Ayam bercili sedikit

 11 Ramadan 1443 Hijrah.

Pagi-pagi pergi jogging. Mula-mula berdua dengan kawan. Pastu, kawan balik awal, dia nak buang air. Tempat jogging tu, tak ada tandas awam. Sama ada pergi ke stesen minyak terdekat untuk lepaskan hajat atau balik rumah saja. Biasalah tu, saya pun sebelum keluar jogging, 2 kali pergi buang air kecil dulu kat rumah. Minum air masak banyak sebelum waktu subuh. Mana tak rasa nak buang air je. Tapi saya ada tengok video Kevin Zahri, dia cakap, kita bukan unta, yang ada tempat khas simpan air. Kita ni, lagi banyak minum air, lebih banyak badan kita akan keluar air. Minumlah secara berpada-pada. 


Jogging sejauh 7 km pagi tadi. Alhamdulillah.

Lepas jogging, pi kedai runcit 2 Kupang, nak beli ayam, tengok-tengok, kakak jual ayam tutup daaa... pastu melencong ke pasar pula. Ayam seekor harga RM16.70. Pastu tengok daging, beli daging batang pinang. Sekilo harga RM40. Bapakkkk.... ni apehe, awal-awal beli daging ni, belum lagi raya. Saja, teringin...

Balik rumah, suami ada. Dia tolong cuci ayam dan goreng ayam. Guna separuh ayam sahaja. Separuh lagi simpan freezer, masak lain hari. Merujuk kepada gambar di atas, ada seketul bahagian hitam di dalam gambar, itu hati ayam. Huhu... suami yang goreng. Jangan komplen kalau tak melepasi standard piawaian. Dia dah tolong di dapur pun dah cukup baik. Syukur Alhamdulillah. Lepas mandi, saya tumbuk cili. Nak buat ayam goreng berlado. Tapi cili kat rumah tak berapa banyak. Jadilah kejadian seperti gambar di atas. Nama lauk berbuka pada hari ini adalah ayam bercili tapi cili tak berapa banyak. Gitewww.... Ko dah apahal? Pergi pasar dah tadi, bukan ingat nak beli cabai ke, bawang ke. Huuu... mabuk laut sat. Saya masak awal, sebab nak bagi suami bawa bekal, dia masuk kerja 12 tengahari, bekal untuk berbuka.


Gambar menunjukkan lencana baru dapat dari aplikasi Garmin Connect. April Rundown, sudah melepasi 80.5 km di bulan April. 

Baiklah. Jumpa lagi ye. Semoga hari anda pada hari ni ceria dan dipermudahkan segala urusan. 😊

11 comments:

  1. Biasalah nanti lupa barang hendak beli.
    Kena buat senarai awal-awal.
    Hehe elok masak awal.
    Saya pula panaskan apa yang ada. Mewah mak dan abah bawa dari masjid. Haha tidak payah masak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... memang kena buat list. Faktor usia.
      Alhamdulillah. Rejeki di bulan puasa ni. Makanan mewah, kan. Saya yang masak nasi 3 pot ni pun, boleh tahan 2 hari. Tak habis makan. Kadang dapat rejeki tak disangka, kueh orang bagi. Alhamdulillah.

      Delete
  2. Replies
    1. Hehe.. unta padang pasir kan boleh minum ayor banyak, kan wak.

      Delete
  3. Fakta menarik tentang unta tu. Wah dahh 80.5km yaa jogging. Chaiyook

    ReplyDelete
  4. Nur... ada satu tahun tu, dekat nak raya saya nak beli daging batang pinang fresh nak buat rendang. Sekali tengok harga sekilogram RM59.90 sen. Allahu Akbar.... tak jadi beli. Terus cari daging import.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hui, mahalnya Amie, daging kat sana, almost RM60. Sabor je la. Ye la, daging import pun ok juga.

      Delete
  5. Payah kalau jogging tu nak membuang. Kalau ada toilet awam berdekatan okay lagi. Itulah tu, kalau minum air banyak, banyak jugak membuangnya. Yang duduk rumah pun bila tak puasa dah jenuh nak ulang alik toilet. Asal ada kak Nur cilinya, ada rasa sikit sikit pun okaylah. Masih murah lagi harga ayam kat sana. Sini dah RM18, haritu beli RM22 tak silap.

    ReplyDelete
  6. Payah kalau jogging tu nak membuang. Kalau ada toilet awam berdekatan okay lagi. Itulah tu, kalau minum air banyak, banyak jugak membuangnya. Yang duduk rumah pun bila tak puasa dah jenuh nak ulang alik toilet. Asal ada kak Nur cilinya, ada rasa sikit sikit pun okaylah. Masih murah lagi harga ayam kat sana. Sini dah RM18, haritu beli RM22 tak silap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Masalahnya, takde toilet, Fizah. Kena balik rumah.
      Harga ayam tak menentu. Kadang tinggi, tengok saiz ayam camana.

      Delete