Miseoul Aloe Vera Soothing Gel Review

 Isnin, 22 Syawal 1443 Hijrah.


Larian pagi tadi adalah sejauh 10.5 km. Paneh bebenor. Seksa nak buat 10 keyem.

Saya ni pulak, kulit macam mat saleh celup. Bila kena panas, bukan jadi gelap. Dia jadi merah. 🙈

Umum mengetahui yang aloe vera, atau lidah buaya, sangat berkesan untuk rawat sunburn. Saya sebelum ni, pakai aloe vera dari pokok. Rumah saya memang banyak pokok lidah buaya ni. Asli, dan efektif. Kurang kemerahan kulit bila kita amalkan hari-hari.

Tapi, sebab sibuk sikit, saya mula cari aloe vera gel yang lebih senang nak pakai. 


Saya beli di Watson. Miseoul Aloe Vera Soothing Gel 98%. 

Saya dah cuba aloe vera gel ni, sejak akhir bulan Februari lepas. Jadi, tu la saya nak share dengan para pembaca sekalian, kebaikan produk ni. Saya tak terima apa-apa komisen pun. Sekadar nak share barang baik. Kot ada pembaca yang alami masalah macam saya. Selalu kena panas, kulit muka jadi merah macam lobster.

Packaging

Bagi saya, ok je. Walaupun bekas dia agak besor. Susah nak bawa travel, banding kalau dalam bentuk tube. Tapi sebab saya ni tak kemana-mana, tiada masalah. Cuma bila baru beli, selalu terkeluar jugak la, gel nya dari bekas. Sebab penuh dan bila senget bekas, habis keluar. 

Harga dia agak berpatutan, dalam RM29, saya pun dah lupa. Dekat watson online, harga dia RM28.20.

Kita pakai sikit je, tapi gel dia banyak. Lambat habis. Sangat berbaloi. Datang dalam bekas 300g.

Teksture

Dalam bentuk gel. Senang nak pakai. Tidak melekit jika guna sikit. Mula-mula beli dulu, saya letak banyak kat muka, konon macam pakai mask, pastu lepas setengah jam, saya cuci muka. Tapi sekarang, saya guna macam pakai pelembab. Saya calit sikit je, dan saya biar je kat muka. Bila ambil wuduk, dia mudah je cuci. Tak payah pakai cuci muka pun untuk bersihkan gel tu. Dia mudah meresap. 

Kesan pada kulit

Banyak sangat improvement. Kulit saya jenis sensitif. Bukan semua produk saya boleh pakai. Alhamdulillah, Miseoul ALoe Vera Gel ni sangat sesuai pada kulit saya. Kulit saya dah tak merah lagi. Walaupun saya lepas lari half marathon tengah panas. Dulu, jerawat saya besar-besar. Besar dan menyakitkan bila jerawat tu keluar. Sekarang, kalau keluar pun, bila bendera jepun naik je, dan takde la saiz besor macam dulu. Kawan saya pun cakap, muka saya dah putih dan cerah. Dulu bila jumpa saya tengahari buta, dia kata, muka saya merah. Alhamdulillah.

Belanja selpiaq sekeping. 
#nofilter

Tu je nak share. Barang baik harus dikongsi. 

Ok la. Jumpa lagi, ye.

6 comments:

  1. aloe vera mmg berkesan..sejuk & soothing..

    ReplyDelete
  2. Ada juga tapi jenama lain tapi pekej dan warna sama.
    Puan Nur bagi idea untuk pakai ketika jalan tengah panas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, saya rasa, saya tahu brand apa NA maksudkan. Pun bagus juga review jenama tu. Tapi kena beli online, saya cari yang senang beli di sini sahaja.
      Selain pakai aloe vera, sunblock yang SPF dia tinggi pun sangat bagus juga, bila kita riadah tengah panas.

      Delete
  3. Puan bagi la show off muka sikit..baharulah lebih percaya hehehe saya gurau sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. ok, dah update entri dengan muka saya, encik Hanafi. :D

      Delete