu. Sampai lebih 6 ribu langkah, jalan-jalan dalam mall saja. Kami beli meja ala jepun, tapi saiz kecil je. Jadi lah, nak letak tv.

Petang je, pergi kedai tomyam, makan malam.

Nasi goreng kampung

Bihun goreng

Kena keluar dari rumah, sambil makan malam, boleh order foodpanda untuk anak-anak bujang di rumah Perak. Tak boleh buat transaksi perbankan di rumah, line internet siput, kadang ada, kadang takde.

Kalau makan yang goreng-goreng seperti di atas, tak ada beza, macam makan kat Perak juga, dari segi perbandingan harga.

Pada pagi hari bertolak balik ke Perak, suami ajak sarapan di Kedai Kak Chik.


Nasi Kak Chik yang pernah masuk Majalah 3 tu. Yang nasi dia sampai ke KL, kat Perak pun ada. Angkut guna kapal terbang ada. Angkut naik bas ekspress pun ada. Kat sini, nasi berlauk dia lain sikit. Biasanya, contoh macam lauk ayam gulai, ayam tu duduk dalam periuk gulai tu. Tapi kat sini, asing. Bila kita cakap nak lauk apa, baru dia campurkan. Nasi dan lauk dia dibuat sebegitu supaya tahan lama. 


Saya ambil nasi berlauk ayam gulai. Harga RM4. Ok. Sedap. Sebenarnya, semua nasi berlauk yang kami makan semasa di kampung ni, sedap, pada saya. Sebab rempah dia pun tak sama, macam gulai yang kita masak sendiri di rumah. 

Masa on the way balik ke Perak, ada kedai kecil tepi jalan, jual putu halba. Adakah rasa dia sama macam putu perak? Musykil saya. Marilah kita berenti sat, beli.


Tak sama. Putu halba dibuat dari ubi kayu, manakala putu perak dibuat dari tepung beras dan tepung pulut. Makan dalam kereta, 4 biji, RM2. Sedap juga. Putu halba ni, memang banyak dijual di Kelantan, di tepi-tepi jalan, masa musim hujan.

Masa perjalanan balik pun, hujan juga. Semasa kami lalu Jeli, teringat kat Puan Ujie Othman, yang dia cerita makan laksa kat Gunung Reng. Suami cakap, nak singgah tak? Tak singgah, sebab masa tu, hujan lebat, dan awal lagi, pukul 11 pagi. Tak lapor. Kami teruskan perjalanan. Lain kali kita cuba ye, laksa sarang.

Gitulah rumusan cerita semasa balik kampung suami di Tumpat. Objektif tercapai, melawat orang tua, jumpa saudara-mara suami. Ada 2 orang kakak ipar akan pergi menunaikan umrah masa bulan puasa yang akan datang ni. Dapat jumpa dia orang. Alhamdulillah.

Tiada aktiviti larian direkodkan. Cuma makan sahaja. Saya timbang berat saya, BMI saya sudah 25.4, masuk kategori overweight. Erk...! Semalam saya sudah mula buat intermittent fasting semula, macam dulu. Hehe.. takpe. Bukan selalu balik Kelantan. Hidup untuk dinikmati. 

Baiklah. Jumpa lagi, ye. 😊

20 comments:

  1. betullah orang kata... kat kelantan makan memang best best.

    ReplyDelete
  2. Hehe nasi sahaja.
    Rasa pernah makan putu halba. Tidak suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. sesekali, NA, layan nasi pagi, tengahari, petang.
      Ooo... lain orang, lain selera. Saya tolak batu kayu je, NA, semua sedap kat tekak saya.

      Delete
  3. Seronoknya jalan ke Kelantan. Banyak pilihan makanan yang sedap-sedap. Teringin nak bercuti ke Kelantan dan Terengganu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti tunggu cuti sekolah, boleh rancang cuti ke pantai timur, Amie. Beshhh.... :)

      Delete
  4. Alhamdulillah objektif tercapai.
    Putu halba..saya tak pernah makan. Kalau tengok rupa tu macam putu piring biasa. Tapi sebab namanya ada halba, lainlah kot.

    Takpe, lain kali balik kampung lagi boleh singgah makan laksa Gunung Reng. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Ujie. Dia ada tambah halba, halia dan serai. Tapi, takde la kuat sangat rasanya. Makan panas-panas, sedap.

      Delete
  5. sekali-sekala tak pe Nur hehe. Bila balik kampung mmg acara utama ialah makan. Saya pun mcm tu jugak :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Carneyz. Haruslah, sebab makanan sana tak sama macam kat tempat kita. :D

      Delete
  6. di kelate ni syurga makanan Melayu.. pasti akan puashati bila makan2 di sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Abe Kie. Memang puas hati. Balik Perak, rindu makanan sana.

      Delete
  7. balik kampung memang la kejrnya makan je kak, lagila macam-macam makanan ada dan murah lak tu kan wajib dinikmati. Sedapnya putu halba tu, dana pun pernah makan ada kawan belikan...sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann, Dana. Rugi la balik kampung jauh-jauh, tapi tak makan. Sedap pulak tu.

      Delete
  8. Replies
    1. Alhamdulillah, SR. Lama tak balik Kelantan, tu yang makan sungguh-sungguh.

      Delete
  9. Balik Kelate memang kerja makan jer laa jawabnyerr. Hihi semalam baru pergi Mydin Tunjong. Tapi, tak pusing pun. Singgah makan jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat makan di Mydin Tunjong pun ada macam-macam ye, Ana. Meriah.

      Delete
  10. wah seronok juga baca kisah begini....makin panjang pulak tul;isan awak...satu perkembangan yang positif...rasa nak tulis juga artikel begini sebab inilah penulisan blog yang sebenar iaitu diari /catatan digital

    ReplyDelete