Earth Day Challenge 2022

 Khamis, 18 Syawal 1443 Hijrah.

Halo... apa khabar anda semua hari ni? 😊

Sibuk ke tu? Hehe...


Pagi tadi, saya jogging sejauh lebih kurang 6 km. Cuaca agak panas. 1 jam je, saya riadah pagi tadi. Maklumlah, mula pun agak lewat, pukul 7.25 pagi. Lepas hantar anak kedua ke sekolah. 

Gambar di atas menunjukkan si Puteh, sedang musykil, apa yang sedang saya buat ni. Dia memang suka buat muka macam tu, kalau kita nak ambil gambar dia. 

Agak panjang rumput di belakang tu. Tunggu seru datang, baru la kita potong rumput, ye. Panas la. Lepas siram pokok pun, cepat-cepat masuk rumah. 

Bila check email, ada dapat sijil maya, dari aplikasi Bookdoc. World Earth Day 2022 Virtual Run. Sebenarnya, dia bukan kira run pun. Dia kira langkah. Kena melepasi 300,000 langkah sepanjang cabaran tu. Saya banyak join yang percuma je. Alang-alang saya dah berjogging setiap hari, kan. Baik saya menyibuk masuk challenges atau virtual run ke. 


Kalau yuran dia tak mahal, baru la saya masuk yang berbayar. 

Ok la. Pendek je entri hari ni. 

Semoga hari anda semua berjalan dengan lancar ye. 

Jumpa lagi.

10 comments:

  1. hari ni kurang sibuk..hehe...comel je si Putih, fotogenik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus kalau kurang sibuk, boleh rileks-rileks sikit kerja, ye tak, nohas. Nyampess, si Puteh tu, tau. Ngada-ngada lebih. :D

      Delete
  2. tajuk kait dan lari., asek lari je cikkak, mana kaitnye., hehehe #gurau2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, saya malu nak tunjuk hasil kait saya, Wak, sebab progress-nya sangat slow. Nanti dah siap, saya tunjuk, ye. :D

      Delete
  3. adoii bila la nak datang seru rajin jog mcm Nur ni hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia kena paksa, Ako, mula-mula nak start tu. Bila lama-lama amal dan konsisten, nampak perubahan pada badan sendiri, baru rasa syok tu datang. :D

      Delete
  4. Elok kan masuk masuk larian/langkah dalam talian beri motivasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, NA. Sebagai motivasi dan semangat untuk buat lebih. Sebab kita ada set target, kena lepas berapa jarak km atau jumlah langkah. :)

      Delete
  5. semoga sy pun terbuka hati nak jogging sama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn... jom Abam Kie, jom. Lari untuk sihat.

      Delete