Sahur di Mamak

 22 Ramadan 1443 Hijrah. 

Suami saya asyik ajak makan luar je. Dia ambil cuti, sebab lepas ni, dia dah tak dapat spend time dengan kami selalu, kerja long hours lepas ni. Orang dah start cuti raya. Suami akan kerja sampai hari raya. Saya ok je. Boleh cuti masak. 

Pagi tadi, kami sahur di mamak. Sebenarnya, dah lama kami tak pergi makan mamak. 


Suami makan nasi putih, kuah kari dan ayam goreng. Minum nescafe o panas. Huuu, lamanya saya tak pekena nescafe. Peberet saya. Saya tengah cuba berhenti minum nescafe dan kopi. Sebab saya rasa, muka saya keluar banyak jerawat bila minum air caffeine ni. Kulit dehidrated. Dari aktiviti lari setiap hari. Minum air masak tak cukup. Breakout pun keluar. Entah la, itu yang saya tengah mengkaji tu. Adakah jerawat itu disebabkan oleh pengambilan kopi atau ada punca lain. Boleh jadi hormon tak betul, kena adjust dose ubat tiroid yang saya sedang makan, atau ada punca lain seperti stress atau tak cukup tidor ke, wallahualam. Dok cerita pasal jerawat pula, kembali pada topik utama, sahur di mamak.


Sementara saya pula, order nasi goreng biasa dan air suam. Banyaknya nasi... Saya makan 3/4. Lagi 1/4 suami habiskan. 😋

Pagi tadi, saya pergi jogging, seperti biasa.


Jogging sejauh 7 km. 

Gambar adalah cendawan yang tumbuh di halaman rumah. Agak pelik rupanya, tapi comel je.

Hari ni hari Ahad. Korang pergi jalan mana? Dah beli baju raya ka belum?

Jumpa lagi, ye.

8 comments:

  1. Oklah itu cuti masak, suami pula rajin akak makan di luar.
    Tidak jalan mana hari ini. Baju raya pakai yang lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kita, NA. Saya pun pakai baju raya tahun lepas-lepas.

      Delete
  2. anak2 tak join ke?..ayam goreng mamak the best!...

    baju raya belum beli...huhu......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak, Nohas. Depa maleh makan luor. Kan.. ayam goreng mamak, rangup di luar, juicy di dalam. Aumm!
      Ala, ciannya, pi beli, pi..

      Delete
  3. Ayam goreng mamak mesti merah menyala macam ayam tandoori. Jerawat ni kadang tak tahu apa masalah dia. Tiba tiba muncul. Lain macam rupa cendawan tu. Macam kepanasan jadi merekah macam tu. Hari ahad haritu dok rumah je kak Nur. Baru dapat shopping sikit semalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, Fizah. Dia letak pewarna merah rasanya.
      Alhamdulillah. Syok, dapat shopping keperluan raya. :)

      Delete
  4. Pergi mamak memang best makan nasi + kari + ayam goreng mamak tu.

    Kalau muka akak kering, boleh start cari produk yang soothing or hydration product. InsyaAllah membantu

    Cendawan tu boleh makan ke? Tak pernah nampak cendawan tumbuh dekat kawasan lapang ni

    Saya shopping raya selasa hari itu, hari ahad tak mahu lah sesak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, Nadia, atas info tu. Akak tengah guna aloe vera soothing gel. Banyak membantu, so far. Kulit muka ada improvement. Jerawat makin mengecut. Kulit pun kurang kemerahan.
      Cendawan tu, tak boleh makan. Beracun, rasanya.
      Kan, hari sabtu dan ahad, elak la pi shopping. Penuh manusia. :)

      Delete