Konsisten

 Ahad, 15 Jamadil Akhir 1444 Hijrah.

Bila tengok langit pagi tadi, nampak bulan cerah dan besar. Cantiknya. 😍

Pagi tadi, saya pergi brisk walk bersama suami dan anak bongsu. 


Sekejap je, cuma 2.55 km. Hari Ahad, ramai orang. Sebelum orang bertambah ramai, baik balik cepat-cepat. Nak ambil gambar kaki atas pasir pantai. Gambar di atas, kaki saya (kasut kelabu) dan kaki anak bongsu (kasut biru). Kaki saya dah bergerak sebelah, nak lari, sebab ombak dah datang. Anak bongsu punya kaki dah tinggal sebelah. Hari ni, ombak bunyi kuat dan agak besar. Biasanya, laut tenang saja, ombak kecil menghempas ke pantai, tanpa sebarang bunyi.

Anak bongsu tak mau ikut sarapan di kedai, jadi singgah tapau nasi bungkus dan hantar dia balik. Lepas tu, kami keluar dating berdua. Masih teringin nak makan puri. Jumpa puri di kedai mamak. 


Alhamdulillah, dah lama benar nak makan puri. Suka puri cicah chutney kentang. Habis sekeping, pesan lagi 1 keping. Share dengan suami. 😋

Lepas sarapan, tawaf pekan Lumut dulu, sambil singgah kedai Murugan, beli suratkhabar. Ooo, Syamsul Yusuf sudah bernikah di Thailand, hangat cerita dia sekarang. 

OPR akan naik lagi. Tahun 2022, 4 kali naik. Tahun ni, sekurang-kurangnya, akan naik 2 kali, kata Bank Negara. Standby la ye, ansuran bulanan bayar bank akan naikkkk.... 

Negara kita tak sekat pelancong dari China, tapi rakyat kita digesa untuk dapatkan vaksin booster, yang kedua, yang ketiga. 

Sekian intipati yang menarik dalam suratkhabar hari ini.

Balik rumah, saya lompat tali sebentar, seribu lompatan.


Saya cuba untuk penuhi target harian, sebanyak 10 ribu langkah setiap hari. Setakat entri ini ditulis, sudah 8 ribu langkah. Nanti petang lepas Asar, boleh beriadah sekejap di halaman rumah. 

Masa saya terlantar sakit tempoh hari, saya rasa sangat tak best. Bila badan sakit, fikiran saya mula memikir benda yang buruk-buruk. Terbaring atas katil, sambil menahan bisa-bisa sakit otot dan batuk yang tak sudah, saya rasa pelik akan keadaan kita bila demam sekarang, yang ambil masa lama untuk sembuh, tak macam demam zaman dulu. Saya tak pernah sakit sampai terlantar terbaring atas katil, sampai kena batalkan rancangan pergi bercuti. Saya kalau demam, biasanya, boleh juga bangun buat aktiviti harian seperti memasak dan hantar anak ke sekolah. 

Saya tak mahu sakit lagi. Itulah sebabnya saya keluar beriadah setiap hari, walaupun badan masih rasa sakit-sakit otot. Dari pengalaman silam saya, apabila saya konsisten dalam bersenam, badan akan rasa lebih sihat. Dulu saya ada asma, tapi saya tetap berjalan atau berjogging setiap hari. Bila bernafas sudah jadi macam donkey, keluar wheezing, saya berhenti. Esoknya, saya jogging lagi. Lama-lama, serangan asma berkurang. Makin lama, terus tak kena serangan asma dah. Paru-paru jadi clear, rasa lebih sihat.

Sejak minggu lepas, saya ambil keputusan untuk cuba penuhi sasaran 10 ribu langkah sehari. Santai-santai saja, ikut kemampuan. Ikut aktiviti keluarga. Contoh macam semalam hari Sabtu, saya tidak pergi beriadah pun, tapi saya dan suami ke pasar pagi Bota, jalan-jalan cari makan. Jadi petang semalam, saya beriadah badminton dan lompat tali. 

Alhamdulillah, rasa sakit-sakit badan tu sudah hilang. Lenguh-lenguh otot tu sudah hilang. 

Paling lama bertahan target 10 ribu langkah sehari adalah selama 73 hari.

Sudah 5 hari saya berjaya penuhi sasaran 10 ribu langkah sehari. Pada saya, bersenam ni, konsep dia macam sedekah. Tak perlu tunggu kita jadi jutawan untuk sedekah. Sekarang pun boleh, walaupun tiada pendapatan tetap sebagai seorang surirumah, kita sedekah la berapa yang kita mampu, bagi saya. 

Begitu juga dengan bersenam, tak perlu tunggu badan sihat sepenuhnya untuk mula bersenam. Buat ikut mana kita mampu. Bila bersenam, mood yang sedih jadi lebih gembira, dan badan pula rasa lebih sihat. 

Tak perlu terus buat 10 ribu langkah terus. Boleh bahagikan mungkin pada pagi sedikit, sambung petang, sedikit, bergantung pada urusan kita pada satu-satu hari tu.

Terus saya teringat dalam Islam juga, macam tu, kan. 

Kredit IKRAM Johor

Konsisten. Saya tak tahu berapa lama saya boleh bertahan untuk cuba buat 10 ribu langkah sehari ni. Tapi, saya akan terus mencuba. Bukan untuk kurus. Tapi untuk sihat, untuk diri sendiri. Insya-Allah.

Baiklah, selamat hari minggu semua... jumpa lagi, ye. 😊

16 comments:

  1. Wah…1000 lompatan!
    Moga Nur berjaya konsisten 10k langkah setiap hari.
    Bagus Nur kongsikan aktiviti senaman Nur, jadi motivasi buat saya.

    ReplyDelete
  2. Sekarang ni doktor kata tengah musim influenza. haritu ada member kena influenza A+B mmg sakit.

    Ni berhajat nk bersenam juga tapi hajat jela, asik malas nak keluar.

    Datuk K Umur 64 Tahun Masih Kacak Bergaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul cakap ubipanas. Influenza. Lambat baik. Huhu.

      Delete
  3. wahhhhhh seronoknya tengok! moga blh konsisten mcm akak juga.

    ReplyDelete
  4. nak boleh mula tu yg susah liat sungguh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Afzan. Nak mulakan langkah pertama memang payah. Tapi, tak mustahil. :)

      Delete
  5. Ya kan istiqamah... semoga dipermudahkan semua urusan nur... kalau sy baca blog nur mst semangat nk lompat tali tp nnt balik kerja trs terkejar2 di dapur nk masak trs x melompat pun.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, Kakmim.
      Bila free, boleh je lompat tali, Kakmim. Family first. :)

      Delete
  6. Alhamdulillah Puan Nur sudah sihat sepenuhnya.
    Betul sakit sekarang lama.
    Saya pula asyik mengantuk dan otak blur.
    Sekarang ok sedikit. Alhamdulillah tetiba Allah bagi ilham yang saya tersumbat hidung sebab selalu hembus hingus kuat. Itu yang dalam hidung ada radang. Buat lembut-lembut atau biar hingus keluar daripada hidung. Hehe macam ok sedikit. Lepas beli termometer boleh awasi suhu badan selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, NA.
      Bila makan ubat, memang rasa camtu, kan. Mengantuk dan otak blur.
      Gitu. Senang, dah ada termometer.

      Delete
  7. Replies
    1. Tengok Dana makan puri ler, akak jadi semangat cari puri kat kedai. Hehe.

      Delete
  8. bagusnya, boleh sembuh asma dgn sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Ambil masa lama juga, dengan izin Allah.

      Delete