Makan, lari dan makan lagi...

 27 Zulkaedah 1443 Hijrah.

2 hari tak update blog. Sabtu dan Ahad, habiskan masa dengan keluarga, tak on computer. 😊


Gambar menunjukkan grill salmon, yang saya makan untuk makan malam, petang Jumaat lepas. Makan kat foodcourt Lotus. Harga, RM12.90. Alhamdulillah.


Pada pagi Sabtu, saya telah berlari sejauh 10.33 km. 

Gambar menunjukkan anak kucing comel. Comei tak, comei tak? Bukan kucing saya. Anak share gambar anak kucing ni.

Larian pagi Ahad pula adalah seperti berikut.


Larian Ahad adalah sejauh 10.27 km. 

Gambar menunjukkan sarapan saya pada hari Ahad lepas, iaitu wantan mee kicap bersama sup fishball dan white coffee panas. Alhamdulillah.

Petang pula, bawa komputer anak, pergi kedai, untuk upgrade. Pasang graphic card baru dan tambah space. Space komputer dia dah sampai 1 Terabyte. Anak kedua ni, dia tak makan kat sekolah. Satu hari, duit belanja RM5, dia simpan, bila dah cukup, dia cakap dia nak upgrade komputer dia. Termasuk duit raya dia, dia simpan. Banyak betul duit dia. Patut saya minta nak masuk dalam ASB, dia cakap, tak mau. Rupanya, dah lama dia simpan hajat. Ok ler. Sementara tunggu komputer siap, pergi lepak kat Secret Recipe.


Gambar menunjukkan strawberry milk shake yang saya minum. Belakang, air tembikai, suami minum. Gambar makan? Lupa nak ambik. Bila makanan sampai je, seranggggg..... tak ingat apa dah. 😂

Hari ni, hari Isnin, saya pergi berlari juga.


Larian Isnin adalah sejauh 12.61 km.

Gambar menunjukkan ikan keli bercili, yang saya masak hari ni. 

Saya pergi pasar lepas habis jogging pagi tadi. Saya beli ikan keli, ikan bawal, ayam seekor, sayur dan ikan bilis. Ayam seekor harga RM18.90. Ikan keli satu kilo harga RM8, ada 5-6 ekor. Potong 2 waktu nak masak. Ada anak suka makan ekor, tak suka bahagian kepala. 

Bagaimana hari minggu anda? Pergi jalan mana? Lupa pulak beli minyak masak. Orang dok pakat beli, nanti dah nak naik harga. 

Ok la. Jumpa lagi, ye.

16 comments:

  1. Anak ke-2 suka main permainan komputer rupanya.
    Hujung minggu pergi makan tomyam sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, boys will be boys. Tak payah ajar. Pandai je deme ni, NA.
      Sedap tu, tomyam.

      Delete
  2. 1TB banyak boleh save tu...grilled salmon..sedapnya...kalau ikan keli, suka bhg ekor esp kalau goreng garing2...krup krap..ratah...comelnya anak kucing..pandai posing..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la, nohas. Besar betul space komputer budak ni.
      Saya pun suka macam ekor ikan keli yang digoreng garing. :D

      Delete
  3. Puas hati makan salmon grill harga begitu Nur... rezeki Allah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Amie. Murah harganya. Saya pernah jumpa grill salmon harga RM30, harga RM60 pun ada. Alhamdulillah.

      Delete
  4. Alhamdulilah..makan-makan dan lari-lari adalah satu nikmat besar....kalau makan tanpa ada lari-lari boleh jadi membesar sebagai johan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Encik Hanafi. Alhamdulillah, atas segala rezekiNya.
      Pun betul, jenuh lari jauh-jauh nak membakar balik. :D

      Delete
  5. Bagusnya anak Nur, pandai fikir menabung untuk upgrade komputer.
    Hujung minggu pergi beli barang dapur, samalah kita…dah balik baru teringat pasal minyak masak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang dari kecik, Ujie. Dulu masa nak handphone pun, dia kumpul duit sendiri. Kita top-up sikit la, bila result periksa dia bagus, sebagai reward.
      Cepat beli, Ujie, rak dah makin kosong. Tinggal minyak masak cap yang mahal. :D

      Delete
  6. Bestnya rindu boleh lari 10km. Tapi dgn keadaan obese sekarang belum mampu lagi nak lari sebab setiap kali berlari kaki akan cedera (plantar fasciitis, betis lebam, sakit lutut dsb.). Sekarang cuma boleh buat berjalan santai je. Kena jaga makan dulu turunkan berat badan baru boleh berlari semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus tu, Carneyz. Brisk walk je dulu. Lama-lama badan dah ringan sikit, boleh la cuba slowjog pulak. Saya pun pernah kena plantar fasciitis tu. Kecikkan langkah sikit, boleh bantu. Baru tak sakit bila jogging. Kipidap ye.

      Delete
  7. ok la tu.
    makan. lari. makan. lari.

    aida ni.
    berbulan2 makan. lari? hmmmm lom jumpa track kot :) ha ha ha h ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe, Aida maintain kurus je, saya tengok. :)

      Delete