Sabtu, 27 Syawal 1443 Hijrah.
Semalam, saya tak sempat nak update blog.
Lepas solat jumaat semalam, saya *nyongket ke Ipoh, dengan suami dan anak sulung. Anak sulung dah habis matriks. Dia punya kursus, 2 semester je. Selamat balik rumah hari Khamis. Semalam dia nak ikut, sebab lama tak berjalan. 2 orang lagi anak tak mau ikut nyongket, sebab letih, lari merentas desa. 😁
*nyongket : jalan-jalan, lorat Perak
Saya pergi Sports Direct, beli kasut lari baru. Satu kasut saya dah kena let go, sebab dah makan kaki. Sudah over mileage, dan menyakitkan bahagian tapak kaki bila pakai berlari.
Test pakai kasut baru masa beriadah pagi tadi. Buat 10 km.
Pada suatu masa dahulu, masa saya mula berlari, tahun 2014, saya pernah pakai kasut Puma. Semalam, saya beli kasut ni, Puma Electrify Nitro, sebab rasa macam sedap je, masa test kat kedai.
Bila test lari pagi tadi, kaki saya cakap, kasut New Balance lebih sedap dari kasut Puma. 😁
Tu je nak cakap. Tapi benda ni subjektif. Kaki kita lain-lain. Ada orang suka Asics, ada orang suka Adidas, Nike, Hoka, atau lain-lain.
Saya berpendapat, sepanjang penglibatan saya dalam dunia larian ni, saya paling suka Nike. Nike Pegasus tu, sedap sangat pakai. Lepas Nike, kasut New Balance. Kasut yang paling tahan lama, saya pernah lanyak sampai lebih 1500 km, kasut Kalenji, beli kat Decathlon. Elok, takde koyak-koyak.
Saya suka rotate kasut. Maknanya, saya ada beberapa pasang kasut untuk pakai masa lari. Jadi, saya tak guna sepasang je. Untuk road run. Kasut trail, saya takde, saya cuma pakai kasut potong getah, bila saya naik bukit. Itu pun, dah lama tak naik bukit.
Ok la. Hari ni hari Sabtu, salam hujung minggu.
Selamat beristirehat bersama keluarga.
Jumpa lagi, ye.
Huhu macam-macam jenis jenama. Elok ada beberapa pasang
ReplyDeleteYe. Saya suka tukar-tukar angin, NA. Bila kita test banyak jenama, baru kita tahu dan boleh buat perbandingan, mana sesuai dengan kaki kita.
Deletekalau rotate kasut, boleh tahan lama..takdelah lanyak satu je...tengah cari sports shoes juga ni..oo..nike pegasus ok ya..
ReplyDeleteYe, betul, nohas. Sedap sesangat Nike Pegasus tu, bagi saya. Ibarat kasut dan kaki kita dah lama kenal. Tak macam pakai kasut baru pun. Masuk je. Saya pernah try pakai untuk Putrajaya Night Marathon (42km). Selesa pada kaki saya. Alhamdulillah.
DeleteHari tu, anak sy beli kasut untuk lari. Mula dia dah berkenan satu kasut tu, kemudian staf kedai tu beritahu, (bahagian dalam) tu, tak sesuai dengan berat badan anak sy. Baru sy tahu, tak semua kasut sesuai untuk kita. Sy sendiri tengah berangan nak 'lari', bolehlah cuba NB, terima kasih review-nya.
ReplyDeleteSama-sama. Betul, SK. Kalau kawan kita pakai sedap, tak semestinya kita pakai kasut yang sama jenama dan model, akan rasa sedap juga. Elok cuba sendiri. Itu pasal saya tak pernah beli kasut lari secara online. Kena try sendiri di kedai.
Deleteuntunglar ada masa dan tenaga nak lari., dan ada wang ringgit beli kasut mahal2 utk berlari yg terbaik,. ;p
ReplyDeleteAlhamdulillah, rezeki, wak. Kena mengumpul beberapa bulan juga, Wak. Nak beli kasut yang alah membeli, menang memakai.
DeleteSalam isnin
ReplyDeletebreakfast sy pg2 inilah biskut hup seng cicah air nescafe or teh o
Salam Isnin, Cik Nor.
DeleteSedap kan, Cik Nor, cicah biskut dengan air kopi. Nikmat! :)