Mee tarik goreng

 Selasa, 13 Rabiul Akhir 1444 Hijrah.

View blog guna laptop. Banner cinonet je.

Ish ish ish... ntah iklan apa-apa ntah keluar kat blog saya ni. 🙈 Aritu masa blogwalking, saya dah nampak iklan kuda gumuk ni kat blog kawan. Ni, keluar kat blog saya pulak. 

Pagi tadi, lambat siap untuk keluar. Goreng mee tarik pagi tadi. Guna mee berikut:


Mee tarik goreng.

Alamak, comotnya kuali saya. Tak sempat nak amik gambar dalam mangkuk cantik. 

Lepas masak, mandi. Lepas mandi, anak mintak tolong print kerja sekolah. Bior la mak Subuh dulu. Pastu buat kerja dia. Pastu keluar jogging.

Larian pagi tadi sejauh 10.08 km. Panas cuaca, tak boleh buka mata. Air peluh bercucuran, macam mandi laut. Bila peluh masuk mata, mata pun pedih. 

Ok la ye. 

Pendek entri hari ni. Saya share tazkirah dari app Mukmin Pro. Saya pakai app ni di telefon, untuk tengok waktu solat dan kiblat bila travel. Sejak bulan puasa hari tu lagi saya guna, memang puas hati. Sebelum-sebelum ni, aplikasi waktu solat semua takde keluar bunyi azan bila masuk waktu. Tapi app ni bagus. Nak suruh dia mute pun boleh, cuma keluar silent notifikasi. Nak mengaji guna app ni boleh, ada surah lazim. Saiz dia pun tak besor sangat, padan dengan telefon saya yang antik ni. 


Jumpa lagi...  😊

19 comments:

  1. kecur kita tengok mi dalam kuali tu. lagi comot lagi kecur ui.

    ReplyDelete
  2. Sayapun ada idea buat mi goreng guna mi telur. Lama tersimpan.
    Sedap guna mi labu itu ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap juga, NA. Dia kenyal-kenyal. Dan besar pula, banding mee kuning biasa.

      Delete
  3. Iklan blog ni dah kita block mana yang kurang sesuai, eh eh dia keluar juga yang pelik pelik. Kena pantau hari hari agaknya. Baru je tengok mi tarik kat blog Kak Amie, dapur Kak Nur juga mi tarik. Ini yang buat lagi rasa nak makan mi tarik. hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, Fizah... sabor je la.
      Pe lagi Fizah, sila, sila. Sedap, makan mee tarik goreng. Hehe..

      Delete
    2. Dah beli mi tariknya. Tunggu kerajinan memasak je nanti. hihi...

      Delete
  4. selalu makan yg kedai masak, boleh dicuba nanti...kena cari ni..

    ReplyDelete
  5. Saya pun ada beli mi tarik labu ni dan dah nak habis masak. Beli gara-gara tengok di blog kak Amie. Sedap jugak rasa kenyal mi tarik.

    Geli hati iklan…kuda tidak mahu beranak? 😇

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Ujie. Saya pun, terpengaruh juga, dari blognya. Hehe..
      Tu la, kan. Ada sekali saya pergi ke blog lain, iklan Anjing tidak mahu beranak pulak. Hahaha... macam-macam..

      Delete
  6. wahhhh mee labu! sy pun guna apps tu jugak utk henfon antik sy hehehe

    ReplyDelete
  7. rasa nak download mukmin Pro...macam best jer hehehe

    ReplyDelete
  8. tak pernah cuba lagi la mee tarik ni kak, nampak menarik jugak ni kan... apps tu Edy guna kalau setiap kali azan mesti ada

    ReplyDelete
  9. kalau di Pahang ada mee lidi nampak mcm lebih kurang mee tarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo.. saya rasa macam pernah nampak mee lidi tu.

      Delete