Lari lebih sikit

Sabtu, 13 Syawal 1443 Hijrah.

Memandangkan semalam cuti lari, dan esok plan nak pergi beraya, mari kita lari lebih sikit hari ni.


Pagi tadi, jogging sejauh 10 km. Lamanya tak buat 10 km. Haha, hadoi...

Tambah semangat, bila kita berjaya buat satu-satu challenge tu, point kita dekat carta di aplikasi Garmin Connect turut bertambah.


Contohnya, melalui larian hari ni, saya berjaya rekod larian lebih 10 km antara tarikh disebut dalam cabaran May Weekend 10K. Dapat naik 2 point.

Bukan 1, tapi 2 lencana dapat hari ni. Lagi satu adalah...


Sudah melepasi 50 batu berlari di bulan Mei, atau 80.5 km milestone. Alhamdulillah. Allah bagi pinjam nikmat berlari. 

Open house di mana-mana. Selamat menjamu selera dan berhati-hati di jalanraya. 

Isnin pun cuti sekolah. Selamat beristirehat, kepada semua pembaca blog saya ni, yang saya hormati sekalian. 

Jumpa lagi, ye.

10 comments:

  1. Siap siap bakar kalori dulu ye Kak Nur. esok pas makan sambung lari lagi. Nikmat kan kalau dapat berlari bakar kalori. Selamat beristirehat jugak dan selamat beraya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. itu la korje nya, Fizah. Makan, pastu lari pulak, bakor balik. Cuba la, Fizah. Selagi Allah izinkan untuk berlari, kita lari je la, untuk sihat. :)

      Delete
  2. hebat sbb ada masa dan semangat utk berlarian.. 👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la, Wak. Saya kena lari dulu, untuk kekal waras. Kalo nak diikutkan, kerja kat rumah ni tak habis-habis, Wak.

      Delete
  3. Alhamdulillah.
    Tenaga itu adalah kurniaan yang tak ternilai. Teruslah berlari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Nikmat Allah bagi pinjam. Insya-Allah, Amie. Selagi diizin oleh Nya, saya akan terus berlari.

      Delete
  4. alhamdulillah.. janji ada semangat nk bt

    ReplyDelete
  5. wow...mnat juga aktviti jogging...bagus juga tu

    ReplyDelete