Larian Jumaat

 Suka, suka... suka dapat pergi terawikh semalam. Masa uzur, bosan sungguh. Sekarang baru rasa manisnya Ramadhan. Syukur, Alhamdulillah. 😊

Kadang saya rasa macam tak sabar nak menopause, tau. Dah tua ni, malas nak fikir datang-datang bulan ni. Leceh. Tak boleh solat dan mengaji. 

Hari ni tak perlu hantar anak ke sekolah, suami off kerja, jadi dia take over tugas tu. Jadi, saya boleh pergi jogging awal sikit. 


Larian hari ini adalah sejauh 6.6 km. 

Gambar di atas adalah lencana yang saya dapat dari aplikasi Garmin Connect, iaitu April Weekend 5K. 

Antara sebab saya suka masak untuk berbuka waktu pagi adalah sebab saya ada kelas masa tengahari.


Gambar adalah masa kelas mengaji online, semalam. Ustaz buat live di fb. Bulan puasa ni je, ada kelas setiap hari. Hari biasa, kadang ada kuliah bonus. Selain tu, kalau terlepas yang live, boleh je tengok rakaman yang di-upload di group, ikut masa lapang kita. Saya ambil program solat sempurna, tadabbur, mengaji dan tahfiz. Alhamdulillah, dapat tambah ilmu. Banyak yang saya tak tahu.

Ok la. Jumpa lagi, ye.

6 comments:

  1. Bagus itu.
    Ya, saya pun ikut di tv.
    Terawih di masjid belum lagi tapi ada buat di rumah. Ingat esok pergi. Insya Allah.
    Hehe awal-awal tidak pergi sebab takut ramai orang, lepas itu uzur pula. Lepas itu alasan pergi awal. Emak dan abah pergi sebelum buka. Buka sana. Sini jauh juga ke masjid tidak boleh jalan kaki. Kawasan perumahan baru belum ada surau.
    Hehe banyak betul alasan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, masa yang sama kan, di tv Al-Hijrah.
      Orang memang ramai di masjid masa terawih, tak macam tahun lepas, kena jarak. Tapi kena bawa sejadah sendiri, jadi tak rapat sangat. Bestnya, berbuka di masjid. Hehe.. saya pun sama. Nak ke masjid kena bawa kereta. Jalan kaki atau naik basikal, peluh ketiak juga, dan banyak anjing on the way.

      Delete
  2. Bagus juga ada kelas mengaji online setiap hari. Boleh jugak join tambah ilmu dan amalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Fizah, senang online, tak payah keluar rumah. Alhamdulillah.

      Delete
  3. Alhamdulillah.
    Dapat solat terawih. Dapat ngaji online.
    Moga dipermudahkan urusan ibadat di sepanjang Ramadan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn... mekasih, Amie. Jom kita, berusaha! :)

      Delete