Bulan

 Isnin, 16 Jamadil Akhir 1444 Hijrah.

Atas tu, bulan, yang bawah tu, lampu jalan. 

Pagi tadi, masa perangat gulai enjin kereta nak hantar anak pi sekolah, saya tengok bulan di langit. Sape suka tengok awan dan langit, mesti suka tengok bulan juga, betul tak? 😁

Dulu masa kecik, saya ingat ada ayam kat dalam bulan. Tapi sebenarnya, di permukaan bulan tu ada banyak kawah. Boleh la google untuk tahu lebih lanjut tentang permukaan bulan. 

Fakta menarik tentang bulan yang ingin saya kongsikan...

  • Bulan juga lah yang mempengaruhi pasang surut air. Sebab rumah saya dekat dengan laut, dan saya selalu jogging tepi laut, saya selalu tengok, bila bulan penuh, kalendar Islam 15 haribulan, ombak jadi lebih besar, tak pun, air laut jadi tinggi. Longkang atau saliran air akan penuh air, ada kawasan, air akan melimpah sampai ke jalan, bila air pasang besar.

  • Bulan kan, makin lama, makin jauh dari bumi. Setiap tahun, dianggarkan, bulan menjauhi kita sejauh 38 cm. Dan, 38 cm juga adalah anggaran kuku kita memanjang dalam setahun. Huuu.....

  • Bila kita tengok langit, nampak bulan dan matahari lebih kurang sama je besarnya, kan. Tapi sebenarnya, bulan adalah 400 kali lebih kecil dari matahari. Nampak je sama besar sebab kedudukan bulan lebih dekat dengan bumi.


Riadah pagi tadi, selama 1 jam, 5.44 km. Ambil gambar bulan bila langit sudah cerah, masa tengah jogging. 

Ok la, tu je kot. Pendek entri hari ni. 

Jaga diri, jumpa lagi, ye. 😊

12 comments:

  1. Sejak duduk rumah yang mudah nak mencerap langit (sebab tak ada halangan bangunan lain), memang rajin saya jenguk luar sebelum tidur dan selepas bangun tidur. Dah beberapa pagi ni seronok dapat menatap bulan penuh bercahaya.

    Menarik fakta pasang surut air tu. Dah tau, tapi sebab tak perati sendiri kejadian alam, itu yang tak berapa lekat di memori 😄. Untung Nur dapat buat pemerhatian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, sama kita, Ujie, suka tengok bulan.
      Ye, bila tinggal dekat laut, dapat tengok sendiri. Kadang rasa kagum dan takut juga dengan kejadian alam ni, lagi-lagi bila air dah penuh dalam longkang bila air pasang.

      Delete
  2. cantik langit disinari cahaya bulan...

    ReplyDelete
  3. kita melihat bulan yang sama...indah ciptaan Allah

    ReplyDelete
  4. Sy setiap kali tengok bulan mengambang, auto ternyanyi, bulan mengambang Pak Ngah balik, hehe.

    ReplyDelete
  5. hari apa entah minggu lepas bulan sangat terang, lepas subuh pun masih lagi nampak di ufuk langit. Subhanallah.

    ReplyDelete
  6. Suka tengok bulan mengambang.
    Baru tahu bulan semakin menjauhi bumi.

    ReplyDelete