Kembali ke rutin biasa

 Rabu, 11 Jamadil Akhir 1444 Hijrah.

Setelah 10 hari saya tidak beriadah, akhirnya saya berlari semula semalam. Suka saya. Alhamdulillah. Bila sakit, baru rasa nikmatnya sihat. Teruja saya nak cerita aktiviti larian saya semalam. Hajat nak update blog di waktu malam, tapi akhirnya kroh kroh... depan tv. Alamak... letih bebenor. First day berlari setelah sekian lama. 

Laluan pejalan kaki di Taman Awam Teluk Batik.

Semalam, saya telah berlari sejauh 6.62 km. Hari pertama, jadi nak buat setakat 10 ribu langkah sahaja. Tapi sebab cuaca yang baik serta berangin, saya sambung berjalan sekejap, tengok pokok-pokok yang menghijau. Amannya jogging kat Teluk Batik ni. 

Tengah syok-syok berjalan perlahan-lahan, ada road block pula tengah jalan. Ada seekor beruk jantan besor, tengah dok lepak tengah laluan. Saya dah biasa tengok dia ni. Dia ni memang lain sikit. Bahu dia lebar, macam manusia. Hampir menyamai saiz chimpanzi, memang luar biasa saiz dia, tu yang saya boleh ingat dia. Habis tu, dah berapa banyak kali jogging sini, terserempak dengan dia sekor, memang dah boleh kenal dah la. Jadi saya pun buat pusingan U, kembali ke kereta, balik rumah. Tak berani la saya nak ambil gambar beruk jantan besor tu, sepantas kilat, cabut. 


Riadah semalam adalah 6.62 km jogging dan 0.56 km berjalan. 

Cerita hari ni pula, saya bawa kereta ke Esplanade Lumut pula. Jogging di sana.


Saja saya suka-suka tukar tempat. Jadi, kita boleh buat perbandingan mana tempat best untuk jogging. 

Hari ni, hajat nak lari sampai 7 km sahaja, tapi tengah nak kembali ke tempat parking kereta, ada 3-4 ekor anjing tengah galak pulak berlarian. Saya bila terserempak dengan anjing berlari, dan dan tu, jantung turun ke perut. Lantas saya buat U-turn ikut jalan jauh, kembali ke kereta. Terus lajak riadah hari ni sejauh 8.04 km.

Lagi satu, lagi ramai orang jogging di Esplanade Lumut, banding di Teluk Batik. Saya hampir terlanggar seorang runner tadi. Tak nampak, datang dari tepi, laju pulak tu. Nasib baik tak langgor.

Balik rumah, setelah mandi dan bersarapan, masak nasi goreng untuk hidangan tengahari.


Suami saya semalam mood rajin, dia goreng keropok, sampai 3 balang. 


Hari ni, sudah tinggal 1 balang. Makan dengan nasi goreng, krak kruk krak kruk... dap! 😋

Kome masak apa hari ni? Semoga hari anda hari ini berjalan dengan lancar.

Jumpa lagi, ye. 😊

18 comments:

  1. bila jogging solo ni kena sentiasa berhati2 kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Afzan. Kena peka dengan keadaan sekeliling.

      Delete
  2. patut kena buat jalan sehala jugak utk orang jogging ni, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. hehe.. sebab sumbat telinga dengan earphone, tak dengor orang datang dari tepi, SK.

      Delete
  3. SA pun dah sebulan lebih x jogging ni..aduhai...rasa macam tercabar gak ni nak mulakan semula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. sila, sila, SA. Nak mulakan langkah pertama, memang agak berat sikit. You can do it!

      Delete
  4. dah lama tak lari pun lebih 5km jugak dpt. respek la kat Nur hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, saya cuba. Slow-slow je ni, Carneyz.

      Delete
  5. Seram bab jumpa beruk besar dan anjing. Bimbang mengganas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu yang tak berani dekat, Ujie. Bila nampak je kelibat dari jauh, U-turn. Hehe.

      Delete
  6. Alhamdulillah sudah sihat betul.
    Kalau sayapun takut jumpa beruk atau anjing kalau seorang.
    Hari ini makan tengahari luar. Pergi bank tengok ASB dan keluar duit sedikit.

    ReplyDelete
  7. idok masak kak, malam pun tak masak beli dah siap-siap nasi arab eheheheh. Mujurla tak berlanggar ye kak, kang terbantut aktiviti perlarian akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, advance Dana beli, nasi arab. Sedap, tu!
      Ye la Dana, kena slow-slow bila sampai tempat ada orang. Naya kalo accident. Hehe..

      Delete
  8. jumpa beruk & anjing...mmg laju cabut...haiwan yg menakutkan...

    ReplyDelete
  9. boleh jer kalau ambik gambar dan jika beruk datang ...buka langkah seribu..pada masa tu boleh cipta sejarah baru sebagai manusia terpantas berlari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. idea yang bagus, Encik Hanafi, silap-silap boleh renew personal best. :D

      Delete