Tengok laut

 Khamis, 25 Syawal 1443 Hijrah.

Suami saya off kerja hari ni. Ajak dia pi jogging, lepas hantar anak kedua ke sekolah.


Kami pi Esplanade, Lumut. Sini sangat aman damai. Tempat nyonya-nyonya beriadah pagi-pagi. Tak ramai orang. Kalau datang awal pagi masa matahari belum keluar, ada banyak lampu spotlight dipasang. Jadi, tak gelap. Boleh tengok pokok, tengok laut.


Cantik kan, tengok matahari naik. Datang sini, takde la lari sangat pun. Amik gambar je banyak. 😁


Sepasang kucing yang tengah dating. Bila tengok kita ambil gambar dia, dia datang dekat. Hari ni tak bawa catfood. Tapi, ada je orang yang tinggal catfood, kat tepi-tepi laluan pejalan kaki. 


Kita boleh jogging dari hujung sana ke hujung sinun, sampai tempat nak masuk navy base. Boleh la cukup target 10 ribu langkah riadah kat sini.


Kucing tengah lepak. 


Dapat lebih kurang 5 km jogging pagi tadi. Cukup 1 jam beriadah. Alhamdulillah.

Lepas jogging buat apa? Ngopi laa, cari nasi lemak. Kikiki...

Ok la ye. 

Semoga segala urusan anda pada hari ini dipermudahkan.

Jumpa lagi.

8 comments:

  1. cantik sunrise..last tengok laut tahun 2020 kat KT...huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laa, lamanya. Sila pergi bercuti, nohas. ^_^

      Delete
  2. Seronok dapat dating berdua ya Puan Nur :)

    ReplyDelete
  3. wah! Hebat tu. suami isteri suka jogging! Keep up the good work!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, Abam Kie. Beriadah untuk sihat.

      Delete