30 Zulkaedah 1443 Hijrah.
Dah pun masuk hari terakhir di bulan Jun. Cepat betul masa tu. Kalaulah boleh stop sekejap masa tu. Nak termenung kejap. Nak pikio beberapa benda jap.
Ini adalah larian pada 28 Jun, iaitu hari Selasa lepas. Suami off kerja. Saya ajak dia beriadah. Kalau tak ajak, huh... membina lemaks je. Jom keluor peluh sikit. Kami pi jogging kat padang astaka Sitiawan. Jauh sikit dari rumah. Dah lama saya tak ke sini. Kalau anda perasan, saya biasanya pace 9, pace 10, bila jogging. Tapi hari tu, saya boleh sampai pace 8. Kaki saya suka lari kat padang, banding atas jalanraya. Tapi penat lari di padang yang tak rata permukaannya. Macam trail running pulak. Sempuit den, nak buat 10 km. Cuaca baik, nak hujan, tapi tak hujan. Suami saya buat 6 km. Lari asing-asing. 😁
Keesokan harinya, iaitu semalam, suami saya off kerja juga. Pun saya ajak dia beriadah. Kali ni, pi jogging kat esplanade Lumut pulak.
Semalam dah semputs, heart rate dah tinggi. Ditambah pula dengan angin malas, takde la jogging sangat pun. Berjalan-jalan sahaja, tengok laut. Tak cukup 10 ribu langkah pun. Pi cari kedai makan la, perut rasa lapor sesangat. Bukan hari-hari kita rajin. Semalam adalah hari malas saya, encik. Buat 4 km sahaja.
Gambor semalam, kat Esplande Lumut. |
Hari ni, suami sudah kembali bekerja. Saya kembali jogging dengan kawan-kawan.
Pagi tadi, jogging sampai 11.35 km.
Gambar menunjukkan pokok sakura malaysia kat rumah. Daun semua dah gugur. Tinggal bunga je. Memang suami trim pokok ni, tak bagi tinggi sangat, nanti kacau wayar telefon kat atas tu. Ada ketika, daun pokok ni lebat, hijau dan merimbun, bila duduk kat kerusi simen tu, sejuk je. Sekarang musim kering, habis daun-daun gugur.
Semalam, kereta suami rosak dalam perjalanan balik rumah dari tempat kerja. Tadi pagi saya ikut dia, pergi bawa kereta, ambik mekanik, pergi lokasi kereta rosak. Bawa ke bengkel. Sementara tunggu repair, suami ajak lepak ngeteh kat kedai makan berhampiran dengan bengkel.
Order kuetiau sup seperti dalam gambor. Saya suka kuetiau sup kat kedai ni. Lama dah tak singgah sini. Tuan kedai baru buka kedai semula, setelah sekian lama. Pagi dah sarapan bijirin cornflakes dengan susu analene. Pukul 11, makan kuetiau sup pulak. Huuu... nafsu makan bergelora. Astaghfirullahalazim.
Ok la ye. Jumpa lagi.
Semoga segala urusan anda pada hari ini dipermudahkan.
Untung suami teman lari tempat lain.
ReplyDeleteHarap kereta dah elok. Memang keperluan sekarang kereta kena ada 2.
Ye, NA. Kot satu kereta rosak, ada backup nak amik/hantar anak sekolah.
Deletesekejap je dah setel bln Jun kan... dah masuk separuh tahun kedua... teringin nya nak sampai lumut dan pangkor... ok kena plan lepas ni hahaha
ReplyDeleteMai, mai... kat Pangkor pun boleh borong coklat jugak, Ako, tak yah jauh-jauh pi Langkawi. :D
Deleteminggu lps ada kej merentas daerah. ada seorang murid sek sy layak mewakili daerah ke peringkat negeri pd khamis ini...
ReplyDeleteHebatnya, anak murid Abam Kie. Semoga berjaya, ye!
DeleteKuey teow sup memang sedap kan Nur... aduhai...sluurrpp..sluurrppp!
ReplyDeleteSedap sangat, Amie! Suka, suka. :D
Deletesemoga istiqamah untuk terus berlari kerana ia adalah aktiviti yang sangat bagus
ReplyDeleteInsya-Allah, Encik Hanafi. Saya cuba.
DeleteNafsu makan bergelora tapi hari2 lari, oklah tu Nur.
ReplyDeleteNi kita nafsu makan bergelora, tapi takde nafsu nak berlari…aduh! Haha
Baru nak start semula ni, Ujie. Huhu... banyaknya makan cuti raya haji.
Deletebagus Nur. maintain larian.
ReplyDeleteaida now x boleh lari. jog pun sekejap2.
lama kot x jogging, Nur. aduhai.
tak mudah nak mula semula.
apapun, aida suka bila Nur ajak asben lari saing.
sama2 berdua riadah. love love sgt.
Ye, Aida. Kalau lama cuti lari, memang susah nak start semula. Semputs!
DeleteSaya cuba, Aida. Bukan selalu juga suami nak ikut. Hee...
Br jumpa blog baru nur... hai nur.. lama menghilang
ReplyDeleteHai Kakmim! Ye, baru keluar gua, bertapa. Hehe..
Delete