Khamis, 19 Jamadil Akhir 1444 Hijrah.
Saya lupa nak share aktiviti riadah semalam.
Semalam brisk walk campur slowjogging sikit-sikit, sampai 5.1 km.
Gambar buah nyoq, suami bawa balik dari ofis dia. Kawasan pejabat suami ada tanah lapang dan ada pokok-pokok juga. Dulu, pernah suami bawa balik buah durian dari ofis dia. Sekarang, dia cerita, buah durian banyak tak menjadi, kena tebuk tupai. Buah ciku pun dia pernah bawa balik juga. Gitu, tapi bukan selalu. Beri peluang kepada semua kakitangan untuk bawa balik bergilir-gilir, jika ada buah.
Lepas riadah semalam bersama suami, pergi sarapan pula, di Kluang Kopi.
Saya pesan laksa johor. Tak jemu-jemu makan laksa johor kat sini. Mestilah pesan benda yang kita malas nak masak, bila makan di luar. Hehe.
Suami pulak pesan nasi ambeng. Biasanya nasi ambeng punya lauk, ayam masak kicap, tapi kat sini, ayam masak merah. Sedap juga.
Saya pesan white coffee panas, dan suami pula teh o limau panas.
Memang tak boleh nak tinggal kopi. Kalau tak pekena pagi-pagi tu, rasa tak lengkap. Tapi saya akan cuba minum air masak banyak-banyak.
Lepas sarapan, tawaf pekan Lumut seperti biasa. Sama je, mana-mana tempat bermastautin, mesti nak tawaf sesuatu tempat sebelum balik rumah. Dulu masa duduk KL long time ago, suka tawaf Taman Tasik Titiwangsa. Masa bujang, tawaf naik motor. Dah kawin, tawaf naik kereta, bawa anak-anak.
Lepas sampai rumah, semalam cuaca mendung. Udara pun sejuk. Jadi, saya lompat tali la sekejap, hingga 1,100 lompatan, selama 25 minit. Tak buat secara terus, rehat setiap 100 lompatan. Rehat tu, sama ada tarik nafas dalam-dalam, atau buat regangan atau jalan sekejap di kawasan garaj rumah.
Itu cerita semalam.
Hari ni pula, suami kerja shif pagi. Jadi, saya riadah solo.
Pagi tadi, sempat berlarian sejauh 7.18 km. Cuaca baik. Nampak langit membiru.
Lepas balik rumah, saya up sikit jumlah lompat tali banding semalam. Hari ni saya buat 1,200 lompatan dengan masa 27 minit.
Lepas mandi dan sarapan, saya masuk dapur, masak lauk untuk hari ni.
Masak sambal ikan kembung. Ikan kembung tu, saya beli yang sudah rebus. Saya beli di Pasar Sabtu Bota Kanan, ada 6 ekor ikan, harga RM10.
Kome masak apa hari ni? Sibuk ke?
Baiklah, jumpa lagi, ye. 😊
bila baca blog akak semangat berkobar2 nak ikut bersenam..tapi sekadar semangat je belum mula pun lagi huhu dah macam mana
ReplyDeleteEh, bagus la tu, Afzan, dah ada semangat. U can do it!
DeleteKembali lompat tali ya.
ReplyDeleteKopi tinggal terus. Teh pula minum sedikit yang orang lain punya atau hari itu makan buffet.
Hehe hari ini tidak masak. Masakpun mi goreng segera pedas Korea Sedap.
Ye, NA. Lompat tali boleh buat perut buncit jadi kempis. Hehe. Saya makan banyak, NA.
DeleteTerer nya NA, boleh stop minum kopi. Saya tak kuat.. huhu...
Wah.. sedap tu, mi goreng segera. Saya nak buat la hujung minggu ni.
saya buat HIIT hari ni byk aktiviti melompat tapi baru lompat 10x dah rasa sakit betis. Tak boleh bayangkan lompat tali sampai 1100 kali. Fuuh!
ReplyDeleteItulah tanda salam perkenalan, namanya, Carneyz. Selamat datang ke dunia jump jump! Hehe.. Pakai kasut yang ada cushion tebal la, Carneyz, walaupun riadah dalam rumah. Kalau overweight, sakit betis atau bahagian shin tu, biasa. Cuba jangan lompat tinggi sangat. Kipidap ye, Carneyz, buat HIIT tu...
Deletelaksa johor tu...ngences ailio...
ReplyDeleteKikiki... kan... rasanya pun sedap, nohas.
DeleteTerlopong mulut saya tiap kali baca Nur lompat tali 1000 kali tu. Walaupun kata ada berenti tiap 100 kali. Sebab saya buat 50 kali pun dah cungap 🤭
ReplyDeleteTu pasal kena rehat, Ujie, tak boleh lompat non stop. Dulu saya pun gitu juga, masa mula lompat tali, 10 kali lompat pun dah sempuit.
DeleteJap.. ada jual ikan yg dh rebus??? menarikkkkk
ReplyDeleteAda, Kakmim. Biasanya, ikan kembung rebus. Dia siap siang ikan, dan rebus dengan garam. Tu, ada rasa masin sikit.
DeleteTak pernah jumpa ikan dah siap rebus jual kat Johor ni. Kalau ikan dah masak asam pedas banyak, hihi.
ReplyDeleteHahaha... saya pun nak, ikan masak asam pedas! Nak colek ngan roti.
Deleteikan kembung sambal pedas tu memang favourite sy...tp jrg dimasak oleh isteri...
ReplyDeleteOoo... sama la, Abe Kie, favourite saya juga.
Deleteikan kembung rebus tu sedap betul kalau goreng terus. haha. baca komen ramai yang tak tahu ada ikan rebus. akak duk lumut ya? mesti tenang je kan bandar dia.
ReplyDeleteYe, Scha. Akak dok Lumut. Boleh tahan juga la Scha, kecuali waktu peak hours, penuh navy pi kerja, aman damai juga sini, tengok laut. :)
DeleteBetul cakap Scha. Sedap goreng ikan rebus tu. Pastu, buat pulak budu atau sambal kicap cili. Peh..!